Saturday, 2 February 2019

SELAMAT HARI LAHIR SUAMI KE DOT DOT DOT HAHA



Terjaga jam 1.45 pagi
Encik suami suam2 panas pulak badannya
Katanya rasa macam nak demam
Hmm kalau tak larat mc je lah pagi ni
So aku bangun ambil kain nak jelum2 kan dahi beliau
Masih awal mari lah menaip kejap 😃
Al kisah sebab ada gambar2 yang belum upload
Hari lahir encik suami 🎉🎊 pada 29 Jan lepas
Sama tarikh hari lahir abah aku
So balik kampung nanti sambut dengan adik beradik aku yang lain pulak sama2 😍


So ke secret recipe la kami
Cayalah aku hanya order kek yang kecik tu je
Sebab selalu ternampak cuma belum rase
So marila cuba
Sedap 
Harga dalam RM4.60 macam tu 


Ha ni la birthday boy tu haha
Menunggu pelayan hantar order kami 😄


Menu sampingan je ni sebab encik suami kalau tak makan nasi tak sah
So sementara tunggu nasi sampai makanla kejap
Sedap 👍


🍸 Oreo Milk Shake
Sedap 👍


Kek terbaru pun sedap 👍
Ikutkan nak je beli sebijik kek 🎂
Tapi memandangkan bukan budak2 yang beria nak makan sangat haha so ambil 1 keping 🍰 sudah buat rase 😄
Sedap kek terbaru ni


Haa ni la kek yang aku order
Aku memang hantu kek 
Tapi masih boleh kawal lagi haha
So order yang ni sebab dah selalu nampak
Nama pun cheese Cake kan
Memang kegemaran aku la tu
So jom rase
Sedap 👍


Ewah nak bersuap pulak haha
Kasi can lah birthday boy kan
Nah hamek 😄
Seb tak ramai sangat orang dalam cafe tu
Mesti muntah hijau tak pasal2 orang tengok 😄
Dah purba2 pun nak bersuap2 kan
haha


So mari cuba
Geram je tengok cheese cake comel ni
Tapi aku pernah beli kat tesco
Sebiji kek cheese pun sedap situ
Tapi ada masa2nya dorang buat
Hari tu cari dah tak jual pulak
Mungkin ada hari2 dorang buat
Sedap 👍


Setakat kek manela cukup haha
So order nasi pulak
Sedaplah nasi ni
yang dalam mangkuk tu ada sambal udang
Besar2 udangnya 
Sedap 👍


Anak buah aku dah pakai cermin mata pulak
Ni la dari umur 3 tahun dah ngadap hp
Aku pernah terjaga jam 3 pagi budak ni main game budak2 tu kemain maknye dahla tengah tido
hadoila 😄
Pasni kena makan banyak lobak merah
Tengok pemandangan hijau2 ye 😄


 Adik aku tengah check rawatan susulan
Asalnya sakit2 sendi sebelum ni makan ubat tahan sakit
Lama2 tak tahan dr suruh operate
So duduk kampung je la sementara nak operate sendi tu
Aku doakan semoga cepat sembuh
Amiin...

Oklah dah 2.34 pagi stop dulu
Wassalam....







No comments: