Friday 30 September 2022

SANTAI MALAM DI BIG TAS TEA FALIM

 


Balik je dari kampung tercinta petang2 sket kami gi makan malam kat Cafe Big Tas Tea ni maklumla pertama kali jejak sini nak tengok menu apa yang best2 ada :) 


 Aku memang pantang nampak kek :) terus order Oreo Cheese Cake ni ( RM13.80 ) tapi sedaplah kat tekak aku , nak order menu2 kat sini kena guna scan QR Code tu tapi senanglah cara ni , bolehla klik2 je jap gi sampai je makanan ha ha makan la sampai kenyang :0

Aku sampai dah nak dekat maghrib macam tu jadi nak makan dengan tenang & santai pastu tak terkejar2 baik gi solat maghrib dulu , surau ade je kat sebelah cafe ni tapi kena naik tangga ke tingkat atas jadi ajaklah encik suami teman haha aku rasa atas tu asrama budak2 yang keja cafe tu sebab nampak ada bilik2 dalam tu dengan rak kasut , surau pun selesa lah lembut je sejadahnya pun , dah solat baru turun order makanan & makan dengan tenang hehe
 


 Masa kami gi sini bukan hari minggu jadi sangatla selesa & santai2 je makan , suasana pun cantik menu2 pun sedap2 aku rasa bukan sekali aku akan jejak sini sebab apa tau? banyak lagi menu2 yang nak dicuba rasa hihi :0 


 Masa scroll2 menu yang banyak tu aku pilih BigTasTea Platter Free 2 Cups Sparkling Juice ( RM62.80 ) ni , sedap weh :0 aku rasa set pinggan besar ni boleh makan 3 orang sebab macam banyak je ni aku makan 2 orang pun jenuh nak habiskan siap mintak bekas tapau bawak balik yang tak habis tu hehe :p 

Air pulak aku cuba Gempak Kopi Hot ( RM10.80 ) dengan Chocolate Cookies Hot ( RM9.80 ) tapi sedaplah :)

 Alhamdulillah...dah kenyang marilah balik sebab nak tengok cerita Zombie Detective pulak :0 , TV3 jam 11 malam setiap selasa sampai khamis :0 

 

Saturday 10 September 2022

SARAPAN ROTI SOSEJ

 


 Hari ni aku rasa macam rajin sikit nak masuk dapur buat sarapan gara2 selalu rasa macam makan sarapan kat luar tu ada ketidakpuashatian bila makan tu heee yelah sebab air tangan orang lain kan tekak lain2 kadang ada yang tak kena dengan selera aku hmmm baikla buat sarapan sendiri kan camtu 


Roti tu aku gelek2 dengan gelas bagi lenyek supaya senang gulung dengan sosej yang aku rebus awal tadi , nak cari penggelek kek ntah mana aku simpan malas pulak aku nak selongkar itu yang aku capai gelas je janji dapat lenyek roti tu ha ha 


Dah siap bahan2 roti aku celup dengan telur pastu salut dengan serbuk roti terus masuk dalam kuali , balik2 kan sesekali sampai nampak macam garing2 sket terus angkat 

 


Alhamdulillah menjadi jugak roti breadcrumbs aku ni hihi , suka tengok chef2 masak tapi aku ni biasalah nak datang aura rajin masak tu macam nak tunggu emas gunung furat muncul je heee layan makan sambil minum milo o panas...syukur pada ALLAH S.W.T atas rezekiNya hari ni....

SANTAI DI HANGOUT IPOH

 


 Malam ni aku dengan encik suami jalan2 cari makan kat hangout ipoh , ada jugak beberapa pelanggan makan kat situ jugak 


Air yang aku order Hazelnut Coffee harga RM7.90 manakala encik suami air Calamansi Asam Boi RM4.90 sedap jugak aku rasa air asam boi memang sedap kan boleh hilang muak kalau makan benda2 lain sebelum tu


 Malam minggu ni ada band muzik pulak jadinya makan2 sambil dengar dorang nyanyi pulak heee


Kami sama2 order Set Ikan Bawal RM18 memang sedaplah layan , kalau datang sini memang menu ni lah kami order tapi kalau datang lagi aku nak cuba menu lainlah pulak 

Lepas selesai isi perut kami jalan2 jap kat gerbang malam bagi turun makanan tadi hehe sambil cuci2 mata , memang ramai pengunjung jugak malam tadi maklumlah hari minggu kan...

 

Thursday 1 September 2022

NINSO OH NINSO

 


Tadi lepas selesai sikit keje encik suami tanya nak gi ninso ke? ewah...jangan diajak pantang je ajak jom le aku pun hihihi ni kali ke 2 lah aku jejak ninso berhantu ni ha ha cakap je nak cuci mata dulu tapi takdenye cuci mata aku terbeli jugakla beberapa barang dalam tu heeeee


Ada 2 tingkat kami pusing2 je dulu cuci mata tengok barang2 situ , tak ramai orang pun sebab masih awal pagi kan lagipun semalam hari merdeka mesti ada yang masih tido lepas berjaga sambut merdeka

 

Antara barang yang aku beli macam kopi ni aku dah cuba pun memang layanlah minum panas2 dahla cuaca mendung2 dengan hujan renyai2 pagi2 pastu


Ntah berapa banyak mug la aku beli hehe selalu cakap cukuplah mug2 yang ada kat rumah tu tapi itulah sedap pulak mata aku tengok maka tiba2 terambil 1 hmmmm bertambah2 koleksi mug heee

 

Selain tu roti pun ada belilah 1 bungkus ni buat makan tengahari sebab sarapan dah masak nasi goreng tadi jadi rasa kenyang lagi


Aku beli penyangkut ada penyepit ni sebab nak kepit kain2 lap dapur tu takde tempat nak sangkut pulak hihi

 

 Sarung bantal saje nak tambah2 buat koleksi hmmm cuci mata sangatla mula2 tu kan ha ha

Aku ada buat sudut mengopi kat rumah ringkas2 je jadi belilah benda ni nak hias2 sket tempat kopi2 aku tu he he

Beli benda ni jugak buat hiasan2 dalam rumah tu dah macam sudut seni je rumah aku tu dah pastu kami pun beransur keluar cepat2 takut koyak dompet kalau lama2 duduk dalam tu hihi seram......ha ha Alhamdulillah syukur selalu...