Wednesday 23 October 2019

CHECK IN DI WAD


Hmm lama betul aku tak menaip di blog ni , aku taip ni pun dalam wad , tengah duduk atas kerusi berlapikkan bantal di belakang , Situasi aku sekarang ni aku rasa mengantuk tapi rasa macam nak menaip di blog maka korang layankan je la bebelan kosong aku kejap lagi ok😄

Sebenarnya aku baru sampai tengahari tadi di bumi tempat kelahiranku jelapang padi
Sebab ape?
Mak aku masuk wad hari ni sebab beberapa hari lagi beliau akan dibedah atas sebab aku dah cerita sebelum ni
Hmm perasaan aku?
Aku macam takde perasaan je walaupun aku tahu perasaan aku bercampur baur sekarang ni
Ewah entah ayat ape aku guna ni sesedap rase je heee 😄

Sekarang dah jam dah 11.46 malam
Aku sebelum balik jelapang padi rasa sedih jugak berpisah kejap dengan encik suami
Masa beliau tidur semalam aku pandang je rupe beliau sebab aku akan balik kampung lama sebab jaga mak aku
Terima kasih sangat sebab beliau memahami hmmm
ke beliau suke je aku takde kat rumah? 🤣
Teruk kan aku cakap camtu hihihi

Ni pun mak aku dah tidur aku pandang je lame sebab sedih beliau kena hadapi ujian ni tapi Allah S.W.T takkan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu kan?
Semoga pahala balasan atas kesabaran dan ketabahan beliau 💕

Semoga pembedahan nanti berjalan lancar dan beliau sembuh sepenuhnya 
Menjalani hari2 tua dengan gembira di samping keluarga tercinta 💖

Hmm apelagi aku nak bebelkan kan? 🤔
Pernah tak korang teringat cinta lama korang?
Entah kenapa semalam aku terfikir siapakah cinta pertama yang hadir dalam hidup aku

Aku pernah dicintai
( 2 insan yang benar2 mencintai aku )
pernah mencintai
( 2 insan yang aku cintai )
pernah dilukai
( 2 insan di atas )
pernah melukai
( jugak 2 insan di atas )

akhirnya aku bersama dengan insan yang tiada langsung berkaitan dengan ape yang aku taip di atas 😂 

Hebatkan aturan Dia
Setelah sekian lama baru aku nampak hikmahnya
Mungkin sudah tertulis jodoh masing2

Hidup ini sebenarnya hanya untuk mencintai Dia 
Cinta yang Abadi
Kekal sampai Syurqawi

Sekarang dah jam 12.03 tengah malam
Biasalah aku memang tak pernah nak tidur awal
Hmm ape je aku nak buat di wad ni kan?
Mungkin aku paksakan diri tidur je
So takdela minda aku melangkaui nun ntah ke mana 😂

Hmm sebenarnya aku mengantuk jugak ni
Oklah baik aku berhenti menaip sebab idea dah tepu dek faktor mengantuk ni

Nantilah aku bebel lagi
Rajin nanti aku update gambar ye
Oklah korang zzzzzz dulu..
bye
Wassalam....




Sunday 29 September 2019

SEPTEMBER 2019 BULAN PENUH UJIAN DAN DUGAAN



Hi Korang



Lama aku tak menaip kat sini kan
Ntahla kenapa tak tertaip kat sini
Ni pun aku taip dalam wad hospital memandangkan mak aku tengah tido dan aku masih tak dapat tido hehe
Tapi bukan aku yang sakit 
Aku teman mak aku kuar masuk hospital dekat sebulan dah di sebabkan mak aku telah di kesan ada ketumbuhan di saluran hempedu
Korang terkejut?
Jangankan korang aku ni pun terkejut jugak mulanya heee


Masa ni aku makan malam dengan mak aku kat wad , aku beli dekat cafe bawah nasi ayam , roti dengan milo panas share dengan mak aku hehe sebab mak aku makan sikit je sekadar bagi tenaga selebihnya korang faham2 sendirila sape pulak yang tukang habiskan semua hehe 



Suasana dalam wad dah jadi 1 pemandangan biasa bagi aku bulan september ni 

Oklah Alkisahnya mulanya adik aku terperasan suatu hari bila terpandang mata mak aku nampak kuning bukan putih macam kita
Terus adik aku bawak check di klinik yang kemudian terus direfer ke hospital
Dari situ mak aku dikesan ada masalah saluran hempedu tersumbat
Terus masuk wad


Dek mak aku tengah dibuai mimpi aku kira biji tasbih ni hehe dah nak buat ape je kan? aku takleh tido lagi ni tengah duduk je atas kerusi 

So aku terus balik kampung sebab nak jaga mak aku tu memandangkan adik beradik aku yang lain ada komitmen masing2 tapi yang ada masa free dorang pun gilir2 jaga mak aku kat hospital


Aku ni lama dah tak kupas kelapa 
So time aku kupas ni ada 3 orang anak buah aku Aidina Uzair Alimin tengah tengok hehe
Asyikla tak sabar2 nak isinya
Aku ni jenuh kot nak mengupasnya
Rupa2nya kalau korang goncang kelapa muda tapi tak dengar bunyi air maksudnya air memang penuh dan isinya keras
Gitu pengalaman aku sekali kupas haha

Dalam bulan yang sama adik aku yang perempuan tu pun ada operation dekat hip joint dia di hospital swasta
So aku gilir2 jaga dorang berdua dekat hospital yang berlainan


Aku ni sejak jadi peneman pesakit asyik nak makan je kejenye 😂 ni masa dekat hospital swasta teman adik aku kat bilik dia 


Anak2 buah aku ni memang suka datang tempat makcik dorang 😄

Tido tak cukup itu dah jadi perkara biasa sejak aku jaga dorang tapi nampaknya aku boleh adapt dengan keadaan tu mungkin aku dah terbiasa dulu stay up zaman belajar kan



Staff fisio datang bilik sebab nak ajar adik aku berjalan perlahan2

Kesian suami aku kena tinggal tapi alhamdulillah beliau memahami walaupun aku tetap rasa bersalah huhu
Sekarang ni adik aku dah boleh berjalan tapi masih dengan sokongan tongkat sementara waktu yelah baru je operate kan



Suami aku hehe rajinla pulak nak menyiram pokok2 bunga hiasan mak aku tu masa balik sekejap hari tu hmm TQ suami sebab memahami 

Mak aku pulak isnin sepatutnya operate saluran hempedu dekat hati tapi mak aku decide tak nak operate cuma nak buat rawatan dekat 1 tempat di Penang di Permatang Tinggi sana



Anak buah aku Uzair nak ikut pulak tahan mata dia sebab jam 11 malam baru mula rawatan hehe tu la nak ikut tapi mengantuk sudah hmm

Situ ada perawat2 islam tradisional yang boleh mengubat masalah2 hati , jantung , batu karang , sihir , santau dan urutan urat saraf sendi semus
Aku tengok sendiri depan mata perawat tu keluarkan batu karang lepas discan hanya pakai tapak tangan pastu pesakit tu boleh terus bangun macam takde ape pun berlaku
Sakit pun tak SubhanAllah...luas ilmu Allah tu kan?
Bahan2 yang perawat2 tu suruh bawak hanyalah air mineral , kelapa muda , limau purut , krim aloe vera bergantung keadaan pesakit yang datang
Aku datang situ dengan mak dan jugak abang aku
Rawatan dimulakan pada jam 11 malam tapi percayalah semakin malam semakin ramai yang datang
Dekat situ jugak ada disediakan tempat makan2 atau rilek2 sementara tunggu pesakit2 dirawat



Dekat sini semua kaum datang buat rawatan
time ni perawat tu tengah nak stopkan pertumbuhan ketumbuhan dekat saluran hempedu mak aku tu berlapikkan tangan abg aku

Korang doakan semoga mak dan adik aku cepat sembuh ye dan semoga korang juga dikurniakan kesihatan yang terbaik aamiin.....

Saturday 31 August 2019

SALAM KEMERDEKAAN KE 62 MALAYSIA TANAH AIRKU YANG TERCINTA


Salam Merdeka Ke 62
Lama aku tak menaip
Rindu nak membebel kat sini hehe
Perkembangan aku macam biasa
Takde yang berubah
Cuma selasa petang hari tu mak aku masuk wad hingga hari merdeka ni masih lagi di wad
Kes jaundis tapi warga emas
Selalu kes2 macam ni banyak terjadi kat baby kan tapi tak sangka warga emas pun boleh berlaku
Semua disebabkan hati yang ada masalah
Aku tengok kat file doktor tulis Hepatobiliary
Oklah aku nak sambung tido sebab dah jam 4.47 pagi
Wassalam

Wednesday 14 August 2019

💖 SALAM 'AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN 💖




Hai korang raya mana tahun ni?
Aku tak balik kampung pun sebab cuti sehari je kan huhu sian tak?
Apelah makna raya kalau tak balik kampung kan?
Aku dengan adik bongsu aku je tak balik yang lain balik 😂
Tapi nanti adik bongsu aku balik jugak kampung aku je tak pasti lagi ni..
So pagi2 raya macam biaselah gi solat raya kat masjid tak jauh mana dari rumah
lepas tu ada korban 🐂 buat dekat rumah kakitangan masjid aku rasa macam nak pergi tengok tapi kata pak imam ada sistem kupon untuk ambil daging korban tu segan pulak aku nak menempek situkan hehe so tunggu jemaah berkurangan sempat layan ambik gambar seketol depan masjid hehe
Tak lama pak imam balik panggil encik suami nak bagi daging
eh ade je lebih pulak tu memang elok sangat daging tu lemak takde sangat
Alhamdulillah rezeki 😍

Terus aku potong2 bersih2kan masuk dalam beberapa bekas simpan dalam peti sejuk beku


So dalam seminggu ni rasanya menu aku mesti ada daging je lah 😃


Menu Daging Campur Masak Asam

Lame aku tak menaip rase macam dah tak reti nak berblogging maklumla banyak socmed yang lain nak diupdatekan haha gitu...😄
Tapi sejak laptop aku rosak memang aku dah tak rajin nak menaip sebab aku lagi suka menaip di laptop banding di hp macam sekarang ni kadang2 ada time terjelepok hp atas muka sakit tau tak 🤣🤣🤣 sabar je dengan hp ni kan hehe

Oklah aku stok taip dulu
Taip sambil baring lenguh tangan je kan tapi gigih nak taip jugak sebab bukak blog macam lama tak menaip so mehla update sket 😄

Tak lama nak merdeka kan
Korang sambut merdeka kat mana?
Aku tengah fikir2 lagi ni
Aku pernah sambut merdeka dekat melaka , maps perak , selangor 
Kali ni aku masih belum dapat idea lagi 
Semangat kan nak merdeka hehe

Oklah aku stop menaip dulu nanti rajin2 aku taip lagi ok insyaAllah 😍👌
Wassalam....have a nice day everyday 💖


Baju Raya 'Aidil Adha tahun ni free je reward dari bossku hehe 😄💕
Aku kan nekad nak pakai jubah je tak nak baju2 lain tapi baju peplum songket ni memang selesa jenis loose cutting dia so selesalah 😍 dapat free takkan nak tolak pulakkan terima sajalah Alhamdulillah menepati spesifikasi yang aku suka so oklah 💖



Thursday 1 August 2019

MAKAN MALAM DI CAFE THAI



Alhamdulillah dah masuk bulan ogos kan 
Aku baru muncul semula haha 😃
Aku ada je kerap jugak bukak blog baca cerita2 lama cerita kawan2 blog hehe
Tapi nak menaip tu hmm idea tak datangla pulakkan
Malam ni eh dah jam 3 pagi pun sambil tengok jack the giant slayer gergasi tu sambil2 menaip 😃


Encik suami order teh o suam
aku order sirap bandung 😃


Encik suami macam biasalah Nasi Goreng USA dia tu 😃
Aku cilok daging sekeping hehe
Sedaplah jugak


Selalu aku mesti order Nasi Goreng Ikan Masin
Tapi malam ni aku cuba pulak Nasi Goreng Thai hmm sedaplah ada sup dengan sambal belacan


Celur bihun bagi lembut
Sebelum gi makan malam beli siap2
Nanti kedai tutup 😃


Siap2kan bahan masak bihun singapore 
Sarapan esok pagi 😘
Simple tapi kenyang seharian kan 👍


Ni malam semalam teringin makan tomyam dengan telur dadar
Memang kombinasi terbaiklah 2 menu kan 😘👍


Kueyteow bandung dengan Sirap bandung
Masa aku order menu ni tersengih je pelayan tengah catit order aku 😃
Aku tau kenapa tapi aku tak tau kenapa mesti aku order yang belakangnya bunyi bandung?
Nak suruh aku gi bandung ke ape ni?
hmm nanti aku fikirkan nak buat ape aku nak gi bandung tu hehe sebab aku bukan kaki shopping sangat pun aku lebih pada kaki makan haha patutla aku tak slim kan? 😄


Aiskrim ni sedap tau uolls 😘👍
Beli dekat stesyen minyak je sebab encik suami tengah isi minyak yang si bini ni pulak memang pantang nampak peti aiskrim mesti nak walau macam mana pun haha 

Saturday 6 July 2019

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU 💖



Selamat berhujung minggu korang 😊
Ke mana je korang nak gi hari ni?
Atau selesa duduk di rumah saja santai2 lepak2 😄 apepun yang korang buat asal bahagia ok lah tu kan hehe
Aku duduk rumah je layan mata nak tertido pulak pagi2 hehe 😄
Maklumla pagi2 makan nasik kan 😄



Nasi Goreng Daging Merah aku punya
Oklah sedap jugak
Sambal tu pedas sikit tapi dekat licin jugak aku makan 😄


Nasi Goreng USA encik suami yang order 😃



Biskut kegemaran aku masa kecil
Rindu masa tu 😍


Jem Kacang campur coklat ni sedap jugak tapi aku lagi suka yang kacang saje 😊


Jem Kacang ni sedap makan dengan roti 😘


Biskut ni aku beli kat TF supermarket sebab hari tu aku ada testing macam sedap je hari tu
Bolehla buat makan2 sambil tengok tv 😃


Roti ni sedap ada perasa jagung , coklat , strawberry , blueberry
Aku beli di kedai RM2.10 tu je 😃



Potong2 roti macam ni buat sarapan pagi hehe
senang hidup 😃


Maruku RM5 ni aku beli kat kawasan klinik sebab pagi hari tu teman encik suami ke klinik
Nampak aney jual maruku terus belok beli maruku ni dulu 😃


Saje je try air ni ok lah boleh layan jugak 😄


Masa duduk santai di Tesco sambil tu order air ni share je dengan encik suami 😍 rasa? ok je lah bagi aku what to expect kan hehe

Monday 1 July 2019

SALAM 'AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN



Lagi beberapa hari lagi nak habis syawal mohle update cerita hari raya 😃
Maklumla puan blog selalu sibuk
Ntah apelah yang sibuk sangat tu pun ntahla ha ha tapi rutin seharian memangla tak menang tangan 24 jam cuma masa tidur je boleh rilek2 sikit

Oklah aku sebelum raya lagi dah balik kampung hmm 3 hari sebelum raya kot sempatla berpuasa dan berbuka , berteraweh serta bersahur dengan keluarga tersayang 😍

Sehari sebelum raya baru aku round kat bandar Alor Setar cari baju raya hehe sebab citarasa aku lain sikit aku tak suka baju meriah sangat nak cari yang simple tapi unik yang aku boleh pakai selepas raya pun


Tengah cari baju raya & kasut budak2 ni aku tanyala lapaq dak pastu dan2 dorang cakap lapaq haha terus aku suruh pilih makanan kat rak2 mydin tu sorang ambik 3 makanan kesukaan terus tak tentu arah nak pilih yang mana haha geli hati aku dengan budak2 ni 😄

Usia semakin purba ni aku dah tak pakai baju kurung rasanya baju2 kurung dengan kebaya aku nanti aku bagi dekat sepupu2 aku yang masih muat di kampung

Lagipun memang mana2 baju aku sebelum ni yang masih elok aku asal balik kampung je aku bagi sebab buat penuh almari je simpan tapi dah tak pakai kan

Tu pun ada kain yang adik aku beli kat bandung tak buat lagi baju sebab aku rasa nak buat jubah je nantilah aku fikir camne 😄

Sehari sebelum raya tu aku ajak Ammar anak buah aku yang umur 5 tahun solat teraweh hehe memang rajin dia ni nak ikut gi surau so solatla tepi aku tapi tu lah aku kenala menahan rasa geli hati tengok keletah dia 😄 ape2 je lah janji aku nak biasakan dia dengan rumah Allah kan dari kecil kenala ajar bila besar dah biasa 



Masa ni budak ni nak ikut gi teraweh
So aku suruh dia amek kopiah
Sekali tok wan tak bagi sebab takut satgi nak gi toilet ke ape
Menangis2 nak ikut hehe
So esoknya tu la aku bawak tapi solat tepi aku
Elok je hehe 
Siap solat sunat sebelum isyak dengan selepasnya sekali teraweh tapi 4 rakaat je la 
Pastu zzzz kat tepi aku 😄
Aku la yang kena angkat turun tangga surau lagi
huii tu pun lena tak sedaq apa sampai balik rumah baru terjaga haha
Makcik2 siap tengok2 je budak ni
Ade yang nak bawak cucu2 dorang tapi takut ganggu jemaah 
Tidak adela dalam 5 orang gak budak2 nak ikut solat teraweh

Pagi raya aku dengan keluarga gi solat raya kat surau nun tak jauh depan rumah aku kalau jalan kaki pun boleh sampai tapi naik kereta je lah gi ramai2 anak2 buah aku pun ikut tapi yang kecil duduk dekat saf perempuan la solat belakang sekali atau tepi sekali seronok solat raya lepas sebulan puasa kan 😍

Lepas solat macam biasa gi jamuan raya salah sorang jemaah surau memang tiap2 tahun buat rumah terbuka makan2 kat situ pastu baru balik kampung mak aku di Kampung Jawa situ memang ramai sedara mara aku maklumla mak aku kan dibesarkan kat situ



Ni masa gi beraya rumah sepupu mak aku
rumah tepi tok sedara aku ni dulu lapang je
so masa gi belakang rumah dia nampak background macam sesuai untuk berphotoshoot ramai2 haha jadi kerja pulak so selfie gaya bebas ntah hape2 jadinye janji ado 😄



Adik aku yang masih single dengan anak buah aku di kampung mak aku
Bila masa dorang bergambar2 ntah aku tahu borak2 je malas nak bergambar bagai hehe
Maklumla ai bukan model gitu 
insaf heee

Esoknya pula beraya kat perlis kampung sebelah abah aku pulak dulu aku pun sekolah menengah kat situ tapi aku tinggal di asrama so lepas melawat saudara mara dekat malam baru balik rumah



Ni kat rumah pak ngah aku
sesekali balik raya dah tua2 dah dorang
cepatnya masa berlalu kan
sebelah tu sepupu aku kak tie yang maintain muda gitu
dari dulu sampai sekarang tak berubah2 rupanya heee banyak makan ulam kot 😃
gitu memandai je aku kan haha




Dulu masa aku sekolah menengah aku tinggal sekejap dengan mak sedara aku kat sini sebab aku kan duduk asrama tapi dekat2 nak spm masa tu asrama aku ada gangguan so aku amek keputusan duduk dengan mak sedara aku ulang alik naik bas gi sekolah
sepupu aku pun ada tapi sekolah lain pastu ada sorang kawan aku sekolah sama aku duduk sekali 
jadi meriahla rumah mak sedara aku ni hehe
Pagi2 rajin buat sarapan untuk kami semua
semestinya masak nasik goreng
best 😍



Dulu aku pernah tido rumah sepupu aku yang baju merah pakai songkok tu 😃
Sebab beliau guru bahasa melayu abah aku suruh belajar sekali dengan anak perempuan beliau so aku tido la sebilik dengan 2 pupu aku yang perempuan tu belajar sama2
Tapi masa tu anak beliau belajar tae kwan do haha time tido bukannya nak tido tapi berlatih tae kwan do ntah ape bahasa 2 pupu aku tu belajar geli hati aku dengar 😄
Tapi sekarang dah jadi peguam pun anak beliau 
Aku pun bercita2 nak jadi peguam tapi aku banyak cita2 so ape pun aku boleh jadi ewah hahaha mungkin aku sesuai jadi bos je muahaha 😜



Ni dekat malam nak balik tapi sepupu2 baru datang so tunggu sekejap ambil gambar ramai2 sebab susahla nak jumpa selalu kecuali raya je boleh jumpa

Waarghh takut tak? haha gitu 😄

Ade pulak helmet rupa camtu kan
ni kat rumah sepupu aku yang memang aktif dalam industri permotoran
busy beliau sempat borak sekejap pastu ada meeting
takpela sila kan kami nak layan nasik dagang kak ipaq sepupu masak hmm dapnyer 😄

So hanya tunggu pulak sedara mara berkunjung balas

Raya tahun ni aku tak banyak sangat bergambar mungkin usia pun dah purba kan hehe sedar diri tapi banyak jugakla gambarnya pun jadilah 🤣

Tahun depan raya sebelah kampung suami aku pulak kat pantai timur
Layan pantai pulak
Best hehe

Oklah aku stop dulu nanti borak lagi k
Wassalam...

Friday 31 May 2019

NAK HABIS RAMADHAN BARU NAK UPDATE 😄



        Hai korang 😃 sihat ke? masih tabah mengharungi puasa sikit lagi je nak habis dah ni kan 👍 lame aku tak menaip bukan sebab tak larat sebab puasa 😄 tapi sibuk dengan urusan kehidupan seharian kan , blog pun sesekali je bukak maklumla mana nak fikir masak untuk berbuka lagi untuk sahur lagi kan 😘

           Semalam baru aku start buat kueh raya

Bangkit Cheese nama diberi ewah hehe
 tu pun sampai jam 1.30 pagi aku masih setia membakar bila dah siap tu terus terbongkang tido haha dah nak bamgun sahur lagi kan memang ting tong la 🤣

Tapi aku dah masak siap2 lah untuk sahur tu sementara kueh tengah dibakar kan 
2 in 1 aku semalam 😅
Jadinya bangun sahur panas2kan je terus makan pastu lepas subuh tido sekejap mengantuk weh 🤣🤣🤣

Ok dahla bebel pasal lama tak borak kat sini kan hehe jom aku update sepanjang ramadhan aku tahun ni 💖



Ni moreh kat masjid
Aku dengan encik suami memang suka moreh kat masjid ni sebab menu dia sedap2 hehe
Alhamdulillah 💖
Pulut Seri Muka dengan Popia Sambal
Air pulak Kopi O panas
Memang segaq la mata pastu 😄


Jus Lobak Merah dengan Oren
Sedap minum sejuk2
Azam nak banyakkan minum jus buah je 
Tapi time rajin je dapat minum 😂


Menu atas ni Nasi Beriyani Ayam dengan Air Teh Hijau
Sedap aku beli di bazar ramadhan 😘


Menu kat atas aku beli di bazar ramadhan je
Senang hidup kan haha
Rasa tak seronok pulak kalau tak ikut serta meriahkan bazar ramadhan gituuu 🤣


Sebenarnya sambal belacan boleh je tumbuk sendiri tapi aku kan tak berapa makan belacan tapi kalau ada aku ok je layan sambal ni aku makan masa sahur hmm sedap layan makan dengan nasik panas2 😘


Ni masa hari pertama nak sahur 
Tu yang rajin sikit hehe
Pastu? ringkas2 sudah untuk sahur 🤣
Menu di atas aku masak Ikan Percik


Menu di atas Nasi Royale Daging Sambal Hitam dengan air MilkTea Horlicks
Sedap air tu , nasik pun sedap 😍
Syukur Alhamdulillah 💖


Menu di atas pulak hari pertama berpuasa
Beli je kat bazar kecuali ayam tu beli di kfc


Kerabu bazar ramadhan memang aku suka sebab rasa dia macam mak2 kita buat
Murtabak tu pulak pun sedap 👍
Aku mintak bawang lebih untuk pencicah dia sebab kari aku kurang sikit kecuali kalau makan dengan nasik ok la hehe



Sedap Nasi Arab ni 😘
Memang kerap beli jugak puas hati makan
Cepat kenyang
Beli kat bazar ramadhan tapi jauh sikitla nak dapatkannya hehe 
Sebab sedap anggap je bazar tu dekat 🤣


Beli kat bazar jugak
Tahun ni aku seimbang
Ada masa berbuka aku masak , ada masa beli di bazar ramadhan , ada masa iftar di masjid
Semua menu sedap2 belaka
Syukur 😘


Dadih durian ni sedap
Aku tambah tepung kastard sikit dengan gula melaka huii cenggini 👍 rasa dia 😍


Banyak bekas dapat
Senang kan nak makan ambil je dalam peti ais
Sedap makan sejuk2 😘


Makan guna sudu kecik je hehe jimat
Tapi tak jugak sebab sedap cepat pulak licin 🤣


Senang sikit letak dalam gelas plastik
Ambik makan camtu je 😘


Puding Coklat
Rasa ok lah 
Tapi bagi aku perisa durian lagi sedap
So cuba perisa coklat pulak
Sedap layan makan sejuk2 😘


                Nasi Arab , Kueh Mueh , Kerabu
               Semua menu bazar ramadhan je 😘


Mee Goreng Ayam dengan Kopi O Panas
Makan masa moreh
Kenyang selalu 😘
Alhamdulillah


Masa ni awal2 ramadhan
Memang rajin ke kedai makan ni hehe
Walaupun banyak kedai tutup tapi ade je 2,3 kedai bukak


Makan di food court shopping mall
Pedas kaw kaw Sambal Ayam Petai situ
Tapi licin jugak
Ajaib kan? 🤣


Puding Kastard Susu 2 warna
Padahal same je rasanya hehe 😘


Masa ni iftar di masjid
Berbuka beramai2 dengan jemaah sambil dengar tazkirah dari ustaz
Kerap cerita tentang malam lailatul qadr
Aku rasa malam 17 Ramadhan tu macam malam lailatul qadr je sebab aku perasan burung2 kat luar rumah aku tu kecoh2 bunyik jam 4.30 pagi padahal biasanya dorang start bunyik jam dekat 6 pagi
Mungkin nampak apa2 kah?
Wallahu a'lam kan
Tapi 10 malam terakhir ramadhan tu kita lipat gandakan lagi ibadah supaya dapat rebut malam lailatul qadr tu malam 1000 tahun tu


Laksa Thai kat 1 gerai di shopping mall tu memang sedap
Memang masakan thai semua sedap2 kan
Sebab berasa makanan2 dia
Mungkin sebab sos yang digunakan tu
Tapi laksa kedah jugakla juara di hatiku selamanya 😍


Lepas teraweh dengan moreh memang aku rajin singgah kat kedai runcit sebab nak beli bahan2 masak sahur kerap aku beli telur masin la kan pastu ternampak kopi atas ni aku nak cuba tengok rasa dia
Sedap weh 😘👍
Selain Kopi best , Ratu, Radix aku suka yang ni


Pulut Seri Muka memang kueh kegemaran
Tak rajin beli pun cuma bila teringin baru beli kat bazar ramadhan


Iftar kat masjid
Tunggu berbuka sambil dengar tazkirah ustaz
Seeloknya dalam 20 minit sebelum waktu berbuka tu kita doa apa2 je lah
Sebab time tu memamg cepat termakbul doanya sepantas kilat
Aku dah alami
Terima kasih Ya Allah Maha Penolong hamba-Nya 💖


Ustaz tengah bagi tazkirah
Bagus iftar kat masjid ni sebab dalam menunggu masa berbuka tu boleh dengar tazkirah , berdoa , tahlil lagi2 menu semua sedap2 😍👍


Wah khusyuk encik suami dengar tazkirah ustaz hehe 😄
Beliau memang suka berbuka puasa kat masjid tapi binik beliau ni sula merata2 iftarnya
Tu yang beliau layankan aje 😍🙈


Beli perisa kiwi pulak
Permintaan encil suami tapi bila dah makan beliau lagi suka perisa durian
So habiskan dulu dadih perisa kiwi ni baru beli yang lain pulak ye 😃


Dadih perisa kiwi
Bagi aku ok je 
Aku jenis layankan je sebab ade lagi dalam peti ais kan


Dadih perisa coklat
Enak dimakan sejuk2
Nyamannya tekak 😘


Masa ni sementara tunggu masa berbuka aku sempat lagi jalan2 gi beli bahan2 nak masak sahur dengan bahan2 masak kueh raya
Tak lama encik suami panggil sebab dah masuk waktu berbuka hehe
Perempuan kalau tengan shopping memang lupa waktu 🤣
Kelam kabut aku duduk baca doa dan bismillah...pastu zass balik letak barang2 pastu zass pi teraweh masjid dekat rumah pastu zass masak dadih dengan menu sahur 
Moreh kejap roti dengan jem kacang pastu zzzzz 😄 

Sekian cerita ramadhan aku
Sekali harung aku cerita haha
Oklah letih aku menaip tau 😄
Nanti sambung lagi ye masa free 

Selamat berbuka , berteraweh dan selamat hari raya ye korang 
Maaf Zahir Batin

Wassalam 😍