Monday 15 May 2017

SUNDATE @ LUBUK TIMAH WATERFALL & HOT SPRING



Hai korang 😍
Apa khabar korang di hari minggu ni 🌝
Aku hari ni plan g berkelah
Tapi sebelum g berkelah macam biasa kena masuk dapur dulu masak2 untuk bekalan 😘


Menu berkelah hari ni simple je
Nasi putih , Sayur Masak Labu , Sambal , Ikan Masin , Ayam Perapan 😘




Kakak tiket so bayaran masuk boleh bayar disini ye 
Harga ikut 1 kepala



Gerai2 makan pun ada 😍


Surau pun ada
Perempuan dengan lelaki diasingkan dengan tirai kain je
Tapi oklah tempat wudhuk depan surau tu je
Rasenye utk perempuan mungkin boleh buat yang tertutup kan 🌝👍




Kuda2 pun ado 🌝
Tapi apesal ada pengunjung kata lembu hehe
Mungkin tengok dari jauh agaknya 🌝
Aku datang dekat sebab nak ambil gambar
Nak naik pun boleh 🌝



Sampai2 je terus bentang surat khabar sini 😄
Betul2 mengadap sungai tu
Best 😍
Sambil makan sambil dengar bunyi air sungai sambil tengok pemandangan cantik 😍



Aku rendam kaki sambil borak2 dengan kakak sebelah yang first time jugak berkelah sini 🌝
Ok kak kita geng hehe 🌝


Untuk pengetahuan korang , kolam yang tengah tu paling panas air dia
Yang tepi2 tu suam2 kuku airnya


Best berkelah kat sini 🌝
Bolehlah ajak family nanti datang berkelah sini 😍


Dari sini dah tak jauh mana pun
Kena mendaki sikit je sebelum sampai ke air terjun tu 🌝


Kat sini ambil gambar je encik suami tak nak mandi pulak 😁
Deras air terjun buatan ni
Kuat bunyi air sampai tepon pun kena tempias air terjun tu 😄


Ok cukup2 sudah moh kita balik 😄


Sebelum balik kami santai2 kat buaian ni 🌝
Lama tak naik buai kan 🌝
So rilek2 jap kat sini sambil tengok suasana sungai2 , orang2 baru datang , orang2 mandi air panas kat bawah tu 🌝


Balik dari berkelah aku dengan encik suami g Secret Recipe 😄 
Lapar kek pulak


Beries Cheese Choc Cake
Sedap jugak yang ni


Mud Choc Cheese
Ni paling sedap 😍👍


Sekian dulu Wassalam 🌝👌


Friday 12 May 2017

JOM MASAK : MY MENU



Hai korang 🙋
Selamat Menyambut Nisfu Syaaban
Hari Buku Amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku baru
Hmm macam manala nanti jika dibuka dan dibaca depan kita di akhirat nanti
Amalan kita akan dihitung dan ditimbang yang menentukan ke Syurga kah kita atau err ke Syurga jugak 😌

Malan ni hujan kat kawasan rumah aku so walaupun jam dah injak pagi mata aku masih segar🤓

So aku fikir baik update jap gambar masak2 ni sebab penuh pulak kang storage tepon hihi 😄

NASI AYAM


Menu malam tadi 😘
Paling mudah masak
Sebab tak payah fikir banyak2 menu
Dah nama pun Nasi Ayam kan so ini sajalah menunya 😄


VANILLA SCONE 


Asalnya aku nak naik makan scone kat Cameron
Tapi saje aku try buat sendiri dulu 😍
Nanti boleh aku bandingkan rase antara scone Cameron dengan yang aku buat ni so nanti boleh perbaiki lagi rasanya kan 😘
Aku makan scone ni dengan jem strawberry dengan unsalted butter
Hmm sedap jugak 😎


SAMBAL PETAI


Sambal petai paling simple 😄
Tumis Cili Boh kacau2 masukkan petai dan juga bawang besar
Masuk garam gula dah siap 😄
Simple je kan hehe 😄


SUP DAGING


Sup ni aku letak lobak merah , Ubi Kentang , Fishball , Fishcake
Lain2 macam bawang putih, halia, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Lada Hitam

Wassalam 😍




Wednesday 10 May 2017

VANILA BUTTER MILK SCONE



Alkisah aku buat scone ni malam tadi 😊
Sebelum tu aku singgah kedai runcit beli jem strawberry
Dah lame aku nak cuba masak scone ni
So malam ni agak rajin sikit so marilah kita masuk dapur 😊 


Bahan2 buat scone ni simple dan mudah sangat macam tepung gandum , baking powder , gula halus , garam , butter , susu cair , esen vanila
Mudah kan?😘


Dah siap tekap adunan doh tadi sapu susu cair atas adunan selepas dicucuk garpu 


So adunan mesti lembut seperti gambar atas ni


Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit kemudian keluarkan jap sapu lagi susu cair atas permukaan adunan scone tadi
Kemudian bakar sehingga masak dan nampak golden brownish 😍



Monday 8 May 2017

SUNDATE @ BIG APPLE AEON :)



Hari ni agak lewat sikit keluar rumah 😁
Plan nak ke Pasar Pagi tak berjaya hehe 😄
So takpelah masak lunch je terus
Simple je aku masak hari ni
Nasi Goreng Daging Butter


Lepas makan siap semua aku dengan encik suami gerak ke Aeon Mall je 😄
Dah plan asal cancel so hari ni kita jalan2 cuci mata saje takde plan ape2 pun




Cantikkan awan gemawan ni 😍 aku memang suka tengok awan2 sebab cantik pada pandangan aku 

So bila sampai je Aeon masuk2 nampak Secret Recipe terus masuk kejap tengok2 kek pastu keluar 😊
Sebelum tu masuk Kaison kejap cuci2 mata 😎
Jalan depan sikit nampak Big Apple terus singgah beli sebab aku memang suka donut kat Big Apple ni sedap2 😙


So aku ambil 6 pieces harga RM14.50 macam tu
Perisa yang aku pilih yang ada nestum , caramel , coklat , peanut
6 pieces perisa ni memang kena dengan tekak aku 😘


Pastu nampak form peraduan kat kaunter 
Layan je isi form 2 soalan je pun pastu jawapan sah2 ada di situ baca je 😄
Hadiahnya iphone 7 dengan 2 lagi hadiah
Ade rezeki dapatla kan tak harap pun suka2 je 😁
Duduk situ makan donut sket pastu beli air teh crysanthemum 1 botol harga RM2.20


Lepas makan donut kami jalan2 1 shopping mall situ masuk kedai korea tu tibe2 berkenaan ambil 2 bekal ni warna pink gitu untuk besday 🎁🎁 2 orang sahabat aku bulan ni kak Chaq dengan Ju 😁



Dah settle bayar masuk Daiso kejap tetibe banyak pulak barang2 yang aku rasa nak beli 😄
Sabar 😆 kehendak je tu bukan keperluan pun 😄


Lama tak makan coklat layankan je tekak haaha 😄

Kemudian lepas maghrib kami bergerak balik singgah makan malam
Kebetulan restoran bukak siaran mentor 😄
Apelagik layan je tengok sambil makan 😙
Tahniah dekat Erika sebab menang


Kerabu Mangga my favourite 😘


Ikan Goreng kegemaran encik suami


Telur Dadar


Timun dengan Sambal ni memang dorang bagi sekali

Malam ni hujan je tempat aku ni

Wassalam....zzzzzz hehe gigih menaip walaupun dah pagi benor 😁


Monday 1 May 2017

MONDATE DI HARI PEKERJA



Hi korang
Selamat Hari Pekerja 😍



Hari ni aku plan nak pergi berkelah
Tapi tak tahu kat mana nak pegi 😄
Lagipun cuaca macam tak pasti hujan ke tak
Sebab dalam april hingga awal mei ni memang hujan 🌧 kerap turun
Apapun syukur Alhamdulillah la kan 😊

So seawal jam 9 pagi aku dah start masak

Walaupun tak tahu nak berkelah kat mana
Takpe itu belakang cerita 😄
Yang penting masak dulu bekal berkelah ni
Ada jugak terfikir kemain bekal semua
Sekali hujan berkelah je la depan tv tu hahaha 😄

So menu bekal simple je aku masak
Macam goreng ayam , rebus telur , nasi minyak , sambal kentang
Air pulak buat air anggur
Bawak jugak biskut2 kot2 lapar nanti 😁

Ok dah siap semua kami terus pergi berkelah di Eco Park 1

Asal nak ke 1 tempat ni air terjun tapi takpelah itu kita pergi next time sebab luas tempatnya 
Aku rasa macam nak stay untuk sehari 2 so boleh tinjau2 kawasan situ
So mari kita ke Eco Park 1 ni dulu
Ada tasik dengan pemandangan yang cantik kat sini walaupun cuaca mula mendung tak mendung hehe 😁



So sampai je situ kami jalan sikit kemudian sampai di port pilihan yang mengadap tasik dengan bukit2 encik suami lapik surat khabar pastu aku keluarkan segala bekal2 yang dah di masak tadi
Sambil makan sambil tengok pemandangan tasik dengan bukit bukau nun jauh di sana 😘 sesekali ikan2 dalam tasik melompat ewah tenangnya suasana 😍


Tapi tetiba aku rasa macam sakit perut hahaha 😄
Sudah!!! nak ke toilet awam kena jalan jauh sket dekat depan pagar balai polis mula2 nak masuk tu
Sekali encik suami pun cakap terasa sakit perut hahaha 😄
Ni mesti penangan makan macam2 semalam kan hahaha kelakar sungguh baru nak cari ilham kat situ dah kena bergegas balik pulak 😄😄😄



Toilet awam pun ada 1,2 tu pun full so kami decide balik je walaupun rasa tak puas hati sebab nak berlama2 lagi kat situ 😄
Tapi bila tengok cuaca macam nak hujan so takpelah maybe next time je lah 😆

So balik sambung makan kat rumah je lepas settle kan sakit perut tadi 😄😄😄
Tak lame hujan turun 
Alhamdulillah ada sebabnya kan kami bergegas balik tadi

Sekian kisah mondate kami hari ni 😘
Wassalam....