Wednesday 28 January 2015

GELENG JE





Sekarang ni kan haku just geleng kepala je dengan apa yang berlaku :)

Manusia zaman dulu memang berbeza dengan manusia zaman sekarang

Zaman dulu semua hal di jaga sebaik2nya

Zaman sekarang semua kena ikut logik akal 

Apa agama cakap dah tak di fahami sebaik2nya

Lebih kepada mengikut hawa nafsu masing2

Apa yang pasti kena ingat Allah S.W.T beritahu kita 'mereka' yang menentang umat islam akan berusaha sehabis baik supaya kita ikut langkah mereka samada secara sedar atau tidak sedar

Jadi apa kita perlu buat?

Dekati 'alim ulamak dapatkan pandangan mereka dari kita yang biasa2 ni

Doa haku supaya umat islam sedar sedar sedar.....

* geleng kepala je.......




















Saturday 24 January 2015

MASALAH3





Masalah ape pulakkan?

Haku ikutla jugak perkembangan sedunia sekarang ni kan walaupun haku bukan sape2 pun tapi haku jugak manusia yang menetap kat bumi ni so nak tak nak haku pun rase tanggungjawab ambil tahu ape yang sedang berlaku sekarang ni kan.


Bab kemanusiaan,bab sosial,bab kemasyarakatan,bab antarabangsa semuanya lah 


Masalah haku ialah memikirkan ape sedang terjadi pada manusia sekarang ni


K haku tinggalkan kat korang supaya berfikir dan berfikir dan bertindak ikut cara yang betul kalau betul nak sesuatu masalah tu selesai dengan aman dan harmoni :)


Islam mengajar kita erti keamanan dan keharmonian

Islam mengajar kita saling hormat menghormati antara satu sama lain

Islam mengajar kita berbaik sangka selagi kita tidak diperangi

Islam mengajar kita saling bermasyarakat walaupun dengan bukan islam

Islam melarang kita berbuat kejahatan kepada orang lain tidak kira mereka itu islam atau bukan islam


Tapi ape sedang terjadi sekarang ni??????????

K haku tinggalkan supaya korang berfikir sekejap dan bagi orang islam sila ambil tafsir Al Quran dan fahami apakah maksud2 ayat2 Al Quran yang sedang kita imani sekarang ni 

Al Quran adalah kalam Allah S.W.T


Semua masalah kita akan selesai jika kita fahami maknanya dan ikuti jalanNya


KETAHUILAH ISLAM ADALAH AGAMA YANG SANGAT MENENTANG KEGANASAN

ISLAM AGAMA YANG SEMPURNA DAN AMAN HARMONI 

SEKARANG NI ISLAM TELAH DI SALAH FAHAM KAN

SILA BELAJAR TENTANG ISLAM TANPA MENUDUH TANPA USUL PERIKSA


Ye haku terkesan
Sangat terkesan

K Semalam haku terbaca satu berita tanpa haku ketahui apakah benar atau tidak

Kumpulan yang mengaku mereka itu nak menegakkan islam telah menembak mati saudara2 islam mereka sendiri hanyalah kerana mereka telah menonton bola

Menonton bola dikatakan salah di sisi ajaran islam

MASYAALLAH

selama haku hidup ini kali pertama haku terdengar ungkapan macam ni

Geleng kepala sekejap

kalau betul ini berlaku islam akan terus di salah fahami

BERTAUBATLAH SUPAYA NANTI DI DEPAN ALLAH S.W.T BARU KAMU TAHU KAMU KEBAL ATAU TIDAK
MENJAWABLAH NANTI


Sebagai umat islam di akhir zaman ni menanti kiamat bakal tiba yang semakin menghampiri dan tersangatla dekatnya kita tak payah bertanya bilakah kiamat itu sebab tanda2nya sudah muncul cuma tanda2 besar je belum muncul

so perbanyakkanlah taubat sebelum pintu taubat ditutup

Muhasabah untuk diri haku jugak dan kepada sesiapa yang mahu

k lah nanti haku sambung borak lagi insyaaAllah


LEARN ISLAM THEN YOU KNOW THE TRUTH



tetibe tadi encik somi bawak balik ni :)




hmm nostalgia betul ;p
tak ingat bila last haku makan benda alah ni hee :)
teringat zaman kanak2 pulak sambil makan krup krap krup krap ;p
makan mamee je plain2 gitu :)
sesekali kan layan je lah ;0


K meh sambung jap :)

tadi pas maghrib keluar jap gi Mydin :)
amboi suke je pakcik mydin kalau tahu kan :)
pakcik2 sy memang akan ke mydin kalau setiap kali nak beli barang2 dapur
*leh dpt diskaun lebih tak? ;p
hahaha taklah gurau jek ;p tapi kalau betul ape salahnye ;0

 k lepas sampai je mydin tu terus masukla kan merayau2 jap dalam tu walaupun dah tahu n dah hafal lorong2 dalam tu kan ;p pastu baru kembali ke tujuan asal haha ;p


takde ape sangat pun haku beli tadi just beli biskut je :) kali ni haku beli biskut susu pulak saje nak rase sebab hari tu dah rase biskut durian dia memang sedap :)
harga dia dalam rm6 lebih je sipi2 je lagi nak masuk angka rm7 ;0


k pastu gi bahagian ayam plak
fikir nak masak ape lak esoknye kan :)
selalulah buntu haku ni bila tiba bab nak memasak
kata dah buat menu kan ape lagi nak buntu? ;p
name je buat list tapi duduk situ je la bukunye hahahaha ;p
ish bestnya jadi bilionaire kan?? 
fahamkan maksud haku? ;p


k dah2 meh patah balik ;p


dah shopping sket2 tu terus ke bahagian food court dia lak
terasa nak makan nasi goreng ayam mamak lak :)
hari tu dah rase sekali terus teringat2 hahaha
ewah mamak ni dah bace ape2 ke kat nasi haku tu ;0
alah gurau je aney jangan mara aaa :)


k pastu nak pesan air lak terus ternampak gambar air teh 3 lapis
fikir jap samada haku pernah ke tak cube minum air serupe ini
hmm rasenye macam pernah time kat sabah dulu kat sabah tea tapi name  dia teh nalapak kan :)
so meh kita cube air teh 3 lapis versi mamak ni
sekali hirup makkkkkkkkkkk
awat yang sedap sangat ni?????????? hahahaha
terus keluar loghat kedah kan????? ;p
memang nikmat sangat minum air ni sedap kot! :0
terus rase nak order teh ais 3 lapis lak tapi eh terus sedar diri udah2 le cik kak nanti bukan tak datang mydin lagi kan ;p leh la cube versi ais lak :)




so haku cari resepi dia tadi cara nak buat senang je bahan2 dia cume teh pekat,susu cair,gula melaka,ais kalau nak letak ais haaa dah tu jeeeeeeeeeee ;p
tu je?
yeee tu jeee.............;p

so makanla sambil di buai tiupan angin malam serasa tengah berada kat tanah tinggi sejuk terus mata pun kuyu je ngadap pinggan nasi goreng ayam mamak ni ;0


encik somi lak makan nasi putih,masak lemak cili padi ngan ikan bawal je tapi sedap je nasi dia walaupun pedas sket :)
dah makan tu balikla cepat sebab nak tengok bang bang boom heeeeeeee :)


k lah mengah haku cite sebab utama nak tido  dah ni ;0
k nanti kita borak2 lagi ye :)
daaaaaaaa wassalam.










































































Friday 23 January 2015

KOMBINASI TERBAIK :)





Dah 23 hb jan kan,kejap je nak masuk feb pulak pastu eh dah dec dah? begitula masa berlalu begitu cepat sekarang hmmm bukan cepat je tapi semakin cepat haku rase..

Hari ni jugak kita dapat berita Raja arab saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz mangkat,Innalillahiwainnailaihirojiun Al Fatehah kat tuanku raja.......




Ok lah hari ni haku sebenarnya takla rajin tapi tak jugak malas hmm sedang2 je mood haku ketika ini :) so haku pun dengan separuh hati masuk ke dapur sebab nak memasak ;p
Encik somi ada bawak balik petai siap ada tangkai lagi haha so nak kombinasikan dengan sambal ikan bilis yang haku buat semalam
sebab semalam makan sambal ikan bilis encik somi la cakap best kan kalau ada petai dalam sambal ni so di sebabkan haku buat banyak jugak so bolehla campur dengan petai hari ni kan :)
dah siap sambal petai ikan bilis mestila kena kombinasi dengan pasangannya apelagik masak sup ayam kentang karet la kan :) pastu goreng telur yummeh :)


 *google : memang macam ini la rupe petai yang encik somi beli tadi siap ada tangkai :) segar2 kan? :)



*google : sambal ikan bilis petai sebijik macam haku buat :)



*google : sup ayam karet ubi kentang memang sedapla layan makan dengan sambal ikan bilis :)



*google : telur goreng sebagai aksesori je layan makan panas2 :)



*google : yang ni harus bila ada sup dan sambal :)
kecik2 haku panggil toyu bila besar jadi kicap pulak :)


k nanti haku borak lagi ade urusan jap ;)


p/s : encik somi asyikla ulang dengar lagu romancinta by mojo dengan caliph buskers tu :) tp ok je lah sebab sedap je dengar kan :)


tapi dengar lagu ni pun sedap :)




Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu


Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku


Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku percayalah


Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela


Mengapa aku yang tidak setia

Mengapa akukah yang berdosa


Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama


Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku


Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah


Mengapa aku yang tidak setia

Mengapa akukah yang berdosa


Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama


Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia


Mengapa aku masih kau goda

Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

 
Lagu : Ingatkan Dia
Artis : Wings
Album : Menakluk Kosmos



















Thursday 22 January 2015

LAYANKAN JE :)









IDEA BERBICARA :)




Hi korang :) apa khabar hari ni? haku harap korang selalu berada dalam situasi yang ceria dan happy selalu walaupun berhadapan dengan kerja dan situasi yang membebankan minda ok? deal? :)


Ok lah meh la dengar haku cite walaupun macam bukan 1 bentuk cerita pun tapi lebih kepada membuang masa korang je haku rase ;p tapi haku masih anggap masa haku telah terisi dengan menaip ni eh? nampaknya haku dah mula nak melalut ke laut ni hahahahaha ;p

K takde ape pun nak cerita cuma hari ni eh malam la tapi,haku keluar makan malam dengan encik somi kat salah satu restoran kegemaran haku :)
tu pun keluar lepas layan drama satu hari yang best tu :)



 Sebelum tu kami singgah kat kedai eco save tu mostly barang RM2 aje murah betul kan? sket lagi je haku nak borong dengan kedai2 sekali hahaha ;p so melilau jap dalam tu melawat kawasan :) nampaknya dah semakin mengembang kedai eco save ni ruang lebih luas,kemas dan teratur ni yang membuatkan haku rase harus berkunjung lagi dan lagi ni :) 
masa balik makan tu baru perasan kedai ni ada 2 tingkat laaaaa  dah kenapa haku tak naik tingkat atas tadi?? takpe2 next time mesti ke tingkat atas pulak :)
*ada niat tu nak melawat kawasan berkali2 ;p


Antara yang haku beli kat eco save tu kopi haha kenapa kopi?? sedangkan kat umah haku pun dah ade kopi tu? :)
Alah kat umah haku tu kopi yang encik somi suke tapi haku kureng sket kopi tu so haku beli je kopi yang haku suke sebab haku suke kopi yang asli tak mau campur2 dengan macam2 herba tu :) baru la ada umphhh macam nasi lemak kopi o tu *tetibe :)
so macam2 jenis kopi pulak ade kat situ pening betul nak pilih tapi try je lah kan belum cuba belum tahu dah cuba kalau tak sedap tahula naseb kau nak letak kat mane nanti hahaha ;0



So haku rase nak cuba kopi ni nanti haku gitau korang apakah rasenye jeng jeng jeng :)
suspen je ;p haku pun suspen je ni haa ;0


 K sambung cite kat restoran tu pulak :)
Haku suke ke restoran tu sebab nampak macam tempat tu boleh untuk rilek2,tengok tv,borak2,ruang pun luas dengan pramusaji berkebaya dah macam pramugari je haku tengok :) tapi bertudung la :) bagus untuk kebersihan makanan kan :) jugak ada macam2 makanan yang sedap boleh di order kat situ :) lagipun tutup jam 1 pagi so selalu je haku niat nak lepak sampai dorang tutup kedai tapi mata ni memang takleh nak tipu la kan so jom la balik ke pangkal jalan :)


So malam ni haku dengan encik somi order kueyteow goreng dengan telur mata plus encik somi request keropok ( kata orang pantai timur kan haruslaaaa :) ) haku?? layan je la makan kan :)
Air pulak haku order kopi o panas manakala encik somi order nescafe tarik dengan air suam.
So haku cakap kat encik somi sila makan slow2 sebab haku cadang nak lepak lama sket walaupun orang tak ramai tapi haku perasan setiap kali haku masuk kedai tak berapa ramai orang tapi lepas tu mesti orang ramai dengan tetibe ngeeee ke perasan je haku ni kan ;0 ye haku harap mereka juga manusia seperti haku ;p


K layanla makan lambat2 sambil tengok cite zahira tu,haku tahu cite tu tapi tak ikut cerita tu bolehla layan makan sambil tengokkan :) sedap je mata haku pandang adi putra tu kan ;0 sempat! :)
 K lama2 dah habis makan so rest jap pastu balik umah je la

Dah kenyang makan apelagik??? layan mata je la tapi haku tido lambatla kan sebab dah minum kopi o panas tadi :)
k tu je nak cite hari ni sebab semakin menghampiri jam 1 pagi idea haku protes terus rase kosong kosong kosong je nak menaip heeeee :)
k nanti kita borak lagi ye :) daaaaaaa
















Tuesday 20 January 2015

SELPIE :)






Sekarang kebanyakkan manusia namanya memang suka berselfie kan? alah tak payah cakap orang lainlah haku pun suke je selfie2 ni ;p tapi haku lebih suke berselfie dengan encik somi (terpakse sebab binik pakse suke ;p),rakan2 sekeliling,family,sedara mara dan jugak alam sekeliling je ;0


Yup haku 'jarang' nak selfie sorang2 hahaha sebab ape tau? sebab haku nyampah je nak selfie dengan diri sendiri hahahaha pastu haku mesti kata 'apedaaa selfie macam ni ntah hape2 la kau ni' *sebut nama sendiri ;p hahahahaha sendiri kutuk diri sendiri k fine ;p


K lah haku tak kisah pun dengan word selfie2 ni tapi jangan sampai korang nampak obses sampai berada dalam situasi terperangkap dalam diri sendiri pulak kan? :) agak2 korang dapat tak ape yang haku cube nak sampaikan ni? :) tak dapat takpe meh haku cube sampaikan mengikut idea kepala otak haku yang tetibe nak cakap pasal selfie ni ;0 layan ke je laaaaaa lalalalala ;p


Obses dengan berselfie ni bila korang berada dalam situasi yang sama pastu berkali2 amek gambar korang sebab tak puas hati dengan diri sendiri bila amek gambar sendiri nampak macam ni la nampak macam tu la kira tak menepati apa yang korang mahu :) nampak tak? korang amek sendiri gambar pastu tak puas hati dengan diri sendiri sebab tak dapat sudut menarik yang korang nak :) 
boleh la katakan sedang terperangkap dengan diri sendiri di kala itu :)
Kalau tak dapat di kawal memang boleh migrain kan? ;p
So please jangan terlalu obses berselfie dan terima diri kita seadanya :)


Haku???
Macam haku ni paling haku suka dulu kalau dapat selfie dengan makanan je tapi itu dulu sekarang ni haku so so je selfie ok tak selfie pun ok jeeee ;p
yang penting haku suke pulak dengan lagu romancinta sejak AJL ke 29 hari tu kan? :)
*tetibe topik berlainan tajuk masuk ;p
Memang terbaiklah caliph buskers yang bawak lagu tu kan?  :)
Edry tak salah menilai :)








jom la layan lagu dan lirik romancinta pastu nyanyi kunun2 bayangkan diri sendiri tengah bertanding dalam AJL :) jom2 :)
  :

 



Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta



Lagu ni pun haku suka sebab haku suka tengok drama satu hari tu :)

























Sunday 18 January 2015

TELUR AYAM KAMPUNG :)





Wahh hari minggu ni topik utama nak borak ialah tentang telur ayam kampung pulak :)


Mesti korang pernah makan telur ayam kampung ni kan? rasanya lain sket dari telur ayam biasa yang selalu kita beli tu kan? rasanya lebih sedap.


Haku memang dah lama sangat tak makan telur ayam kampung ni :) yelah sejak jadi orang normad ni maklumla haku ni hidup berpindah randah je kejenye hahahaha ;p so hari tu haku gi lah mydin ni pastu gi lah ke bahagian rak telur ni kan pastu mulenye nak amek telur ayam yang biasa haku ambil tu tapi tetibe ternampak telur ayam kampung kat situ pastu mulelah fikir lame pulak haku tak makan telur ayam kampung ni kan so tengok harga mak aiiiii mahalnya harga ;0 dulu kat kampung haku ada hari2 tertentu selalu la gi belakang umah mak long haku kutip telur ayam kampung tu kat belakang umah pastu goreng ;p


 mak long haku :) time haku sekolah menengah dulu haku duduk dengan beliaulah sebab ada sepupu haku sebaya haku je leh belajar same2  :)


sebenarnya haku duduk asrama time tu setahun jugakla tapi time tu kat asrama haku ada kejadian2 menyeramkan lagi nak hadapi peperiksaan kan? asal nak exam je mesti jadi macam2 sebab tu haku pindah duduk dengan mak long haku ni :)


* Tetibe teringat seram2 pun berani je haku turun mandi kat tingkat bawah pepagi buta lak tu siap membasuh lagi time orang lain tak bangun sebab tak nak rushing kan ;p bila fikir2 sekarang jangan haraplaaaaaa ;p


Belakang umah mak long haku tu kan ade pondok macam jerami tu ( macam la korang tau kan? ;p ) pastu tepi2 dinding tu ade tong2 hmm haku rase mak long haku saje letak situ kot kunun2 jadi tempat ayam bertelur kot ;p so lagi sukela ayam kampung bertelur kat situ :)


Tapi memang lain rase telur ayam biasa dengan telur ayam kampung kan haku suke telur ayam kampung lagi dari telur ayam biasa tu :)





 selalu la haku jumpa telur ayam kampung dalam tempat2 macam ni :) rase seronok je bila tengok ada telur pagi2 :) rezeki kan? tapi haku dengan sepupu haku takla amek semua mesti tinggal 1 sebab kang mak ayam balik tak la sayu sangat bila tengok telur kesayangan dia berkurang hihihihihi cabuttttt ;p


So apelagik terusla amek telur ayam kampung tu yang harganya RM5.19 tu.....mahal kan? tapi sebab sedap pejam mate je la masuk dalam troli ;p





 Balik umah tak sabar lak tu nak goreng :)
Bila dah goreng mak aiiiiiiii sedap betul! :)
Rase dia tuuuuu memang terus haku rase macam nak beli telur ayam kampung je lepas ni :)
Lain rasenye yang penting lebih sedap :)





 Hmm nak masak ape eh hari ni????
Tetiba teringat paste tomyam kung ade lagik,err ntah kenapa namanya ada kung tak pasti lak haku kenapa heeee ;p
So masak je la tomyam cincai cara haku jap gi hahahaha ;p
Haku ni jenis tak kisah makan ape pun lagi la time haku sedang berada dalam mode kemalasan ni maksud haku kemalasan nak layan otak memang macam ni malas nak fikir idea2 gempak nak masak ape heeee ;p mungkin faktor cuaca yang menyebabkan haku kemalasan kot haaaa masakla kalau haku duduk negara sejuk mesti berselimut je pastu order pizza pastu makan pun sambil pejam2 mata ewah2 eh sudah la kau! ;p


k lah nanti sambung borak lagi eh sebab haku taip ni pun dalam keadaan mata pun macam nak tido balik je ni dah la suhu agak dingin pagi ni tapi tengahari selalu panas la agaknya musim hujan nak habis kan? harap2 cuaca takla panas sangat dan tak sejuk sangat biarla yang sedang2 saja kan :)
K nak fikir jap ape nak breakfast hari ni :)
Have a nice day ya korang :) best le tu hari minggu heeeeee :)





















Friday 16 January 2015

HAIRAN KE?




Tetibe haku terasa nak borak2 pasal penghinaan kepada sesuatu kepercayaan yang dah lama kita amalkan dan kaum lain amalkan selama hayat kita berdemokrasi ni tapi haku borak secara umumla kan sebab yang baca ni pun bukannya tidak berakal bahkan cerdik pula tu malah sangat bijak bak kata boleh jadi cendiakawan pula :)


Ewah taip sekali je macam keretapi haku ni sebab idea tengah mencurah2 kan kang kalau tak pantas menaip boleh lupe ape yang idea bertimbun2 dalam kepala otak haku sekarang ni hahaha ;p korang layankan aje la ye ;p sebab dah nak masuk hari minggu kan? mehla kita cuci2 kepala sket dengan dengar eh baca bebelan haku yang haku pun tak pasti ape yang bakal tercurah kat sini tapi jari2 haku ni pantas plak menaip eh..eh..susah nak stop plak jejari haku ni dah kenape ni???? ;p
layankan je laaaaa haha


Marila kita masuk topik islam agama yang sangat terkenal sekarang ni dengan bermacam2 teori bermacam2 tuduhan kita sebagai umat islam yang hari2 dengar,hari2 baca,hari2 lihat bahkan dah lama tahu helah dan tipu daya 'mereka' yang sangat benci dengan islam ni rasa sangat sedih dengan apa yang berlaku tapi jika kita kembali pada Al Quran & Sunnah kita dah lama sangat diberitahu selagi kita tak tinggalkan islam 'mereka' ini akan guna bermillion2 alasan dan tipu helah untuk menunjukkan islam itu agama yang paling teruk!
(baik korang yang jahat ni siapkan diri masuk dalam neraka ya ;p)


Takpe meh haku gitau ape yang haku tau kan dulu Saidina umar r.a pun bencikan islam kan? nak bunuh nabi lagi tapi boleh berubah menjadi antara khalifah islam yang paling digeruni dan disegani bahkan menjadi sahabat Nabi kita Muhammad S.A.W. kan? 


Sebagai umat islam kita kena tunjuk contoh yang baik dan tak cepat melatah bahkan guna akal yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ni cari kaedah macam mana nak selesaikan hal2 macam ni.Selesai masalah bukan dengan emosi sebab emosi dikawal oleh nafsu yang dikawal oleh syaitanirrojim kan jika kita tak berjaya mengawalnya.Tu sebab banyak manusia yang kalah dengan nafsu dan gagal mengawal emosi maka terjadilah perkara2 yang sangat2 dilarang dalam islam.


Ok haku nak cakap pasal emosi yang membawak kepada pembunuhan,sekarang ni makin menjadi2 kan kes2 macam ni? Kan kita dah tahu ini jugak merupakan tanda2 kiamat semakin hampir bila pembunuhan dah menjadi perkara biasa dan kita dengar pun macam hal biasa je tu,oh takut bila sebut bab kiamat ni kan sebab amalan pun tak seberapa macam mana nak tempah masuk syurga? :)


Ape yang haku tahu syurga ni ada bermacam2 peringkat berbeza ikut amalan masing2 macam sekarang ni kita kat dunia sini melihat bulan di atas sana hmm syurga memang indah tapi syurga yang tertinggi pasti lebih indah kan? :) takkan kita cuma nak tempah syurga yang paling bawah? walaupun nikmatnya jugak berganda tapi syurga yang paling atas jugak lagi la berganda2 kan? :)


Kat dunia ni kita umat islam memang sentiasa diuji sebab ape? umat yang tak berpegang pada Tali Allah S.W.T memang menjadikan dunia ni syurga mereka so nanti di sana jadi neraka buat mereka manakala umat islam dunia ni ibarat neraka bagi mereka akhirat nanti jadi syurga bagi kita mudah2an amin :).


Dunia adalah pentas bermacam2 ujian dijalankan sebelum kita diadili seadil2nya di mana kita akan ditempatkan nanti mudah2an syurga tertinggi amin :)


Nak syurga tertinggi meh kita tengok amalan kita sekarang ni cukup kah? haku pun tak cukup jangan kata korang huwaaaaaa :)
Tapi takpe bila dah ade kesedaran tu dikira bertuah la dari yang tak sedar lagi tu kan :)
tampar pipi jap kiri kanan :)
jomla kita tingkatkan amalan masing2 walaupun sentiasa kalah tapi cuba untuk menang :)


Kan haku dah cakap idea haku tengah bertimbun2 ni :)
k meh sambung baca :)

 
So bila korang baca Al Quran tu kalau boleh janganla baca yang arabnya saje kecuali korang faham maknanya :) haku? bolehla faham yang senang2 je la kan :) so baca jugaklah maknanya so nanti korang akan jumpa dengan ayat2 yang menasihati manusia kat dunia ni :)


Bila kita baca Al Quran tu sambil faham maknanya kita akan terasa seolah2 Allah S.W.T tengah berbicara dengan kita tentang seluruh kehidupan kita menjawab segala persoalan kita tentang perkara2 yang kita tak tahu macam kes penghinaan agama islam tentang agama islam diinjak2 sekarang ni Allah S.W.T dah bagitahu yang umat selain islam takkan senang kalau umat islam tak ikut cara 'mereka' dari A to Z. kalau tak berjaya pun kalau boleh masuk sket2 pun jadilah sebab yang sket tu la nanti membesar terus jauh dari agama.
'mereka' nak bawak kita terjun masuk neraka berjemaah bersama2 ;0 sabo je la sambil larik2 jauh22222222222 ;p


Selain 'mereka' yang nyata adelagi 'mereka' yang tak nyata pun tengah berusaha jugak tu nak mengurangkan pahala kita hish memang susah kita nak melawan 'mereka' yang tak nyata ni :)
Kepada Allah S.W.T jugakla kita memohon pertolongan kan :)


K selagi kita masih boleh berada di landasanNya berusahalah jangan terkeluar dari landasanNya kalau rasa nak terbabas tu berusahalah seimbangkan balik supaya kita kembali berada di landasanNya :)
kan Allah S.W.T tu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang? :)

korang pernah dengar tak penyataan ni?:

Setapak kita ke arah bertaubat kepada Allah .S.W.T maka bertapak2 Allah S.W.T mendekati dan menerima taubat kita :) nak nyatakan betapa gembiranya Allah S.W.T bila hambaNya nak kembali bertaubat kepadaNya :)
So jom kita jadi hambaNya yang sentiasa bertaubat kepadaNya
Berdoalah kepadaNya supaya apa yang berlaku sekarang ni mendapat pertolongan dan perlindungan dariNya.
Amin.


Sekian sebab idea dah susut sket sebab dah terkeluar kat blog ni hahahahaha :) k lah haku nak rest jap :) nanti kita borak lagi insyaaAlah.