Hari ni baru rajin nak merojak Mak Bee :)
masammmm kot mangga ni ;p
tapi sedap je layan makan dengan rojak Mak Bee kan :)
buat 4 biji je lagi 3 biji adik haku nak bagi kat tunang dia last2 tak jadi bagi pasal masam sangat takut cerry berry kot hehehe ;p
hasil 4 biji mangga yang dah siap dihiris2 dapatla 1 bekas ni :)
dah siap gaul2 dengan rojak Mak Bee ni letak dalam peti ais bagi sejuk sket baru sedap dimakan :)
pastu malam buat cakoi lak hehe,start lambat pastu bila mata dah macam gam mulela malas pulak tapi terpaksa sebab nak habiskan cepat2 :)
;0
;0
CAKOI :
- Tepung Gandum
- Soda Bikarbonat
- Susu Segar
- Marjerin
- Telur
- Garam
- Yis
* Uli2 sampai jadi doh buat bentuk 4 segi memanjang,potong 2 lekatkan bagi jadi 2 layer,ambil lidi tekan tgh2 supaya dapat garisan di tengahnya.
- Tepung Gandum
- Soda Bikarbonat
- Susu Segar
- Marjerin
- Telur
- Garam
- Yis
* Uli2 sampai jadi doh buat bentuk 4 segi memanjang,potong 2 lekatkan bagi jadi 2 layer,ambil lidi tekan tgh2 supaya dapat garisan di tengahnya.
adunan cakoi yang pertama semangat lagi :)
masuk ke 2 mulela nak habiskan cecepat kihkihkih ;p
sambil siapkan sempat lagi curik2 makan haha ;p
kuah kacang yang dah siap :)
Kuah Kacang :
- Sagai Kacang ( goreng tanpa myk )
- goreng cili kering dengan myk
- goreng bawang merah yang dihiris
* Kisar & tumis Cili Kering dengan Bawang Merah
* Pecah Minyak masukkan Kacang yang dah dikisar berasingan.
* Masukkan garam & gula serta asam keping.
* Kuah likat tambah air sedikit ikut citarasa.
- Sagai Kacang ( goreng tanpa myk )
- goreng cili kering dengan myk
- goreng bawang merah yang dihiris
* Kisar & tumis Cili Kering dengan Bawang Merah
* Pecah Minyak masukkan Kacang yang dah dikisar berasingan.
* Masukkan garam & gula serta asam keping.
* Kuah likat tambah air sedikit ikut citarasa.
goreng separuh nanti nak makan leh goreng lagi
breakfast today :) with teh o panas :)
heaven :)
sempat amek semangkuk mangga :) layannn :)
Sampai sekarang pesawat MH370 tak dijumpai
musykil
SEMOGA MH370 DIJUMPAI BERSAMA PENUMPANG2NYA AMIN.
SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI
KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT
MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.
BANDAR SERI BEGAWAN 2 April - Brunei muncul negara Asia Timur pertama
melaksanakan hukum hudud bermula semalam, yang menyaksikan semua
rakyatnya termasuk masyarakat bulan Islam turut tertakluk di bawah
undang-undang tersebut.
Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu
yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam
terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat,
minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual
dan transgender (LGBT).
Brunei sebelum ini telah pun melaksanakan undang-undang syariah,
namun hanya terhad kepada masalah melibatkan perkahwinan, wasiat dan
keluarga Islam.
Bermula semalam, perundangan Islam itu diperluaskan lagi melibatkan
hukuman seperti direjam sampai mati kerana kesalahan berzina dan sebatan
sekiranya melakukan pengguguran bayi.
Badan bebas, Global Voices Online yang beribu pejabat di Amsterdam,
Belanda sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah pernah memberi
amaran bahawa individu yang menentang pelaksanaan hukum hudud boleh
didakwa.
Akhbar berbahasa Inggeris India, Deccan Chronicle pula melaporkan,
keputusan Brunei untuk melaksanakan hukuman hudud dan memperkenalkan
semula hukuman mati, menerima banyak kritikan daripada badan bukan
kerajaan (NGO) dan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya
bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Selain itu, perkara tersebut turut menimbulkan kegusaran dalam
kalangan masyarakat bukan Islam Brunei, yang turut tertakluk dalam
beberapa ketetapan kod berkenaan.
Penasihat Undang-Undang Antarabangsa Asia Tenggara, Suruhanjaya
Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) Emerlynne Gil dalam sepucuk suratnya
kepada Sultan Hassanal Bolkiah berkata, jika peraturan baharu itu
dilaksanakan, pencabulan hak asasi manusia yang serius bakal berlaku.
"Brunei tidak mengamalkan hukuman mati sebelum ini dan keputusan melaksanakannya begitu mengejutkan," ujar Gil.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140403/lu_01/Brunei-mula-laksanakan-hukum-hudud#ixzz2xt1yCMNm
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
ALLAH S.W.T yang menciptakan manusia dan alam semesta,hukum hudud juga dari ALLAH S.W.T Maha Pencipta,ALLAH S.W.T Maha Mengetahui undang2 untuk hamba2Nya kan.
No comments:
Post a Comment