Ok gelakkan diri sendiri dulu ;p
Korang tengok jap pokok ni
Pokok ni la yang haku tanam kat umah haku sekarang ni
*google
Kat depan umah tepi longkang tu
Dulu ada sepokok dua je
Sekarang dah beranak2 sebab pokok ni makin meninggi
Mak haku kata kena kerat pastu leh tanam tempat lain lak
Dahla pagi tadi jiran sebelah umah haku bagitahu
Ada aci tapi dia kenal la masuk dalam kawasan umah haku pastu sesuke kerat amek pokok yang menjadi kesayangan haku tu
Tak mintak dulu lak tu
Pastu jiran haku tanyela kenape tak tanye dulu
Boleh pulak aci tu kate pokok ni cantik sebab tu saya mau ambil
Nak tanam kat umah
boley?????
Ok la sebab pokok ni mudah ditanam makanya haku halalkan je la
*urut dada jap ;0
*google
So tadi haku berkebun jap bersihkan lalang2 sket pastu haku kerat sket dan tanam tepi pagar tu
Pastu siram
Sedapnya mata memandang tengok pokok2 bunga ni kan :)
Jadi terapi minda pulak :)
Nanti adik haku nak bawak lagi pokok2 warna warni
Lehla tanam kat ruang2 kosong
Sejuk je mata kalau depan umah banyak pokok2 bunga kan :)
Terapi mata,terapi minda dan terap jiwa :)
Pastu haku terfikir nak deko2
Tapi tengokla pada kerajinan haku ni hehehe
Sebab idea belum ade tapi macam nak ade je :)
Lehla haku gi nursery tanaman herba atau pokok2 bunga pastu pilih2 mana 1 yang berkenan
Macam jap lagi je nak ajak encik somi gi nursery pokok
Amboi tak menyabo hehehe :)
*google
Pastu encik somi cakap jiran haku tu pun macam nak jugak
Nanti nak tanam kat umah dia hehe
Masalahnya nak tanam kat mane tu sebab depan haku tengok dah bersimen semua
Mungkin sebelah belakang umah kot sebab dorang banyak habiskan memasak kat belakang tu
Sebab pagi dorang berniaga
Sambil masak2 sambil layan tengok pokok bunga cantik ni hehe :)
Haku rasa kalau kawasan umah haku ni pakat2 semua tanam pokok bunga
Mesti warna warni je kawasan umah kan hehe :)
Eh lupe lak nak kasi tahu nama pokok ni :)
Maklumla teruja dengan hobi baru ni :)
Nama pokok ni ATI ATI
Rupenye pokok ati2 ni sejenis pokok herba ewah :)
K jom kita baca khasiat dia :)
Baru ku tahu :)
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam
di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi
daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu
dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan
memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok
yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat
(bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai
tiga meter.
Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning
kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi,
keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.
Khasiat Pokok ati-ati
1- untuk mengubati batuk
terutama dikalangan orang-orang dewasa. Cara penyajiannya ialah dengan
digiling beberapa helai daun ati-ati kemudian campur dengan air sebelum
ditapis dan diminum dua kali sehari. Cara ini juga boleh digunakan untuk
merawat sembelit.
2- bagi mereka yang mengidap lelah, daun ini juga boleh digunakan.
Cara penyajiannya ialah dengan mengambil beberapa helai daun ati-ati,
bersihkan kemudian giling hingga halus. Sapukan daun yang telah halus
tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolah setelah
diamalkan beberapa kali.
3- bagi mereka yang mengalami masalah bisul,
Anda juga boleh menggunakan daun ini. Cara penyajiannya ialah dengan
mengambil daun segar sebanyak 10 helai lalu dicuci hingga bersih.
Gilinglah hingga halus tambahkan sedikit air sehingga ia menjadi adonan.
Cara memakainya ialah dengan menutup tempat yang ada bisul tersebut kemudian dibalut. Ramuan ini hendaknya diganti dua hingga tiga kali sehari.
4- untuk pengidap wasir pula Anda boleh mengambil beberapa helai daun
(lebih kurang 25 gram). Tambahkan juga 5 gram gula merah. Aduk hingga
rata lalu didiamkan hingga dingin, saringkan terlebih dahulu sebelum
diminum.
5- bagi mereka yang mengalami gangguan pencernaan, ambil daun ati-ati
sebanyak 10 helai. Kemudian cuci hingga bersih. Campurkan dengan dua
gelas air, campuran ini kemudian dimasak sehingga tinggal segelas saja.
Setelah didinginkan,saringlah sebelum diminum sekurangnya setengah gelas
dua kali sehari.
6- untuk masalah telambat datang haid, ambil enam helai daun ati-ati.
Cuci hingga bersih, rebus denagn dua gelas air kemudian dijadikan
hingga satu gelas air. Minumlah setelah disaring.
7- bagi mereka yang mempunyai penyakit cacing,
ambil tujuh helai daun. Cuci hingga bersih. Kemudian giling hingga
halus, setelah halus tambahkan setengah gelas air dan madu satu sendok
makan. Saringkan terlebih dahulu sebelum diminum sebanyak dua hingga
tiga kali.
8- untuk mereka yang menghadapi radang teliga, ambil 15 helai daun.
Cuci hingga bersih, gilingkan hingga halus. Campurkan dengan air tiga
sendok makan. Aduk hingga rata kemudian disaring dengan sepotong kain.
Air yang telah disaring itu dipakai untuk obat menetes telinga yang
sakit. Gunakan dua hingga tiga tetes sebanyak empat hingga enam kali
sehari.
Teknik menanam dan menjaga
Pokok ati-ati sesuai dengan tanah gembur yang banyak mengandungi
bahan organik tetapi tidak menakung air disebabkan keadaan ini akan
membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik.
Baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan
sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik.
Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak secara lansung /
terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam
satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti
yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.
Oleh itu, selepas berbunga, adalah disyorkan dahan bunganya dipangkas
bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk
digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh
dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula
menggunakan batang.
Jam menunjukkan angka 1.33 pagi
tetibe perut bagi signal mintak makanan
adoiii sudah ;p
layan perut ke layan mata lagi bagus? ;p
dahle tadi cik ti*** wat lawatan kat dapur haku
ngade tol!
dahla tak wat appointment dulu
nanges kat situ ;p