Hari ni lepas aku dengan encik suami selesaikan beberapa urusan kami cadang gi sarapan dekat Dulang Coffee House Excelsior Hotel , sebenarnya aku tak pernah cuba lagi menu kat sini jadinya kami sarapan sini je lah pagi ni hehe
Sampai2 je tengok dorang baru nak bukak aku dengan encik suami terus masuk ambik buku menu ala carte terus gi kat meja pilih2 menu
Untuk air aku dengan encik suami pilih Hot Green Tea Latte , sedap jugak kat tekak aku
Masa ni takde sangat pun pelanggan mungkin masih awal kan , santai2 je makan sini staff Coffee House siap hidangkan air 2 gelas sementara kami tengah pilih2 menu 😊
Hot Green Tea dah sampai Bismillah...
Masa ni aku tengok encik suami order nasi dengan telur chicken je kuahnya mana? ha ha beliau lupa nak order kuah pastu aku order Tomyam Soup seafood baru kena kan dengan telur dadar tu hehe dahla tengah hujan kat luar tu hirup pulak tomyam panas2 memang ngamlah...👍
Aku order Tuna Sandwich , makan ni saje pun kenyang sampai malam hihi
Haaa sampai dah Tomyam Soup Seafood encik suami
Aku sebenarnya bila tengah makan memang tak suka bau asap rokok sebab tu aku pilih2 jugak tempat makan tu kalau takde bau asap rokok seronok je nak makan santai2
Lepas makan kami terus balik je sebab mengantuk pulak ha ha yelah hujan2 kan tak lama baru ada pelanggan masuk ramai2 mungkin ada jamuan syarikat kot....
No comments:
Post a Comment