Masa ni aku dalam perjalanan balik kampung jelapang padi
Lama aku tak balik kampung
Walaupun aku kerap telefon keluarga aku kat kampung
Tapi mana sama jika aku sendiri yang ada kat kampung
Sampai mak aku kata setahun aku tak balik
Hmm anak perantau memang asyik nak merantau je mak
Tu pun aku tak cerita lagi rancangan aku nak kembara 1 dunia
Rasa2 apa agaknya pendapat keluarga aku?
Tapi itula keinginan kuat aku
Harap2 direstui supaya hati aku senang untuk merantau ke pelosok bumi nanti bersama suamiku
Eh nak cerita tentang cuti2 cny kan? haha
Jom balik ke entri asal muahaha
Sampai je kampung aku singgah 1 kedai makan ni
Korang rase jam berapa aku bedal nasik goreng kampung ni? haha
5 pagi aku dah order macam nak bersahur pulak
Gembira bila jejak bumi jelapang padi tu tak payah cakapla
Rindu serindu rindunyaaaaaa hahaha
Sampai rumah mak aku terkejut tup2 aku dah sampai depan rumah sebelum subuh haha
Supriseeeee
Pagi2 aku gi bilik anak2 buah aku sayang sorang2 tapi dorang di alam mimpi lagi haha
Mak ngah rindu sangat2
Pagi2 dorang bangun terkejut tengok mak ngah pak ngah dorang sampai
Seronok
Time ni aku bawak dorang gi kidzoonia
Seronok betul dorang main tak ingat dunia
Aku ni tak payah cakapla jenuh nak perhati dorang lari ke sana sini
tu baru bawak 2 orang
Ammar tak ikut sebab ikut mamanya ke tempat kerja
Sian dia kalau ikut boleh join dengan abang2nya ni
Takpe lain kali boleh datang lagi
Tunggu mak ngah balik sekali lagi ok hehe
Tengok anak2 buah bergembira aku rasa bahagia sebab dapat gembirakan dorang
Seronokkan tengok orang gembira hehe
Tengah seronok bermain kacau je mak ngah dorang ajak bergambar hehe seb sporting je hehe
Ok dah bergambar sambung main tak ingat dunia haha walaupun aku risau je tengok dorang ni melasak sana sini
Budak2 memang tak tahu erti penat aku yang penat tengok dorang melasak
Maklumla aku kan kanak2 purba hahaha
So dah kurang melasak lebih pada rilek2 je hehe
Smileeeee 😄
Arif & Aidil
Ramai je budak2 serbu permainan ni
Dulu aku tak merasa main macam ni tapi masa dalam kem tentera dulu ada 1 tempat permainan macam ni dekat taman permainan jenis batu mengelongsor tu kalau terlajak memang terdudukla atas rumput haha anak2 tentera katakan lagilah kental jiwa raga dari budak2 sekarang
Haish berebut2 nak mengelongsor kat atas tu haha
Terus main kat sini pulak
Jenuh paparazi nak mengejar haha
Haa time ni Aidil dah letih sangat aku yang cuak rasa nak dokong je tapi bukan budak kecik lagi dah besar haha so aku suruh dia rehat kejap
Masa ni adik aku hantar gambar ammar tengah tolong tok wan dia cuci kereta haha
Abang2 dia tengah bergembira
Tu la tak ikut sapa suruh hehe
Tapi memang dia suka menolong tok wan dia pun
Boleh bukak car wash budak ni hehe
Detail cara cucinya tu
Masa ni aku gi berkelah di Pantai Murni area Yan
Tapi pantainya takla cantik sangat cuma nak bawak anak2 buah yang asyik sebut nak main pasir kat pantai
Lain kali boleh ke pantai2 yang berpasir pulak mainla puas2 ok hehe
Tapi memang best je berkelah kat sini belakang aku banyak gerai2 jualan ada orang nyanyi2 jual aiskrim pun ada tak senang duduk anak2 buah aku hehe
Masa ni aku masak Daging Sambal fuh sedap layan makan dengan angin pantai sepoi2 bahasa
Mak aku ni memang kaki jalan hehe
Ni nak fly pulak ke oversea
aku tak ikutla sebab encik suami kerja
Maybe next time
Masa ni dalam perjalanan ke negeri indera kayangan
Mengantuk pulak budak kecik tu hehe
Tidurla kang dah sampai mak ngah kejutkan ok
Sampai2 je rumah sepupu aku dorang tengah hidang makan tengahari
Memang langkah kananla sebab banyak lauk2 kenduri dorang bawak balik
Maklumla sepupu aku yang tolong masak2
Sedap sungguh makan2 berjemaah
Maklumla lama tak berjumpa kan
Banyakla nak bergosipnya muahaha
Aku baru nak start makan dorang dah nak habis sepinggan kihkihkih
Takpe aku layankan je
Kakak sepupu aku ni dulu tak banyak cakap tapi sejak ada cucu ni fuh non stop cakapnya haha tapi best layan sebab banyak kelakarnya hehe
Sporting je melayan aku nak selfie2 dengan beliau hehe
Maklumla bertahun tak jumpa banyakla gosip2nya hehe
Belakang tu sepupu aku depan tu cucu2 kakak sepupu aku yang sebijik macam rupe mak dorang di sebalik dinding sana haha ajak selfie tanak pemalu sikit
Buah pelam ni kakak sepupu aku yang kaitkan tepi rumah
Besar2 buahnya aku kait tak jatuh tapi kakak sepupu aku kait bedebuk jatuh berbijik2 terror sungguh haha
Nampak nau jati kampung aku dah ditelan zaman
Dulu2 akula juara tapi sejak jadi anak perantau tu macam tak berapa nak juara kampung sangat
dah haha
Time ni nak balik dah tup2 datang kawan sepupu aku bawak kuih bakul dengan sekotak limau
Dari nak bangun dudukla balik hehe
Abah aku dengan kuih bakul dan jugak buah limau yang baru sampai kawan sepupu aku datang hantar
Pertama kali tengok kuih bakul dalam bekas macam tu
So jom rasa
Aku tak pernah rasa kuih bakul ni
So jom potong & rasa
Agak keras nak kata macam dodol tak jugak lebih pada bingka tapi pejal sikit
Rasa? Okla boleh layan
Tapi sepupu2 aku kata sedap
Bagi aku ok2 je heee
Time nak balik sepupu aku kukus pulut pulak
buat lopes yang makan dengan gula merah tu
Anak2 buah aku ni memang rajin menolong harap sampai ke besarla sifat suka menolong tu kekal ye hehe
Dari nak balik awal sikit terus lajak sebab lepas tu anak2 buah sepupu pulak datang
Akmal , Awatif , Aqilah
Hai dah besar2 dorang ni
Akmal tu pulak katanya 2 tahun lagi nak majlisnya
Dari lahir aku tengok tak lama nak majlis pulak hmm aku ni dah semakin purba rasanya tapi jiwa kekal muda muahaha
Time ni melawat sepupu aku suaminya tak berapa sihat
Sampai2 je depan rumah dah disambut dengan ayam belanda , merak dan angsa2 hehe
Seb dalam kawasan berpagar tu pun ammar tengok dari jauh takut nak dekat hehe
Masa aku kecik2 dulu takdenye angsa2 dalam kawasan berpagar
Lepas bebas macam tu je kat kampung mak aku
Pastu nasibla kalau tibe angsa tu datang nak menyudu
Bersepah2 lari aku dengan adik beradik aku dengan sepupu2 kat kampung haha
Seronoknya zaman kanak2 aku dulu
Semua pengalaman kat kampung ade
Name je dari panjat pokok sampaila berkubang dalam sawah dengan perigi buta
Kebal sungguh anak2 kampung zaman dulu
Rindu...
Suami pada sepupu aku
Harap cepat sembuh
Dulu masa sihat beliaula paling banyak borak
Sekarang ni sepatah2 ayat tapi bolehla faham sikit2 apa yang nak disampainya
Masa nak balik singgah kuala perlis kejap
Tak puas anak2 buah nak main pasir pantai
So jomla kita merayau2 cari parking
Banyak betul manusia susah nak cari parking tapi dah rezeki dapat jugak lepas pusing2 cari
Pasir pantai tak berapa cantik sangat
Sian plak aku tengok haha
Takpelah lain kali kita plan gi langkawi pulak
Sana cantik jugak pasir pantainya
Bolehla buat istana2 gitu hehe
Adik aku gi teman anak2nya
Aidil peace 1 kali dekat mak ngahnya hehe
Peace 1 kali lagi haha
Seb sporting dalam kesibukkan nak bermain pasir pantai hehe
Seronok budak2 main pasir pantai
Jadila janji ada jugak pasir hehe
Ape2 je la aktiviti dorang ni
Takpela janji dah lepas hasrat nak main pasir kat pantai 😄
Senja hampir berlabuh
Masjid tepi tu je
Dekat dengan kawasan tempat makan
So aku lepak situ tunggu matahari terbenam
Memang cantik suasana pantai jadinya
Abah aku bersantai2 di tembok pantai
Jarang2 dapat keluar ke pantai so duduk lama sikit menikmati alam mengadap pantai yang tengah surut airnya
Encik suami pun bersantai2 je hehe sebab biniknya sibuk ambil gambar saat2 matahari nak terbenam hehe
Lama tak ke pantai hehe
Dekat nak senja dah
Seronok betul jumpa pantai hehe
Tak puas main pasir sebab sampai dah lewat petang haha
Jomla ke masjid berdekatan solat maghrib pulak
Santai menunggu anak2 buah aku main pasir pantai
Solat maghrib di Masjid Al Hussain
Masjid tepi pantai
Cantik masjidnya lagi2 waktu malam
Pastu makan malam tepi2 pantai
Adik aku order sotong celup tepung , satay dengan nasi himpit pastu aku order nasik goreng kampung dengan nasik goreng cina
Ramai betul pengunjung kat sini
Penuh meja makan
Satay ni sedap jugak
Ammar teman pak ngahnya tengok seafood2 yang ada
Berani tengok je haha
Penakut jugak ini budak hehe
Sotong goreng tepung
Sedap jugak layan makan dengan angin malam sepoi2 bahasa tu 😃
Nasik goreng kampung
Sedap layan makan tepi pantai
Nasik goreng cina encik suami
Licin pastu hehe
Adik aku tak balik so habiskan masa bawak anaknya mandi sini
Aydan dan mamanya
Time ni mak long aku ke pulau perhentian
Bercuti dengan keluarga sepupu aku
Seronok bercuti kat pulau kan
Aku pulau perhentian pun tak sampai lagi
Maklumla dulu masa aku bersekolah rendah memang puas duduk kat pantai mungkin sebab tu aku tak teruja sangat begitu jugak kawasan2 hutan
Sebab tu sekarang ni aku dapat rasa macam nak keluar mengembara
Melihat ciptaan2 Ilahi dan tinggalan2 sejarah islam
Harap tercapaila nanti kan
Mungkin aku akan habiskan kembara 1 semenanjung dulu baru mengorak langkah lebih jauh melangkaui sempadan negara
Mungkin makan tahun jelajah aku bersama encik suami
Meredah segenap pelosok bumi
Harap jiwa aku kental menghadapi segala2nya sepanjang pengembaraan kami nanti
Amin....
No comments:
Post a Comment