Friday 7 April 2017

JUMAAT 7HB APRIL 2017



Hai korang 😄

Apa khabar korang di hari jumaat ni?
Aku tengah rilek2 je ni baru lepas makan roti bakar daging telur tapi tak ambil gambar pun 😄 takpelah next time aku ambil gambar tempek kat sini ok ☺

Sebenarnya tengah tunggu orang datang ambil mesin basuh ni problem pulak jadinye ni dah kali kedua problem bila nak pusing je dah tak boleh pulak meragam maklumla dah 6 tahun dia berkhidmat kan 😌 6 tahun berkhidmat baru 2 kali meragam dikira okla tu boleh dimaafkanla kan tapi nanti terbangla jugak RM50 untuk dorang check jap g 🤑

Tengah2 tunggu dorang datang ambik ni tetiba rasa nak makan kek pulak 😄 rasanya aku ni ada2 masa asyik nak makan satu2 makanan macam sekarang terasa nak makan kek secret receipe tu 😄



jalan2 jap di IT Fair 😄



Jalan2 terbeli benda alah ni 😄


Ada masa bila stress dengan sesuatu aku akan cari laksa 😄 lepas makan laksa terus hilang stress aku tu haha memang pelik kan 😉 

Sekarang ni kat kawasan rumah aku kerap turun hujan tapi kejap lagi ada pasar malam pulak hmm tengah fikir nak masak ape minggu ni nanti sebab nak beli bahan2 dapur tu nak fikir masak ape pun boleh jadi stress kot 🙆 nak masak ape ni wei??????? 😂

Malam pulak ada urusan sket so hmm ajak encik suami makan kat luar je lah kot tengoklah camne nanti 😅

Oklah aku stop dulu nanti borak lagi k 😘 Wassalam


Ni gambar2 hari ni di Secret Receipe 😄


Mee Curry menu encik suami 😘


Tiramisu Cake 😘


Creme Bulee Cake 😘


Minuman ni Iced Hazelnut dengan Iced Lattee cuma add on RM2 sebab promosi dari jam 3 pm - 6 pm 😘






No comments: