Minggu ni tetibe rase nak layan cd My Girl plak
lame simpan sebab dulu dah tgk habis
tapi ni baru nak tgk balik sebab cite dia best :)
baru masuk cd ke 3 dari 16 cd hehe takpe slow2 layan tgkkan :)
tadaaaa dah tinggal 1 kueh lidah kucing ni ;p
tu la kan haku dah ckp kalau tgk tv atau cd sambil layan makan memang habisla kan time tu jugak ;p
ni tinggal 1 kat dorang nanti leh bahagi 2 hahahahaha ;p
Tetibe terfikir 'dimanakah sebenarnya pesawat MH370 ni mendarat?'
berfikir jauh lagi tentang keadaan penumpang2 dalam pesawat tu sekarang.
hmmm ALLAH S.W.T Maha Mengetahui.
Semoga ALLAH S.W.T membantu usaha pencarian pesawat MAS MH370.
Amin.
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.
Malam dengar pengumuman dari PM kita mengenai pesawat MH370 berakhir di selatan lautan hindi
Semoga Allah S.W.T mengampuni dosa2 golongan beriman padaNya dan dimasukkan ke dalam syurga yang abadi Amin
Semoga keluarga2 penumpang2 MH370 tabah dan sabar hadapi dugaan yang besar ni
seluruh dunia berada dalam keadaan sedih dengan apa yang berlaku khususnya keluarga2 penumpang.
Takziah haku ucapkan pada mereka dan doaku mereka tabah menerima apa yang sudah tersurat.
sebenarnya time ni haku kat dapur sebab nak buat kek butter tapi berhenti sekejap tgk pengumuman dari PM kita Dr Seri Najib,sebak haku rase sebab setiap kali persidangan MH370 haku mesti mengharapkan berita baik,setiap kali tv menunjukkan perkara mengenai MH370 haku mesti mengalirkan air mata tanpa sebab yang jelas,ntah sebab haku pun tak pasti,yang pasti ada 1 perasaan yang sukar nak dijelaskan dalam situasi negara berada dalam keadaan yang cukup sukar.
semoga perkara begini tidak berulang lagi memang 1 penyeksaan menunggu berita mengenai MH370 ni.
:) Best butter cake jadi begitu rupawan sekali :)
credit pic : kosmo
haku kongsikan ucapan dari PM kita
KUALA LUMPUR - Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang.
Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut
terhadap data itu.
Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.
Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.
Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan.
Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perkembangan terbaharu ini dalam kadar segera.
Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.
Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.
Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. - Bernama

No comments:
Post a Comment