Thursday, 10 April 2014

SAMBAL CENCARU BAKAR ROSEMARY




Time taip ni terbau2 lagi kat tangan kesedapan cencaru bakar rosemary ni ;0


haa amek ni resepi dari haku utk korang yang rajin kat luar tu ;0


SAMBAL CENCARU BAKAR ROSEMARY

1. Lumur ikan cencaru dgn garam kunyit
2. Lapik dulang pembakar dgn aluminium foil n letak ikan tadi
3. Tumis sambal yg dikisar ( Cili Kering / Bawang Besar / Bawang Putih / Serai / Halia )
4. Tumis sampai pecah minyak,masukkan air asam jawa dgn santan perasa pandan
5. Perasakan dengan garam n kunyit
6. Tuang separuh kuah atas ikan dan masuk dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit
7. Kemudian keluarkan dari oven tuang lagi separuh kuah yang dimasukkan bawang besar dihiris ( option )





sedap memang sedap ok korang memang kene buat

nampak simple tapi layannnnnn ;0




 amek aluminium foil letak atas dulang pembakar macam ni,tarik ke atas sket coz nanti nak letak kuah so tak terkeluar2la kuahnye ke bawah dulang tu kan :)




 
 Cencaru yang sudah digaramkunyitkan :)




  Tuang sambal atas ikan ni macam ni :)




 
 pastu tabur2 rosemary sket atas tu



then dibalut camni masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit.




ginila rupenye lepas 30 minit tu ;0



 ade lagi separuh kuah tadikan tuang atas ikan dari oven tadi




SEDAP MEMANG SEDAP LAH ! :)


SEMOGA MH370 DIJUMPAI BERSAMA PENUMPANG2NYA AMIN.




SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SUPAYA TERUS BERDOA PESAWAT MAS MH370 DIJUMPAI DAN SELAMAT.AMIN.


No comments: