Wednesday 29 July 2020

PULUT SERI MUKA MADU


Mode rajin aku on malam ni 😃 sebab bahan2 dah ada makanya jomla buat pulut seri muka ni


Untuk lapisan hijau ni aku campur santan , jus pandan , tepung gandum , tepung jagung , telur , gula , madu ( saje aku tambah 😃 ) pastu kacau2 sampai adunan sedikit likat


Pulut basuh rendam pastu toskan selepas 1 @ jam masukkan dalam bekas kukus sekali santan dan garam , kukus sehingga pulut masak


Dah siap tekan2 pulut baru masukkan adunan hijau tadi 😘 macam sikit je lapisan hijau ni tapi rase tetap sedap 👍 lain kali boleh banyakkan sket 😄 dah siap terus aku cedok makan hehe yummy sangat makan pulut panas2 ni 😘

Sunday 26 July 2020

JJCM DI PORT LI GAMI CAFE





Update : mlm raya haji aku gi makan malam kat cafe ni lagi 😃 tapi makan ringan2 je tak nak nasi lepas fikir punya fikir aku order Char Kuey Teow Special dia ada telur dengan udang pastu order air teh o panas suami aku order milo panas sampai2 je makanla kami bertemankan takbir raya 😂 aku tak dapat balik raya sebab suami aku cuti sehari je 😂


 
Ok lepas rasa Char Kuey Teow Special ni serius memang sedap 😘👍 kuah dia tu aku rasa pertama kali rasa lain dari char kuey teow yang pernah aku makan sebelum ni kat kedai2 makan lain , sampai licin pinggan hahaha aku cakap dekat suami menu2 cafe ni semua kena dengan tekak aku sebab tu kerap je aku datang sini haha bila menu sedap dekat satu2 kedai tu memang akan kerapla muka aku dengan encik suami nampak kat situ 😄

Malam ni aku tak masak sebab tak beli bahan2 dapur pun tambah aku pun tak tahu nak makan ape 😄 hujan pulak malam2 ni nak keluar tapi aku dengan encik suami keluar jugak hehe makan dekat2 rumah je tak yah jauh2 sebab tak rajin pulak nak ronda2 jalan2 cari makan 😄


Aku order Oriental Chicken Butter Rice dengan Horlicks panas , sejuk2 order western food je sebab aku tak tahu tekak nak makan ape 😄 rase2 nak makan kueuteow sup tapi biasela lain yang difikir lain pulak yang di order muahaha 

 
Encik suami order Lamb Grilled Blackpepper Sauce dengan air Teh O Limau suam sedap jugak lamb grill tu nyums 😘

Setakat kami makan di situ memang sedap je kat tekak Alhamdulillah...😘👍

 

Nasi Goreng Udang Petai memang sedap 😄👍tengok berapa banyak perkataan sedap aku bagi untuk menu2 kat sini kan hehe


Roti Titab Special ni aku try masa balik dari bbq hari tu saje santai2 makan petang pun sedap je 😄 ape je tak sedap kat tekak aku ni kan haha
 

Nasi Ayam Golek ni pun sedap 😘
 

Encik Suami cuba Nasi Goreng Ayam Penyet pulak , pun sedap aku rase 😃 rasenye kan menu2 kat sini kena je dengan tekak aku


Nasi Goreng Ikan Tenggiri ni sedap je kat tekak aku 😃 saje cuba menu lain pulak kat Cafe ni 👍

BERPAGI2 SARAPAN DI KFC



Al Kisah jumaat suami aku cuti jadi bila beliau cuti automatik aku jadi malas nak masak2 kat rumah 😄 aku pulak jenis orang yang tahap wajib sarapan pagi makanya jam 7.30 pagi aku dah ajak beliau gi sarapan kat kfc tak jauh dari rumah aku tu sampai je kat kfc tak bukak lagi haha bengang je encik suami sebab kejut dia awal sekali kena tunggu pulak muahahaha 😆 alah kejap je tunggu sempat je beliau gi melabur kat tandas dulu dekat stesyen minyak tak jauh dari kfc tu hihi


Jam 8 lebih pintu bukak staff ambik bacaan suhu dengan nama no tepon semua tu kami pun masukla orang pertama masuk ok takde orang pun sampai kami habis sarapan hehe tenang je layan sarapan pagi kat situ 

 Aku order milo panas dengan burger ayam suami aku order nasi ayam dengan fries jugak nescafe panas Alhamdulillah lepas tu balik beli barang2 dapur sket sebab malam tu ajak kawan2 aku dengan encik suami datang makn malam 😊


Menu ni masa aku makan malam dekat kedai makan tak jauh dari rumah aku 😘 Nasi Goreng Ikan Tenggiri rasanya sedap 👍


Suami aku order Nasi Goreng Ayam Penyet rasanya pun sedap je 😘👍


Roti Canai ni di sebabkan macam lama je aku tak makan jadinya aku ajak suami singgah kat 1 kedai mamak ni 😄 layan pulak dengan teh tarikkan macam tak cukup je order 2 roti canai ni 1 yang kosong 1 lagi yang ada telur


Kueyteow Goreng ni masa aku gi pasar malam dekat rumah aku sedap penjual tu goreng kalau aku yang goreng rasa macam biase je hmm ape lagi yang aku tak letakkan 🤔😃


Laksa ni masa aku order online orangnya tinggal tak jauh jugak dari rumah rasa pun sedap maklumla 👻 laksa kan 😄


Madu ni aku beli di Aeon Mall maklumla untuk kesihatan kan rasa pun sedap 😃 suami aku kerap makan dengan roti jugak aku je belum cuba nanti aku nak cuba jugaklah hehe


Suami aku beli ni dekat kawan dia rasa pun sedap je 😘


Epal hijau ni aku beli bila sesekali teringin nak makan masam2 😄 sedap je layan mengunyah cicah garam sikit kalau kuah rojak dah habis 😘

Saturday 25 July 2020

MAKAN MALAM DAN RAIKAN HAGHIA SOFIA BERTUKAR MASJID



                Malam ni sebenarnya aku ada buat makan2 jemput kawan2 TXCJ hari tu , tapi lagi berganda seronoknya jatuh pada tarikh Haghia Sofia bertukar jadi Masjid selepas 86 tahun 😍 24 Julai 2020 , walaupun istanbul tu jauh tapi berita ni beri 1 macam perasaan istimewa pada aku 💖


        Aku mula masak dari pagi buat puding kastard dengan sediakan bahan2 masak untuk digoreng petang2 sikit , menu ringkas je macam nasi goreng cili kering , karipap , ayam goreng , tomato , keropok , timun 




    Jam 9 malam dorang pun sampai , makan2 borak2 sampai dekat jam 12 tengah malam 😄 padahal esok keje tu hehe maklumla macam2 topik nak diborak hehe






    Anak Qilah ni panggil aku ummi pastu encik suami abi 😍 mudah mesra dak kecik ni dahla comel je kan peel dia 😃

Friday 24 July 2020

KRONOLOGI AKU SAKIT GIGI



Lepas 3 hari menahan sakit gigi aku pasrah isnin tu ajak encik suami gi klinik gigi jadi encik suami cuti tak pergi kerja lah hari tu hehe sampai2 je amek no klip ic letak dalam kotak yang disediakan pastu isi borang kuning iaitu borang pengesahan bebas covid kot2 kita pernah ada tanda2 atau balik dari luar negara ke kan pastu tunggu no dipanggil


No naik masuk jumpe dr lepas periksa dr tu panggil sorang lagi dr tengok keadaan gigi aku yang menyebabkan pipi aku dah bengkak mengeras macam telur tapi aku dah tak rasa sakit sangat bibir aku terjungkit sket akibat bengkak tu nak cakap pun macam bahasa apa ntah yang kuar encik suami pun kena dengar 2 kali baru faham hihi aku pun sabar je kena ulang cakap dahla tengah sakit kan


Lepas tu dr sorang lagi tu tanya samada aku boleh telan makanan tak dengan ada kencing manis tak lepas cakap aku boleh makan tapi lebih suka makan bubur sebab senang telan je kan hehe pastu aku takde kencing manis sebab gula memang aku elak sangat bukan gula je garam pun tu yang aku masak tawar je tapi bolehla makan cuma kalau aku balik kg tu mak aku mesti nak semua makanan cukup rasa garam kena cukup gula pun hehe

Lepas tu dr bagi surat ambik ubat kat farmasi sambil pesan 5 hari lagi kalau bengkak tak surut terus ke kecemasan di hospital aku pun macam ayooo boleh jadi serius ke terus aku tanya boleh ok ke dr? dr kata tengok macam mana lepas 5 hari tu aku pun macam oh ok walaupun dalam hati cuak je tapi aku positif je insyaAllah boleh sembuh hihi


Pastu turun ke cafe cari bubur nasik sebab tak sarapan lagi kan aku pesan teh o panas juga encik suami dah makan mee goreng masa aku tunggu no naik tu jadi temankan aku je lah licin je aku makan walaupun susah nak suap heee cuma aku makan lambatla maklumla bila sakit kena makan dengan sopan santun hehe


Dah dapat ubat anti radang , antibiotik tu mula lah hari2 aku kena telan ubat anti radang tu 3 kali sehari yang antibiotik tu setiap 8 jam maklumla nak merencatkan pertumbuhan bakteria kan sebab bakteria ni 24 jam dia akan tumbuh jadi sebelum dia nak bertumbuh antibiotik ni akan rencatkan pertumbuhan dia dan kiok kuikuikui bye2...

Sambil makan ubat tu kadang2 aku sapu jugak ubat gamat kat gigi yang sakit tu dekat pipi yang bengkak mengeras tu siang aku sapu lendir aloe vera ada masa aku sapu ubat gigi bila malam aku sapu ubat gamat berulang2 aku buat dengan harapan surutla bengkak tu


Sedap je menu camni
Senang aku nak telan
Tak payah kunyah 😆

Hari khamis malam jumaat tu aku perasan bengkak gusi dalam mulut aku dah keluarkan nanah ayooo gelabah aku hihi terus aku amek kapas tekap2 sampai habis keluar nanah pastu ada darah pulak apelagi terus aku tekap2 dengan kapas sampai dah reda aku letak ubat gamat dekat kapas pastu tekap lama pastu tengok dah kering tak darah tu aku gi kumur2 pastu aku letak lagi ubat gamat dekat kapas dan tekap lagi biar je kapas kat mulut aku pastu aku tidur 😴

Esoknya aku tengok bengkak dah hilang keadaan kembali jadi macam biasa aik ajaib betul semalam macam gunung berapi pagi jumaat dah tak nampak semua tu Alhamdulillah bengkak kat pipi pun makin surut nampak dah normal macam biasa cuma pesan dr antibiotik yang makan setiap 8 jam tu kena habiskan aku pun teruskan sapu aloe vera dengan ubat gamat je lah tengok macam mana keadaannya nanti harap oklah kembali sembuh macam biasa takde bengkak2 atau sakit gigi lagi dah kan

Keadaan aku sekarang Alhamdulillah bila sakit gigi hilang selera makan bukan main kejap2 nak makan ajeeee hehe qadho balik gamaknye


jenuh aku nak mengunyah 😄
Sampai licin encik suami makan pun pinggan aku macam penuh je lagi 😂 maklumla sekali suap kunyah 44 kali hehe

1 lagi sepanjang sakit gigi tu banyakkan istighfar yelah kadang alah bukan kadang tapi kerap kita ni manusia keluarkan ayat2 bombastik yang Allah marah ke kan heeee lagi2 yang dah berkahwin dengan cabaran hidup yang bermacam2 tu mulut kita ni ya ampunnnnnn paham2 je laaa hihi

Alhamdulillah kini lepas seminggu lebih dah ok dah syukur tunggu nak gi cabut je gigi yang wat hal tu hehe

Sekian kisah gusi gigi aku 😎
Harap2 ia tak berulang lah lagi
Jenuh nak makan
Makan je kan yang di ingat tu hehe

Tuesday 14 July 2020

BBQ DI HUTAN LIPUR KLEDANG SAIONG



Aktiviti BBQ ni antara kawan2 encik suami jadi secara tak langsung para bini pun terlibat sama sebab sape yang nak masak kalau tak para bini kan? 😃


Seawal 4.30 pagi aku dah masuk dapur memasak
Sebenarnya dari malam lagi aku dah sibuk siap2kan peralatan bbq dengan menu masakan 😄
Ni antara menunya Sayur Sup Campur


Daging tu aku perap dengan serbuk lada hitam Seri Aji tu cadangan dari Eka bini Fizi
Sedaplah jugak sebab pedas2 gitu
Lain2 aku siapkan Salad , Tomato , Timun , Keropok , Nasik lain2 menu bini Fizi Eka dengan bini Hafiz Qilah sediakan
Pembahagian tugas dah pun dibincangkan di group wasap para bini gitu 😄


Menu dari Eka bini Fizi
Bihun Goreng , Nugget , Ayam Perap dan Air Oren


Peralatan Bbq dengan tikar aku letak siap2 depan pintu senang nanti lupa pulak benda penting ni 😃


Asalnya nak bbq dekat Ulu Cepor
Tapi tak bukak lagi
Jadi patah balik ke Hutan Simpan Kledang Saiong ni
Alhamdulullah bukak
Dah cantik dorang buat situ
Tengok lama kan aku tak datang sini 😄


Dulu takde lagi papan tanda tu
Jadi aku pun tak lepaskan peluang 😃
Selfie pun jadila asal ade hehe



Sampai2 para suami siap2kan tempat bbq
Walaupun pihak Kledang ada sediakan tapi takpelah dah bawak jadi gunakan peralatan sendiri je
Lagipun Hafiz suami Qilah pun bawak tempat bbq tu yang guna pun 1 je hehe
Lain2 para bini siap2kan tempat makan
Alhamdulillah ada pondok
Cuaca pun bagus
Risau hujan je sebab tengah musim kan
Bak kata Eka hujan Rahmat 😃
Dari pagi sikit2 je hujan pastu berhenti
Dapatla kami berbbq hari ni 
Alhamdulillah Syukur😍


Bini2 TXCJ 
jumpa masa majlis makan2 kat tempat kerja suami masing2 terus rapat sampai sekarang
3 orang bini same pulak bulan kelahiran Okt 😄 dah ade pulak agenda nak sambut sama2 kat 1 tempat ni 😃


Suka sangat dengan keropok bawang warna warni ni
Tahu dah syikin ni suka 😄
Abgnya faris suka jugak tapi suka makan yang warna kuning


Anak qilah Syikin yang comel & manja
Dengan semua orang cepat je mesra
panggil aku ummi , encik suami abi 😃


Encik suami dan Fizi siap2kan tempat bbq



Ada ikan dalam ni banyak pastu nampak sekor ikan besar tak dapat nak tangkap lincah je lari sembunyi 😃


Ketua masak bbq hari ni Encik Hafiz suami Qilah 😃👍




Qilah dan anak2 jugak Eka


Dengan Syikin anak Qilah


Dah masak apalagi jom makan 😃



Faris pun rajin nak menolong mengipas 😃





Para suami sibuk memasak 😃👍


Qilah berlakon macam orang dulu2 basuh kain kat sungai 😄 cuma tak pakai kain batik je hehe


Cuak je syikin mamanya bawak masuk air 😄


Suka betul faris dapat berendam 😃


Abangnya syikin faris ni pantang je jumpa air dati mula sampai nak balik memang berendam je 😃


Syikin takut air 😄
Tapi berani2 jugak asal ada orang tepi dia


Lepas mandi lapar balik 
Sambung makan je lah 😃

Dalam 4.30 petang tu staff kledang saiong bunyikan siren masa dah tamat semua kena keluar sebab dah nak tutup tempat hutan lipur tu
Eloklah kami kemas2 terus keluar
Alhamdulillah selesai plan bbq bersama 😃👍
Dalam masa yang sama bincang next trip birthday pulak 😄
Semoga semuanya berjalan lancar
Aamiin...💕