Sunday 30 August 2015

ALHAMDULILLAH SYUKUR :)




Al kisah pagi2 buta ni haku tak dapat tido pulak
so layan blog la kejap kan
haku baru je balik dari kampung dalam 2,3 hari lepas
balik kampung naik keretapi :)



 ok kunun nak habiskan kedua2 buku tebal ni kan sebab perjalanan panjang :)
Tapi dek kerana haku amek tempat duduk so suhu sangatla sejuk
haku hanya baca sampai 5 helai je pastu terus tutup buku
ajak encik somi gi keluar jap dari koc tempat duduk ke kantin
so kurang sejuk sket ;0



So encik somi kan ada rawatan susulan tu kat hospital
so balik kampung pun just gi hospital je la
pagi2 lagi dah ke hospital amek no giliran dekat sejam baru dapat masuk jumpa doktor
ramainye la orang kat tempat menunggu tu sampai haku rase macam berada kat jabatan pendaftaran je :)  yelah sebab ramainye orang kan
so lepas tu doktor bukak file x ray dalam laptop nak tengok result check up encik somi dulu
lepas tengok je terus doktor cakap ok semua cantik so tak payah datang lagi dah
Hati haku time tu lega teramat sangat
Alhamdulillah takla haku nak risau2 je kan :)
Syukur alhamdulillah
Masih ada lagi 1 keputusan kat klinik kesihatan sebab hari tu amek darah doktor yang lain plak nak tengok bacaan enzim hati
Tapi takpelah yang tu nanti balik semula ke umah haku baru fikir :)
So lepas tu terus kami ke cafe hospital
Tempat yang boleh menceriakan haku hahahaha ;p
Haku just tapaukan sup daging dengan kerabu taugeh so mak haku tak payahla masakkan
Masih ade lagi lauk pauk yang lain so just tambah2 je la
Lepas keluar dari kawasan hospital terus gi amek tiket keretapi coz malam dah nak bertolak balik
Kali ni amek koc katil pulak :)
Sajela  nak cube kan :)



kos katil selesa memang selesa
tapi haku tak dapat nak tido sangat sebab kalau tertido kang terlepas stesyen pulak ;0
so tido2 ayam je la
haku dengan encik somi booking katil atas
so bawah kami rasenye orang putih
kemain borak laki binik :)
haku rasa kalau bawak novel time ni best je layan sambil dengar muzik ewah :)
sebab ade lampu tu kan so takla bosan sangat lame2


Sampai je dah jam dekat 2 pagi macam tu
So terus balik rumah rest ngan tido esok kena bangun awal lak nak ke klinik
Tapi haku tak pergi tak larat nak bangun pun ;0
Encik somi gi sorang je tapi haku tak sabar lak nak tahu apa kata doktor
Nyesal tak ikut ;p
Bila encik somi balik je terus haku tanye camne ape kate doktor?
Encik somi cakap doktor kata bacaan enzim hati menurun dan stabil dan tak payah ke klinik dah utk check up
Ya Allah alhamdulillah..amin..syukur :)
Memang kami kerapla ke klinik dengan hospital gara2 denggi
Denggi memang berbahaya
Jauhkan kami semua Ya Allah dari penyakit2 merbahaya amin.....
Haku taknakla setiap kali check up je berdebar2 lak nak tunggu result
Macam berdebar2 nak tunggu amek keputusan peperiksaan besar pulak :)
Alhamdulillah 


So sekarang ni setiap jam 5 ptg ke atas je memang haku tutup semua pintu tingkap
Kawasan umah haku ni memang kawasan panas so kena berhati2 la kan
Mintak dijauhkanla amin.....
















































































No comments: