Jumaat 27/5/2022 aku gi ziarah kubur arwah mak aku , Al fatehah kat arwah...duduk sekejap sedekahkan Al Fatehah dengan bacaan Yasin , aku datang dengan encik suami , adik perempuan & anak buah Ammar , tenang je kawasan kubur tu
Kerap jugak aku terfikir macam mana lah keadaan mak aku sekarang , insyaallah aku sentiasa doakan arwah mak aku sekarang sedang berbahagia kat Taman2 Syurga Tertinggi dengan orang2 beriman yang telah kembali ke Rahmatullah , dunia ni kalau nak dibandingkan dengan akhirat memang tak boleh dibandingkan dengan kehebatan alam akhirat jadi peringatan jugak untuk aku supaya hidup bersederhana & sentiasa menjadi manusia yang selalu bersyukur atas segala kurniaan Allah S.W.T ke atas kita....Alhamdulillah...
Ammar kat kubur Tok...rindu sangat dah 7 bulan tok kembali ke Rahmatullah....Al Fatehah selalu kat tok....
No comments:
Post a Comment