Monday 29 August 2022

SANTAI DI CAMERON CENTRUM

 



Al kisah ni lah pertama kali aku masuk dalam Cameron Centrum ni , rasanya macam aku suka je tempat ni , bawah tu ada mall jual macam2 ada lif dengan eskalator jugak kalau nak turun ke bawah gi mall tu kalau malam2 mesti lagi cantik sebab lampu2 dah bukak kan , takpelah lain kali pulak datang tengok waktu malam tapi pastinya kena check in hotel la kan yahuuuu eh???? hihi


Sejuk betul masa ni suhu 19○C pastu hujan lebat lagi pekena kopi best ni tapi dah makan tadi takpelah lain kali je lah datang mengopi sini  kan


Ramai je datang bergambar kat sini gara2 tunggu hujan lebat berhenti buatlah apa yang patut hehe tapi dalam ni takde surau harap pihak mall dapatlah sediakan surau kan untuk pelanggan islam  


 Suka betul aku dengan bunga2 kat cameron ni , segar2 je tumbuh , dapat kat aku hmmm hehe aku suka tengok tapi nak tanam sendiri tu macam kesian je nanti kat pokok2 bunga tu jadinya ha ha


Pertama kali datang makan tengahari kat Pak Leh Chicken dalam Cameron Centrum ni , Alhamdulillah selesa je makan2 situ walaupun ramai jugak orang , rasanya yang datang bercuti makan tempat baru situ , kedai2 kopi , kedai2 makanam western dengan pastri2 banyak jugak dijual situ


 Selesa je pilih makanan dalam restoran Pak Leh ni kalau datang malam2 mesti lagi best sebab dah bukak lampu2 kan nampak lagi cantik nak bergambar hehe


Al kisah aku nak makan bihun sup sebenarnya tapi dah tengahari memang takde lah kalau petang2 mungkin ade , jadinya aku pun layan nasik jugaklah macam encik suami heeee Alhamdulillah.... 


Jalan2 nampak pondok tepon merah ni hehe ala2 kat london katanya ewah 


Aku nak bukak tapi kunci pulak tidak bolehla ambil gambar sambil cakap ala2 kat tepon kan heeeee 


 Kawan encik suami dalam jem heee datang hari minggu memang macam ni lah kena hadap tapi kan aku kagum je tengok kesabaran mereka nak ke satu2 tempat macam kawan encik suami ni nak ke mardi dengan kea farm lepas check out hotel kat quintet tu tapi dah macam ni beliau terus buat keputusan balik kl terus hmm tak dapatla kami berjumpa...takpelah lain kali je lah kan jumpa kat mana2 nanti

 

Thursday 25 August 2022

SAMBAL SARDIN DAUN KESUM

 


Alhamdulillah hari ni aku rajin sikit memasak , masak ringkas2 je macam sardin dengan sayur sawi telur , cuaca pun baru lepas hujan awan mendung2 gitu sedap tidurlah pastu kan hehe 


 Jiran selang sebuah rumah aku anaknya rajin  berkebun , tadi encik suami nak ke kedai jiran aku panggil kalau nak sayur bolehla gi ambik kat kebun belakang tu , Alhamdulillah....berbudi pada tanah melimpah ruah rezeki dari Allah S.W.T syukur....


 Encik suami petik cili padi hijau


 Terung pun ada ditanam


Daun Pudina pun ada  


 Daun kesum pun ada jadi aku guna sikit letak dalam sambal sardin memang sedaplah jadinya hehe

Tuesday 23 August 2022

SANTAI DI MY ULTIMATE BAKES

 


Alhamdulillah , lepas selesai urusan sikit kami terus nak gi mengopi , mula tu nak mengopi kat 1 cafe ni tapi masa kami sampai tu macam tengah ada rakaman pulak jadinya patah balik ke 1 cafe lain syukur dah boleh masuk tapi takde orang pun lagi masih awal kan heeee


Lepas order kami santaI2 duduk tepi rak buku ni tapi tak pulak aku nak ambik baca hihi agaknya zaman pegang buku dah berlalu bagi warga purba macam aku ni kan tapi ade je yang masih suka pegang buku ni tapi bukan aku lah hihi ( kisahnya masa zaman kegemilangan dulu aku dengan buku setebal bata tu bak irama dan lagu jadi cukup2lah ha ha ha )


 Aku order air MilkShake Strawberry Cheese Cake harga RM16 pastu encik suami pilih MilkShake Tiramisu harga RM15 , rasa ok lah walaupun aku asalnya nak minum kopi panas2 sekali tengok buku menu hmmm ke laut dalam la kopi panas haha macam2 pulak ada....


Pastu nampak ada kek2 pulak jadi jom cuba Mango Cheese Cake RM13 , Goodness Cup Chocolate RM5 , Red Velvet Cheese Cup Cakes RM4.50


Encik suami pulak nak cuba Pavlova ni RM9 


 Alhamdulillah tenang je santai2 sini ada sorang 2 je pelanggan masuk awal pagi , lepas selesai semua kami pun baliklah cuaca pun panas masa ni tapi petang lebat hujan sampai ke malam....apapun syukur selalu....

Saturday 20 August 2022

SANTAI PETANG DI NGOPDUL RIVERWALK

 


Petang 2 hari lepas aku dengan encik suami plan nak jogging sebenarnya , sekali baru 20 langkah mula nak jogging hujan mula turun celapak kami cari tempat berteduh hehe bukan kami je ada lagi orang depan2 kami pun patah balik heeee 


 Dah hujan turun jomlah terus mengopi hehe


Jom pilih menu sementara hujan berhenti , dalam kedai atau cafe ni aku , encik suami dengan 3 pelanggan lain tengah mengopi 


Ada beberapa pilihan makanan untuk santai petang2 

 


Tunggu Mac n Cheese crew kedai panaskan 


Sampai dah menu kami petang tu Vanilla Latte panas RM8 aku order , Caramel Machiato Frappe RM11 dengan Mac n Cheese ( Large ) RM13 ni aku kongsi je dengan encik suami saje je tak lapar mana pun lebih pada rasa2 je petang2 kan 

 


Cantik dekorasi dalam kedai ni ringkas tapi elegan gitu , selesa lah nak duduk sejam 2 


1 panas 1 sejuk jom rasa air yang dijual ni 

 


Kacau2 bagi rasa sebati baru sedap nak minum hehe 


 Masa nak balik tu aku nampak macam kalimah Allah kat langit...Allahu Akbar

Friday 19 August 2022

BIRTHDAY ANAK MEMBER

 


Bulan ogos ni ada beberapa orang kenalan aku kena dengan tarikh lahir dorang , salah satunya anak kepada kawan aku ni Iqin , maknya buat majlis malam jam 9 , masa tu aku di luar kawasan tapi aku usahakan jugak dapat hadir sebab memang kawan baik kan , tema malam birthday tu warna purple hitam cuma birthday girl je pink hehe 


 Kelam kabut aku cari hadiah ha ha kebetulan malam tu ada 2 lagi kena hari lahir bulan ogos ni tapi taklah sambut cuma buat majlis makan2 kat budak kecik iqin tu je maklumlah dah besar kan masing2 tak payah majlis pun ok je hehe


 Balik rumah je terus cari baju warna purple hitam , alhamdulillah ada warna purple tu hehe


Sempatlah rehat kejap sebelum ke majlis hari lahir iqin tu 

 


 Meriah maknya pun hias2 majlis anaknya tu hehe seronoklah budak2 kan , menu malam tu ada popia , mee kari dengan kek2


 Ada sorang lagi tak dapat hadir fizi dengan eka sebab petang tu fizi tergelincir depan bilik air bengkak kakinya aduhhh alhamdulillah takla teruk sangat makanya kami2 je lah bergambar tak cukup korum ni , takpelah boleh keluar makan je nanti bila dah ok tu kan..Alhamdulillah


 Terus malam birthday girl seronok pakai tudung merdeka hehe kan nak raikan hari merdeka nanti hihi

SANTAI PETANG DI OLD TOWN WHITE COFFEE

 


 Hari ni lepas selesai urusan macam2 aku ke Aeon 18 jalan2 jap dalam tu terus masuk cafe old town white coffee ni rehat jap minum makan sket petang2 , tak ramai orang pun masa aku gi ni jadinya duduk lama sketlah layan kopi dengan roti yang sedap tu heeee

Cantik lampu ni tapi kat rumah aku takde lampu camni boleh je nak pasang tapi aku macam suka lampu cerah lagi rasanya ha ha 


Masa ni tengah tunggu menu sampai , sedap duduk kat kerusi ni macam nak tertido je haha

Senarai menu yang aku dengan encik suami dah pilih , sebenarnya banyak betul menu yang kena cuba nanti jadi buat hari ni pilih Vanilla Latte , Lemon Juice , Roti Peanut dengan egg toasted ringkas je kan? tapi ok lah buat lapik perut sebab pagi tadi dah pekena nasik lemak dengan ayam goreng mamak

Ha dah sampai alhamdulillah apalagi jom layan makan

Sesekali bolehla santai2 sini kalau singgah lagi kan boleh cuba menu yang lain pulak kan

Dah selesai semua kami pun beredar sambung urusan2 lain pulak.... Alhamdulillah syukur selalu ❤ 

 

 

 

 

 

 

 

 

Monday 15 August 2022

SANTAI PAGI DI KFC

 


Aku memang orang yang ambil sarapan pagi jadinya hari ni aku ajak encik suami gi sarapan dekat MyUltimateBakes tu tapi bukak jam 11 pagi camtu pastu terus ke lotus bahagian food court tapi tak ready lagi pulak makanya masukla kfc dalam tu dan memang rezeki kami hari ni sarapan kat kfc hehe apa pun Alhamdulillah....


Menu pilihan encik suami , air tukar milo tanpa ais

 


Aku order burger je air tukar milo tanpa ais 


 Alhamdulillah kenyanglah pagi ni , pastu mula lah rasa mengantuk pulak sebab awal keluar kan hehe.....