Sunday 30 August 2015

ALHAMDULILLAH SYUKUR :)




Al kisah pagi2 buta ni haku tak dapat tido pulak
so layan blog la kejap kan
haku baru je balik dari kampung dalam 2,3 hari lepas
balik kampung naik keretapi :)



 ok kunun nak habiskan kedua2 buku tebal ni kan sebab perjalanan panjang :)
Tapi dek kerana haku amek tempat duduk so suhu sangatla sejuk
haku hanya baca sampai 5 helai je pastu terus tutup buku
ajak encik somi gi keluar jap dari koc tempat duduk ke kantin
so kurang sejuk sket ;0



So encik somi kan ada rawatan susulan tu kat hospital
so balik kampung pun just gi hospital je la
pagi2 lagi dah ke hospital amek no giliran dekat sejam baru dapat masuk jumpa doktor
ramainye la orang kat tempat menunggu tu sampai haku rase macam berada kat jabatan pendaftaran je :)  yelah sebab ramainye orang kan
so lepas tu doktor bukak file x ray dalam laptop nak tengok result check up encik somi dulu
lepas tengok je terus doktor cakap ok semua cantik so tak payah datang lagi dah
Hati haku time tu lega teramat sangat
Alhamdulillah takla haku nak risau2 je kan :)
Syukur alhamdulillah
Masih ada lagi 1 keputusan kat klinik kesihatan sebab hari tu amek darah doktor yang lain plak nak tengok bacaan enzim hati
Tapi takpelah yang tu nanti balik semula ke umah haku baru fikir :)
So lepas tu terus kami ke cafe hospital
Tempat yang boleh menceriakan haku hahahaha ;p
Haku just tapaukan sup daging dengan kerabu taugeh so mak haku tak payahla masakkan
Masih ade lagi lauk pauk yang lain so just tambah2 je la
Lepas keluar dari kawasan hospital terus gi amek tiket keretapi coz malam dah nak bertolak balik
Kali ni amek koc katil pulak :)
Sajela  nak cube kan :)



kos katil selesa memang selesa
tapi haku tak dapat nak tido sangat sebab kalau tertido kang terlepas stesyen pulak ;0
so tido2 ayam je la
haku dengan encik somi booking katil atas
so bawah kami rasenye orang putih
kemain borak laki binik :)
haku rasa kalau bawak novel time ni best je layan sambil dengar muzik ewah :)
sebab ade lampu tu kan so takla bosan sangat lame2


Sampai je dah jam dekat 2 pagi macam tu
So terus balik rumah rest ngan tido esok kena bangun awal lak nak ke klinik
Tapi haku tak pergi tak larat nak bangun pun ;0
Encik somi gi sorang je tapi haku tak sabar lak nak tahu apa kata doktor
Nyesal tak ikut ;p
Bila encik somi balik je terus haku tanye camne ape kate doktor?
Encik somi cakap doktor kata bacaan enzim hati menurun dan stabil dan tak payah ke klinik dah utk check up
Ya Allah alhamdulillah..amin..syukur :)
Memang kami kerapla ke klinik dengan hospital gara2 denggi
Denggi memang berbahaya
Jauhkan kami semua Ya Allah dari penyakit2 merbahaya amin.....
Haku taknakla setiap kali check up je berdebar2 lak nak tunggu result
Macam berdebar2 nak tunggu amek keputusan peperiksaan besar pulak :)
Alhamdulillah 


So sekarang ni setiap jam 5 ptg ke atas je memang haku tutup semua pintu tingkap
Kawasan umah haku ni memang kawasan panas so kena berhati2 la kan
Mintak dijauhkanla amin.....
















































































Monday 24 August 2015

KARIPAP PUSING PALING PUAS HATI :)





Haku memangla jaaaaaraaaangggg atau hampir tak ingat bila last sekali haku buat karipap pusing ;0
Tetibe je semalam haku kerajinan nak buat lepas baca blog resepi blogger kita azlita masam manis
Memang haku puas hati dengan resepi puan azlita kita pastu banyak lagi resepi2 kat situ yang haku dah cube memang semuanya sedap2 belaka :)
TQ kat blogger resepi kita hehe :)
Haku ikut step by step pastu pastikan bahan mencukupi so dengan harapan menjadila kan :)
paling penting sekali masa buat tu mesti buat dengan hati yang lapang ye sebab proses nak buat dia memerlukan kesabaran yang tinggi hahahahahaha
So kat sini haku ikut resepi beliau tapi adela haku add on sket2 macam inti tu ikut bahan ape yang adela kan :)
Dah malam so buat je la inti ape yang ade ;0
Lebih penting supaya semangat kerajinan haku tak separuh jalan atau lari ntah kemana mana hahahaha :)
Ok jom layan bahan2 karipap pusing versi haku ni pulak :)




 inilah bahan2 nak buat karipap pusing
asalnya acuan tu nak pakai yang warna ungu tu
tapi memandangkan haku nak bawak balik kampung so baik haku guna acuan karipap
sebab nanti kang hahahaha dorang tanye ni kuih name pe lak?
tak macam karipap pun
pastu bla bla bla eh? ;0
that why baik haku guna acuan karipap hahahahaha ;0




  
Ok langkah pertama pastikan alat penggelek tu disapu dengan tepung begitu jugak dengan tempat kita nak canai doh karipap tu nanti
kenapa kena tepung tepungan? ;0
sebab tak nak la nanti adunan doh karipap tu melekat2 je kan
tak bestla nak mengadun nanti :)
tepung apa?
mestila tepung gandum ye....:)





 Ok ni 2 adunan yang berlainan cara membuatnya
yang meleper tu resepi dia macam ni :

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air - tuang sedikit2

***masukkan tepung dalam bekas pastu buat lubang tengah2 
panaskan minyak jagung tu pastu tuang dalam lubang yang kita buat tadi
gaul rata dengan sudu ye sebab panas pastu baru gaul2 dengan tangan sampai jadi serbuk roti
pastu air tu bancuh dengan garam kacau sampai larut baru tuang sedikit2 dalam adunan tepung tadi sampai jadi doh dan rehatkan sekejap sebelum mencanai



Pastu resepi doh yang seketul kat tengah tu resepi dia macam ni :

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin

*** gaul semua bahan2 di atas pastu bulat2kan
tak guna air ye kawan2
bahagi kepada 5 bahagian bulat2kan




 Haaa pastu balut jadi macam ni :)
ewah seronok plak main masak2 memalam kan ;0



Pastu gelek doh tadi sampai meleper macam ni



Pastu gulung adunan jadi macam ni



 Kemudian gelek lagi bagi meleper macam ni
ok kene sabar ye buat karipap pusing ni hehehe
pastikan mood rajin berada pada tahap tertinggi ;p


 Pastu gulung sekali lagi jadi macam ni



 Letak pisau di tengah2 supaya senang kita nak bahagi kepada berapa bahagian yang kita nak



 Tadaaaaaa :)
seronok pulak haku tengok hehehehe ;p
Time ni perasaan seronok tu meninggi sebab rase macam jadi je karipap pusing haku ni hehehe ;p
 

 Inila yang dinamakan keratan rentas karipap pusing ;p
terus masuk bab sains kan
boleh jeeeeee lol ;p



 Beberapa keratan rentas karipap pusing yang akan digelek dan diintikan sebentar je lagi
ni baru 1 bahagian dari beberapa bahagian yang kita bahagi di awal tadi
so bertabah dan bersabar ye nak menghabiskannya ;p
sabar sabar sabar ;0
 senyum tanpa perlu kata apa2 ;p



 Ni la kejadiannya lepas kita gelek 
ni la yang dikatakan karipap pusing tu
oooooo
angguk sorang2 kat dapur ;p
bhahahahahaha



 Inti karipap pusing ni haku buat je ape yang ade
bahan2 yang ni :

5)kentang didadu kecik2
6)lobak merah disagat halus
daun bawang dihiris halus
*tutup api baru masukkan hirisan daun bawang 
1)bawang putih dihiris nipis
2)cili kisar
3)rempah serbuk ayam dan daging campur air sket
4)air asam jawa
7)gula dan garam


*** tumis macam biasela kan
masak sampai kentang lembut
tutup api
biar dia sejuk sendiri



 Letak inti macam ni
macam biasa kita buat karipap biasa tu ;)


 Ok yang ni siap nak bawak balik kampung :)
banyak jugak dapat dari sukatan adunan resepi ni
buat sendiri lagi puas hati makan
kalau beli makan ala2 je :)
so rajin2la selalu lol ;p


 Yang ni untuk digoreng makan sarapan pagi esok :)



 Yang ni lak baki2 dari adunan acuan 
so kita bulatkan pastu ulang step buat karipap
just gelek2 gulung2 letak inti



 Ni lak yang terpaling last sekali baki doh tu so marila kita buat lain sket ;0
time ni barula betul main2 masak2 hehehehe ;0

 Ok buat keratan rentas ni lagi pastu potong



 Pastu gelek je macam ni
gelek leper2 je nanti kita nak goreng begitu saja :)
percayalah sangat gebu dan rangup lepas masak
sangat2 puas hati :)




 Penyebab main masak2 sebab inti dah habis hehehehe :)

 Ready untuk digoreng
mari2 menggoreng :)



 Pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng
Adunan ni akan timbul sendiri pastu alih2
agak kekuningan baru angkat
yuhuuuuuuu gebussssss and rangupppppppppp betul :)
time2 tu jugak haku testing makan :)



 Masak separuh je separuh lagi goreng separuh masak pastu simpan dalam peti ais sejuk beku
pagi esok keluarkan awal sejam sebelum menggoreng
ingat pastikan minyak betul2 panas baru masukkan adunan karipap pusing :)



 Yang ni dah digoreng separuh masak
sejukkan jap baru masukkan dalam bekas and simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku
Ni bawak balik kampung :)



Haaa panjang lebar kan sejarah nak buat karipap pusing ni? ;p
Sabar banyak2 sebab memang ambil masa sket nak buat karipap ni ;0
tapi memang seronok and enjoy je time buat 
pastikan anda kerajinan tu yang penting hehehe
kalau tak rajin beli je laaa ;o



Ok ni haku nak tunjuk kat korang keadaan awan yang jadi atas rumah haku kat kampung
time ni haku sefamily lepak2 depan umah duduk2 borak2 sambil makan buah rambutan dengan dokong
haku first nampak kat langit sebab terpandang kan
terus gerun masyaAllah
bagitahu adik haku
terus adik haku bangun ambik gambar





Awan ni seolah2 membujur ke bawah
seram ok sebab atas bumbung umah haku je
ape yang haku tahu keadaan awan macam ni akan menyebabkan ribut atau lebih teruk dari tu
kan ada puting beliung yang jadi kat utara tanah air kan?
Time ni memang seram tahap tertinggi
Haku sefamily perhati je sambil doa agar awan tu berlalu pergi
tak lama lepas beberapa minit keadaan jadi normal balik
waaaaaaaaa takutttttttttt
haku rase first time kot nampak awan membujur ke bawah ni
pastu lepas seminggu baru tahu kat filipina jadi ribut tu
mungkin awan ni datang dari sana kan?
waaaaa takutttttttttttttt
Ya Allah lindungilh kami semua amin.......




ni gambar2 yang haku google seolah2 boleh bertukar jadi macam ni
takutnyaaaa
awan ni dipanggil mammatus
boleh menyebabkan ribut yang teruk





takut




















Saturday 22 August 2015

HIDANGAN KETAM REQUEST BY ENCIK SOMI :)





Al kisah biarlah gambar berbicara hehe :)
Malam semalam haku semangat pulak nak buat agar2 berkuah
Lame kot haku tak buat agar2 berkuah ni yang diperkenalkan oleh mak haku 
So marila masuk dapur siapkan agar2 berkuah yang super sedap dan nyaman ni
Nak masak agar2 ni bukannya susah
Sonang jo :)



 agar2 tu haku rebus sampai larut
pastu masukkan gula merah
dah sebati semua tuang dalam bekas dulang tu sejukkan
senang je pun.... ;p

sos kastard dia haku just masukkan 1 tin susu cair
kemudian tambahkan 2 tin air
masuk 1/2 sudu teh pewarna kuning makanan
masukkan gula
kemudian secubit garam
1 penutup esen vanila tu
kacau2 sampai hampir likat tapi jangan likat :)
siap tutup api biar sejuk
siap
senang kan? hehe :)




 yummy , nyaman , sejuk , damai di pagi hari :)




 ni lak pagi sebelum tu kan haku gi market tu
tup2 ramainya jual makanan untuk breakfast ;0
aneka rupa kuih muih dengan nasik lemak yang jual kat situ
terus cepat2 beli
lenkali kene gi lagi ni hehe :)
kat market tu haku tengok ramainya chinese bersarapan di awal2 pagi dalam restoran2 chinese kat situ
bangun awal benor dorang ni
haku rasa jam 6 pagi dorang dah start makan pagi kat situ




 ni lak haku masak asam pedas ikan
haku bab masak asam pedas ni selalu rase biase je
so kali ni haku nak cuba resepi yang lain sket
guess???
sangat sedap resepi yang ni
haa ni resepi dia kalau korang nak cube
cubela memang sedap :)


---> TUMIS (7 BIJI BWG MERAH KECIL,2 ULAS BWG PUTIH,1/2 INCI HALIA)
---> MASUKKAN 1 1/2 SENDUK CILI KISAR,KACAU SAMPAI PECAH MINYAK
---> MASUKKAN 3/4 CAMCA BESAR AIR ASAM JAWA
---> MASUKKAN 1/2 CAMCA TEH SERBUK KUNYIT
---> MASUKKAN 1/2 CAMCA TEH SERBUK LADA HITAM
---> MASUKKAN IKAN
---> MASUKKAN 1 KUNTUM BUNGA KANTAN DIBELAH 2
---> MASUKKAN SEGENGGAM DAUN KESUM
---> PERASAKAN DENGAN GULA DAN GARAM







 ni la daun kesum paling segar haku beli kat market tu
selalu daun kesum kecut2 je kan
yang ni fuhh fresh dari ladang :)
daun dia besar2 kan? puas hati lah :)



 asalnya nak buat asam pedas ikan pari
tapi final decision beli ikan ni
errr ntah beli je try hahahaha :)
ok je haku masak ;p









 Siap sudah asam pedas ikan terpaling sedap ni :)





 Pastu encik somi bawak balik petai ni
wah  my favourite ni ;0
bolehla fikir nak masak ape esok
buat sambal ke kan :)
yummy





Tapi time tu gak hiris sket buat makan dengan nasik hehehe
ni sejibik macam abah haku
suke makan nasik dengan ulam petai ni kalau time petai ade :)





So pagi2 semalam dah breakfast agar2 berkuah lagi :)
lagi tak habiskan marila perabeh heheehe :)


encik somi breakfast :
)

Sabtu hari ni lak pagi2 breakfast agar2 berkuah
Sedap makan sejuk2
Nyamannye pagi ni :)



Tibe tengahari terfikir nak buat sambal ketam petai bercili :)
sebab ketam goreng telur masin ada baki lagi dengan stock petai ade lagi
so apelagik mari kita combine semuanya dalam 1 kuali hehehe :)


 sup ketam tapi ketam dah diangkut buat sambal hehe :)




 inila sambal ketam petai bercili :) layan je makan walaupun haku ketam tak berapa sangat sebab remeh nak dapatkan isi dia hehe
so tugas encik somi bagi bahagian isi ketam kat haku ;p
malas no haku nak gigit2 kulit dia hahahaha



ni lak sayur campur haku just tambah sket lagi carrot dengan suhun dan jugak kacang buncis





Oklah eden tido kejap mengantuk pulak lepas makan tadi :)
daaaaaaaaa to be continued....