Tuesday 25 April 2017

MONDATE : TERJEBAK TENGOK FAST FURIOUS 8




Entah macam mana boleh pulak aku terjebak tengok cerita ni kat pawagam 🤓


#google

Asal aku nak tengok Smurf tu sebab encik suami janji nak teman tengok hehe yelah kan hari tu teman dia tengok power rangers tu so turn aku la pulak kan 😄 tapi masa sampai kat pawagam dalam shopping mall tu cerita smurf dah start separuh jalan so kena la pilih cerita lain 😀


#google

So ternampak ada cerita fast furious 8 yang orang asyik cakap best tu ntah camna bolehla pulak aku pilih cerita tu siap tanya staff situ best ke cerita ni kang tertido aku kang sebab aku ingat cerita kereta2 racing2 ni aku kurang gemar sket 😄


#google

Sebelum tengok cerita ni start jam 9 malam aku g secret recipe jap makan kek 🍰 😗

So hari ni pilih kek cheese choc dengan carrot cake tapi rasanya aku lagi suka cheese choc 😘



#google

CHEESE CHOC CAKE

#google

CARROT CAKE


Harga tiket pulak RM15 aku dengan encik suami pilih seat tengah2 sebab nak tengok depan2 fokus gitu 😄 ada jugak seat couple tapi atas sekali la harga tinggi sket tapi takpela kitorang pilih seat tengah je sebab nak fokus jalan cerita 😃


#google

Bila cerita dah start memang aku fokus habisla cerita ni sampai encik suami cakap tak berkedip mata aku tengok muahaha 😄😄😄 ok serius memang terbaiklah jalan cerita dia ada unsur2 persahabatan , percintaan , kekeluargaan pastu adegan kawan2 nak selamatkan kawan walaupun kawan terpaksa khianat demi keluarga eh kagumla aku tengok patutla ramai cakap cerita ni best 😗 rate aku bagi memang 5 bintanglah gitu 😄


#google

Memang hebat cerita ni plus pelakon2 dia pun hebat2 😄 memang macam2 perasaan ada tak sedar aku pun hayati same 😄 tu yang encik suami cakap tak berkedip mata aku tengok cerita ni haha sebab memang best walaupun asalnya aku tak minat cerita2 fast furious pun 😄


#google


Habis tayangan jam 11 malam singgah 7E kejap beli roti gardenia tu dengan telur untuk sarapan esok 😗



Air mineral RM3.50 🙃

Sekian entri aku hari ni 😄 gambar takde pasal aku tertinggal hp kat rumah muahaha 😄

Oklah korang tido dulu dah pagi2 buta aku baru habis menaip 😄

Wassalam

Zzzzzzzz




Monday 24 April 2017

SUNDATE ( 3 ) @ CAMERON HIGHLAND




Ahad semalam aku ke cameron lagi 😄

Ish dah kenape rajin pulak nak ke situ 😄


Semua ni kes tak dirancang walaupun ade jugak terfikir nak ke Taman Sedia tu ☺


Sebab aku tak pernah lagi sampai kat situ 🤓
So jam 2 petang tu lepas balik berkelah ewah berkelahla sangat 😄 encik suami tanye nak gi Cameron ke? Aku dah macam erkk cameron ke walaupun dalam hati seronok je muahaha 😄




Encik suami cakap jomlah kita try pegi ikut Tapah pulak sebab minggu lepas ikut Simpang Pulai tapi bagi aku sila la ikut Simpang Pulai pergi dan balik haha tak menahan aku nak mengadap jalan ikut tapah yang bertampal2 tu 😆 kalau belok2 tu aku layan lagi walaupun kena hati2 sebab yelah lori , kereta , bas , moto2 besar pun lalu ikut jalan yang same so lets my suami kita ikut jalan Tapah hahaha mengade 😄



So misi nak ke Taman Sedia tu je nak rase Nasi Lemak Sambal Strawberry Ikan Masin yang ada di 200 Seeds Cafe dalam Taman Sedia tu tapi banyak je restoran2 dalam tu ada cheese scone , laksa pun ade amboiiiii mengundang betul 😄😄😄 ok nextttt hahaha 😄



Ni la 200 Seeds Cafe tu 🍓😗



Ni la Nasi Lemak Sambal Strawberry Ikan Masin tu 😗 tapi yang hot spicy dah habis layan yang ori je pun ok je sedap kate ikan masin kan hehe

Ni pulak encik suami order sedap jugak gulai2 gitu 😗 time sejuk2 memang layan je😄



Air ni aku order Hot Tea Strawberry Milk 🍓 fuhh segar betul minum panas2 dalam suhu yang sejuk ni lagi2 dah petang2 camni 😗



Dalam 200 Seeds Cafe kat Taman Sedia ni pun ada tanam Strawberry memang best sini tempat makan pun lapang pastu ada kedai jual produk2 dorang 

Ok bagi yang nak tahu suhu di Cameron memang sejuk ok muka aku ni flawless , kebas pastu yang best tu tentulah persekitarannya banyak oksigen2 segar kat situ maklumla hutan je memanjang masa nak naik Cameron tu kan 😗




Alhamdulillah cuaca bagus walaupun sabtu hujan dengan guruh berdentam dentum kan risau jugak tapi perjalanan kami pergi balik smooth je cuaca pun bagus sejukkkkk 😄

Aku naik ikut Tapah jam 2.11 petang pastu selamat masuk tol simpang pulai jam 9 malam haha malam kot memang laju gila la encik suami bawak tapi ade je kenderaan2 lain follow so takla takut sangat 😄



Bayangkan dah hampir malam kami masih berada di laluan gunung2 berkabus seram kot sesekali terfikir kang tak pasal2 cik ponti melintas naya hahaha 😄 cepat2 baca ayat kursi heeeeee 🤓 masing2 diam tak cakap ape 😄



Kami makan di Taman Sedia tu pun dah jam 6 lebih jam 6.44 petang baru gerak turun 😄 kat Taman Sedia tu pun ada surau warna hijau , air dia tak payah cakapla terus terbukak mata hahaha sejuk tapi segar best betol 😍

Sempat je singgah di papan tanda baru ni masa on the way nak turun simpang pulai tempat ni kena hati2 sket sebab kena melintas so tengokla kenderaan yang lalu kiri kanan sebelum melintas ye tapi adela space tepi2 bukit tu korang boleh park kete kejap 😎








Lepas dari bergambar kat sini memang kami pecut turun muahaha 😄 walaupun encik suami ade ajak menginap 1 malam so boleh ke pasar malam tapi takpelah next time pulak sebab memang ada lagi beberapa tempat yang aku nak terjah 😍

Sekian cerita sundate aku bersama encik suami 😗 nanti kita sundate kat mane pulak 😄


 Ok


Wassalam ...



Monday 17 April 2017

SUNDATE ( 2 ) @ CAMERON HIGHLAND




Hari ni memang hari aku rasa nak wat keje gile sket 😄

Pagi2 encik suami keluar kejap nak jumpa kawan2 belajar dia dulu tapi siap pesan aku masak 😄

So sementara tunggu encik suami balik aku pun masakla so menu simple aku just goreng ayam yang dah aku perap dengan kisaran bawang putih,lada hitam,kunyit hidup,halia pastu panaskan tomyam campur je kemudian masak nasik 😄 dah tu jek hahaha

Kemudian encik suami ajak ke shopping mall jalan2 tapi aku macam nak ke 1 tempat yang lebih relax2 so aku ajak pegi cameron masa tu dah jam 2.45 petang 😄 

Boleh bayangkan tibe2 nak ke cameron tanpa dirancangkan pastu nak balik hari walaupun aku ada terfikir suruh encik suami ambil cuti isnin 😄

Bayangkan pegi cameron macam tu je dengan hotel pun tak book sebab aku rasa kalau takde hotel masjid kan ade gitu 😄 memang positif je janji dapat rilek2 kat cameron tu 😄

Encik suami asalnya tak setuju macam2lah beliau punya bunyik muahaha sampai kitorang stop tepi jalan sebab nak berbincang nak ke mana 😄 jam pun dah 2.45 petang kan 

Tapi ntah nape aku macam nak ke cameron jugak sebab situ macam best je dengan hijaunye dengan sejuk udaranya dengan ladang teh yang cantik ewah 😄

So lepas tolak darab bahagi campur encik suami pun pusing balik naik cameron hehe 😍
Wahh berbunga hatiku 😘
I Love You lah abang 😘😘😘

So kami ikut jalan simpang pulai sebab jalan lebih luas,kurang jalan berbelok berbanding laluan tapah tapi kalau ikut jalan tapah pun ok tapi jalan agak berbelok yang best jalan tapah ni banyak gerai orang asli jual sumber2 hutan dengan kraftangan dorang aku ada terfikir jugak nanti nak ke gerai2 doranglah sekarang tak sempat sebab rushing kan dah petang 😄

So sepanjang laluan naik simpang pulai tu kita akan melalui kg raja , tanah rata , brinchang , ringlet , tapah persekitaran memang awesomelah dengan hutan hijaunya,udara sejuknya memang aku rasa fresh sangat seronok dengan persekitaran macam tu 😄



Sepanjang laluan naik tu aku nampak jugak avant chocolate tapi tak berhenti sebab rushing takut nanti malam macam takut pulak nak turun kan so next time je lah datang awal2 pagi banyak masa sikit nak jalan2 kan 😘

So dalam jam 4.30 petang tu aku berhenti jap dekat masjid kayangan brinchang berhadapan dengan balai bomba solat asar situ masa nak ambik wudhuk tu mak aii air dia sejuk sampai terus segar bila kena muka 😄



Air sejuk dari gunung tak sama dengan air sejuk kat rumah kita tu sejuk dia lain sebab air dia memang fresh terus bila kena kulit muka kita terus rasa segar pastu rasa nak duduk cameron je tak nak balik hahaha 😄

Masa aku nak ambik wudhuk tu aku nampak ada sorang jemaah perempuan tengah solat so aku dapat tengokla arah kiblat sebab jemaah tu bentang sejadah kan selesai wudhuk aku pusing nak masuk tengok jemaah tadi dah takde 😄 err aku terfikir jugak aku dahla tak tahu arah kiblat adakah jemaah tu betul2 jemaah atau ? Haha 😄 so aku fikir positif je mungkin jemaah tadi cepat2 keluar lepas solat kan so solatla aku kat tempat jemaah tadi 🤔

Selesai solat encik suami pun dah selesai aku minum sket secawan teh tarik ada jemaah lelaki letak kat para tempat jemaah duduk2 minum2 makan2 tu hmm segarnya minum panas2 dalam cuaca yang sejuk tu 😘 encik suami tak minum mungkin kalau nescafe baru beliau minum 😄



Kemudian kami meneruskan perjalanan asal nak ke ladang teh sungai palas tu tapi sampai ke sudah tak jumpa jalan haha 😄 so stop dekat cameron valley je tempat family aku singgah dulu hehe duduk situ bukan makan pun lebih pada ambil2 gambar dengan video sket sebab situ pun cantik jugak pemandangan ladang teh dia 😍



Selesai di Cameron Valley tu kami teruskan perjalanan laju encik suami bawak yelah kejar masa sebelum malam walaupun binik dia macam nak suruh ambil cuti je esok haha 😄 sebenarnya nak jalan2 kat pasar malam tapi takpelah next time boleh naik cameron lagi 😄 ewah dah niat tu 😄











Dekat sini makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk so kalau datang sini bawakla banyak sket duit sebab harga makanan memang standard orang kaya 🙄 , ada kuih , kek , pastry , macam2 jenis air dengan makanan2 lain pastu ada kedai jual macam2 jenis teh dengan cenderahati macam mug






So sepanjang jalan cari ladang teh boh sungai palas tu nampak anjing jugak lagi2 bila semakin turun ke tapah yelah mungkin kepunyaan orang2 asli tu kan kemudian ada perarakan ape ntah masa kat tanah rata tu jalan jadi sesak memang jemlah jalan kan



Masa pertengahan jalan ke tanah rata tu hujan turun manja2 gitu kabus memang sentiasa ada aku yang tengok ni doala kan jangan hujan lebat atau kabus tu tutup jalan takut oiii kang jadi macam cite nightmare pulak kalau jalan ditutup kabus perjalanan pun nanti jadi lambat sebab kena hati2 kan 😁




Tapi Alhamdulillah perjalanan kami smooth je tak habis2 doa dalam hati semoga perjalanan jadi lancar so kita jaga hakNya insyaAllah Dia jaga hak kita jugak tak gitu? 😍



So masa turun area tapah tu nampak gerbang masuk taman sedia yang ada sambal strawberry tu tapi kami teruskan perjalanan takpe nanti singgah lain kali 😄 so kalau nak ke taman sedia tu ikut jalan tapah je sebab akan jumpa taman ni dulu sebelum terus ke ringlet , brinchang , tanah rata tu

Sepanjang turun area tapah tu jalan mula berbelok2 so nampak je moto2 besar kona baring 😄 hish risau aku tengok 😄 so encik suami mula laju bila jalan tak berbelok dan alhandulillah kami berjaya turun ikut tapah masuk lebuhraya jam 7.26 petang 😅



Dulu family aku pernah menginap di hotel muslim sebelah raudah ni area tanah rata tapi dah tukar nama ke hotel madani


Sekarang ni dah banyak kedai2 dengan bangunan2 baru kat cameron semakin pesat dah tapi aku harap ekosistem hutan hujan masih dapat dikekalkan 😘

Begitula plan tetiba aku so tak banyak la tempat kami stop cuma menghayati alam sekitar dengan layan udara sejuknye je 😄
Singgah sekejap di Lata Iskandar just ambil gambar dengan video sket


Sampai rumah layan mentor je sambil makan malam 😃
Memang seronok sesekali buat plan tetiba camni kan hehe 😄
Memang keje gile di hari ahad haha
Pastu ada hati nak ajak encik suami buat keje gile lagi ke 1 tempat ni 😄 bukan 1 je rasenye banyak lagi plan gile2 bakal menyusul hahaha  😄

Oklah sekian dulu nanti aku update gambar full pulak storage tepon ni hehe 😃



Wassalam...




Friday 14 April 2017

JUMAAT 14/4/2017


Salam hari jumaat korang 😊

Korang dah sarapan ke?

Pagi ni sarapan kami laki binik masak Cheesy Macaroni Sausage & Susu Kultur


Makaroni tu malam tadi aku rebus senang cepat lembut kalau pagi baru nak rebus alamatla nak tunggu 😄

Semalam keluar ke shopping mall dengan encik suami saje ajak beliau tengok smurf hehe stress encik suami binik ajak tengok cite smurf 😄
Pastu ajak binik tengok fast furious
Aku dah macam ape tu fast furious dahla aku tak suke sangat tengok racing2 kete tu kecuali aku yang bawak kete tu muahaha 😄
Terus cakap hari tu aku dah ikut tengok power rangers so kali ni jomla tengok smurf pulak
Bincang2 sampai terlepas time nak masuk tu 😄
Memang beliau tak nak katenye nanti tido je dalam tu 😜
So malas nak layan aku ajak pegi makan lagi bagus haha 😄
So menapak ke Secret Receipe lagi makan malam je kat situ


Chicken Blackpepper Rice RM18

Bagi aku okla menu ni sesekali layan makan 😘
Encik suami siap nak mintak tambah sos blackpepper tu lagi tapi tak boleh tambah sebab dorang dah packed siap2 untuk satu2 menu tu 😄

Sebelum makan nasi ni aku order kek jugak
Kebetulan ade kek durian kegemaran encik suami tu order je lah 😘


Durian Cheese Cake RM8.80

Kejap je habis makan kek durian ni 😄
Dahla kami 2 orang hantu durian
Mana cukup tapi memandangkan kek ni bukan buat sendiri so redha je la sampai licin kami makan haha 😄


Blueberry Cake RM8.80

Kek ni pilih camtu je sebab nampak menarik 😄
Tapi sedap jugak bagi aku yang 👻 kek ni 😄
Licin makan hehe

Dah kenyang singgah Jaya Grocer jap 
Takde nak beli apepun tapi aku ade nak beli susu kultur


Sedap susu kultur ni
Dah jadi minuman favourite aku pulak😄

Pastu pusing2 ambil cheesy prego tu dengan sosej ayam , butter , biskut kelapa sebab ada nak buat puding macam Chef Ammar masak tu nantilah buat bila rajin sket 😄

Eh lupe nak cite kawan baik aku Cik Yong hari tu ade call inform nak pindah area tempat aku duduk sekarang 
Wah memang happyla kan 😄
Habisla jadik je g travel same2 lagi nanti 😄

Okla aku stop dulu sebab byk urusan ni
Memang sekarang ni hari2 aku busy
Ni pun update sebelum sibuk 😄

Jom baca Surah Al Kahfi di pagi jumaat yang dirahmati ni 😍

Have a nice day korang 😘😘😘

Wassalam...




Monday 10 April 2017

AHAD 9/4/2017

   
        Hari minggu semalam aku keluar berjalan2 dengan encik suami tapi selalu jadi masalah bila fikir nak ke mana 😄 balik2 jalan2 tempat yang sama hahaha 😄 memang masalah besar sebab cuti pun ahad je kan 😄 so kitorang jalan je window shopping sebab dekat shopping mall sejuk sket nak jalan2 kan 😄


       So kitorang lunch dulu dekat tingkat teratas shopping mall tu aku try order menu laksa thai sebab rasenye aku tak pernah lagi makan laksa thai ni tapi bila dah makan okla bolehla try sesuatu rasa yang berbeza tapi untuk laksa nampaknya tak boleh lawan lagi laksa kedah muahaha 😄 air pulak aku order cold green tea hmm nak kata sedap air ni bagi aku okla sebab habis jugakla aku minum 😄 encik suami just order nasi lemak telur ikan bilis dengan nescafe setia beliau 😜 hahaha memang hantu nescafe my suami ni haha 😄


     So habis makan tetibe aku rasa nak tengok wayang sebab dah bertahun rasanya tak masuk wayang boleh kira sebelah tangan je berapa kali aku ke situ 😄 so kitorang g tengok ada cite ape yang best pastu aku tengok ada cite smurf , power rangers , cite hantu tajuk ape ntah demorn2 tu pastu beauty n the beast pastu aku ajak encik suami tengok smurf hahaha 😄😄😄 tapi encik suami nak tengok power rangers pulak aku dah macam ish power rangers? Confirm aku kebosanan sebab tak minat pastu mesti tido sebab sejuk dalam panggung tu kan hahaha tapi takpelah dahulukan minat encik suami nanti my turn pulak ok 😄


     So belila tiket masuk tengok power rangers pastu pilih seat kami pilih seat tengah2 stage so boleh fokus tengok pastu aku dah macam hmm best ke? Kang aku tido je kang hahaha 😄 , tiket masuk harga RM13 dah sekarang aku ingat RM8 je muahaha memang ketinggalan ntah tahun berapa last aku g tgk wayang tiket harga RM8 tu 😆 


   Ok kami ambik tiket tu jam 9.30 malam so lepas maghrib terus makan malam kat food court dulu ambik set untuk 2 orang pastu tambah ikan kembung goreng , rest2 jap baru gerak masuk panggung wayang , ramai jugak datang tengok power rangers ni aku ingat berapa kerat je sebab fikir ape yang best sangat cite ni hehehe 😄


  Ok wayang start dengan iklan dulu pastu intro cerita pastu baru masuk cerita , aku dah start bawak keluar biskut2 kot kebosanan kan tapi tapi tapi wahhh layan jugak tengok power rangers ni hahahaha 😄😄😄😄 terus fokus tengok ghupanya best jugak power rangers ni ada unsur2 humor jugak rasa sayu semangat setiakawan tolong menolong sebab tu agaknya ramai suka tengok power rangers ni 😄 aku tengok 2 jam rasa macam tak puas hati lak sebab rasa macam sekejap je 2 jam tu haha 😄 sudah kena sampuk dengan cerita power rangers tu dah nampak gaya 😄 tapi bagi aku bestla jugak boleh tengok episode lain pulak nanti kalau ade 😄 tapi aku nak tengok smurf pulak 😄 amboi ade hati tu nak ke panggung wayang lagi 😄


  Dah habis tu kami pun gerak balik shopping mall sah2 dah tutup so kami gerak ikut lift terus ke tempat parking je , sampai rumah dah asyik cakap dengan encik suami pasal cite power rangers tu haha 😄 encik suami cakap ade lagi sambungan dia amboi2 saje la tu 😄

   Ok sekian dulu nanti kita sambung borak lagi k 😄

Wassalam 😘