Alhamdulillah aku dengan encik suami sampai ke Terengganu dekat jam 2 petang lebih selepas perjalanan yang agak panjang dari hulu langat rumah kak ipar aku , aku bertolak pada jam 7 pagi lepas tak tidur masa lepas sahur tu hehe takut terlajak sebab nak bertolak awal kan
Elok sampai je dekat atas sket dari Pantai Kemasik tu encik suami hubungi owner homestay 3Ms Pantai Kemasik Encik Khairul Hafiz 019 982 2664 tanya arah nak ke homestay
Rupanya perjalanan masuk ke homestay aku tempah tu akan melalui jalan pantai jugak dikenali sebagai pantai taping , serius aku tak pernah tahu ada pantai secantik ni pastu dekat sangat pulak dengan homestay aku tempah tu boleh jalan kaki je hihi jalan nak ke homestay aku tempah tu akan melalui jugak Masjid/Surau lama Bukit Kemasik yang mana sebelah tu ada medan selera simpang empat kemasik dan yang paling best ada restoran makan2 depan pantai taping tu jugak yang mana boleh jalan kaki je dari homestay hehe best kan?
Ni aku ada depan pagar homestay , cuba toleh kanan apa korang akan nampak? laut kan? ada pondok2 rehat jugak disediakan kat situ best sungguh bayangkan makan keropok lekor dengan teh o panas2 sambil ditiup angin laut huiiiii pastu pagi2 nak jogging kat pantai dekat je hehe love sangat suasananya 😍
Masa ni baru sampai yang tunggu ayah kepada encik khairul sebab nak bagi kunci rumah encik suami borak2 jap aku apalagi sebagai blogger? 😄💪
Sofa depan pintu masuk ada 2+3 tempat duduk di kira ruang tamu depan luas jugak aku banyak lepak kat ruang menonton je sebab ada tv hehe
Ni sofa 3 tempat duduk tu bolehlah buat sudut bergambar ramai2 nanti kan
Bilik air ada 2 kat homestay ni 1 ada dekat bilik tidur utama depan 1 lagi kongsi bilik tengah dengan bilik belakang dua2 toilet sama design macam ni , cantikkan?
Ruang tengah tempat menonton tv ada astro tempat lepak2 sambil makan aku dengan encik suami hehe ade je meja makan kat dapur tu tapi nak tengok tv kan jadinya sinilah tempat makan2 hehe
Tempat duduk aku dengan encik suami selama dekat 2 minggu lebih 6 hari puasa selebihnya berhari raya haaa puas ati kan hehe
Meja makan luas kalau ramai2 menginap sini
Ada peti ais , laci tempat letak pinggan2 , sudu2 , garpu2 , pisau2 , penyepit bbq , plastik sampah , periuk , kuali , sudip semua lengkaplah
Ruang memasak dengan sinki basuh pinggan mangkuk , sabun basuh pun dengan exhaust fan pun ada
Ada jug buat air , teh o strawberry sedap dari Ahmad Tea London tu , Kopi O , maggie , garam , gula dengan sirap rose ada dalam peti ais
Mesin basuh , baldi , sabun basuh , penyapu , mop pun disediakan senang hiduplah duduk sini hehe
Bilik tidur ada 3 ni bilik tengah , tiap2 bilik ada aircond dengan kipas memang selesalah , arah kiblat bukan yang tu ya tu masa aku nak tanya owner arahnya hehe arah yang betul ngadap dinding yg ada tv kat ruang menonton depan tu
Al kisah sepatutnya aku dengan encik suami bertolak balik pagi esoknya lepas 2 minggu tu tapi dek kerana balik dari rumah mertua pun dah lewat malam bangun subuh dah rasa letih berjalan maka aku tambah lagi 1 hari hehe jadinya sambung tidurlah haha tak ke mana2 sangat pun cuma banyak lepak kat pantai kemasik je sambil makan abc hehe best sungguh balik raya kali ni hehe Alhamdulillah.....😍
No comments:
Post a Comment