Tuesday 31 January 2017

DAH BIASA TIDUR LEWAT



Hi korang


Bertemu lagi kita pada pagi 31 januari 2017 pada jam 1.28 pagi hehe
Ye aku tahu mesti korang dah di alam mimpi time2 pagi macam ni kan?
Aku belum pun mengantuk masih berjaga ntahlah susah nak tido kalau belum betul2 mengantuk
Encik suami dah di alam mimpi pun bini masih di meja makan menaip hahahaha 


Oklah time2 macam ni mari aku nak cite sket perkembangan hidup aku di bulan januari tahun 2017 ni 
Masih awal bulan di awal tahun so semangat tahun baru tu masih berkobar2 hehehe


Ok sepanjang bulan januari tahun 2017 ni perubahan pada sikap aku lebih kepada semakin rajin memasak hahaha 
So ada penjimatan di situ di mana sebelum2 ni aku banyak keluar makan di luar sebab ape? ye aku memang malas nak memasak iye2 sebab 2 orang je kan hahaha 
Tapi sekarang ni aku banyak memasak mungkin disebabkan aku suka upload video aku masak di instagram hahahahaha
Ni sebab aku selalu tengok ramai je upload video tengah memasak n aku rasa macam best je so aku pun termasuk sama peel macam orang ramai yang upload video tengah masak tu hahahaha
Tapi aku rasa bila aku upload video memasak tu dalam masa sama aku terus jadi rajin memasak pulak hehe so ada aura positif di situ so okla tu kan aura positif masak dari makan di luar yang mahal gaban tu haha


Dalam masa yang sama aku juga semakin busy dengan kehidupan seharian sampaikan tak rasa masa cepat sangat berlalu
Esok dah nak masuk februari dah time sangat2 cepat sekarang ni tak tahulah korang tapi bagi aku masa memang pantas sekarang adakah bumi kita semakin cepat berpusing? heeeeee dah dekat jam 2 pagi mula nak merapu pulak hahahaha


Oklah mari kita cerita bab peel manusia pulak
Korang pernah tak berada dalam situasi di mana korang takde salah atau buat salah pun pada seseorang tu tapi seseorang tu selalu pandang sinis n memalukan korang sesuka hati beliau?
Ya aku memang kerap jumpa orang yang peel macam ni n dalam masa sama aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana dekat manusia yang peel macam ni sebab bagi aku ape nak dikisah2kan perihal orang lain yang mungkin tak sama ideologi ataupun cara kehidupan masing2 , dunia hanya sementara so hormatilah cara kehidupan masing2 n bersihkan hati jangan hanya memandang kehidupan dunia sahaja
So cara aku senang saja , maafkan mereka , banyakkan istighfar dan berbuat baiklah dengan mereka yang berbuat salah dengan kita walaupun pada mulanya rasa susah tapi banyakkan berdoa supaya hati kita sentiasa berbaik sangka


Ok ape lagi nak cerita pagi2 buta ni ish mata ni napela masih fresh ni hehe
Aku dah jadi macam siang mengantuk malam berjaga pulak esok nak siapkan breakfast pulak tadi aku dah siap2kan rebus spagheti itu yang last nanti kena beli lagi pastu dah siap buat kuah spagheti kalau ikutkan hati tadi masak pagi2 esok je la tapi bila fikir balik nanti kelam kabut pulak kalau pagi2 baru nak siap semua tu kan so kalau masak siap2 senang tinggal esok pagi panaskan je lagi nak goreng karipap lagi hahahaha 


Ok antara azam aku lagi aku tengah nak listkan ni menu masakan untuk sebulan so aku rasa bila buat camtu senang kita dah tahu ape nak masak setiap hari n bahan2 pulak dah siap sedia ada , kalau sebelum2 ni nak masak menu ni bahan pulak tak cukup atau dah habis so termasakla menu2 tak cukup bahan hahaha itu yang jadi kes hentam je la labuuuu hahaha


Pastu aku rasa bila dah beli bahan2 memasak tu nanti aku nak asingkan ikut hari so takla terguna atau terlebih guna sebab main ambik je ikut suka kan haha pastu kang cepat habis kena gi beli lagi memang tak well prepared peel macam tu kan hihi


So antara azam baru jugak kena well prepared kata omputih hehe supaya menyenangkan kehidupan seharian kita hahaha
Well prepared bahan2 dapur selama sebulan hmm kena listkan dah ni sebab yang januari bahan2 masak hampir habis so nanti kena gi top up untuk februari pulak


Untuk januari aku takdela buat list cuma itu yang jadi masak je apepun asal ada bahan2 yang sedia ada tapi aku rasa macam nak lebih baik so baik senaraikan je ape nak masak so nanti beli ikut menu yang kita dah listkan tu 
Chewah macam rajin je semangat tu.....hahahaha


Oklah dek kerana dok sebut2 nak buat list menu ni aku stop dulu lah nak gi usha2 resepi hahahaha masakla pukul berapa nak tido plak ni jam dah 2.05 pagi


K lah have a nice day korang, thanks sebab semangat baca sampai habis hehe semangat azam baru gak tu hehe k wassalam.......till we meet again insyaAllah...




 Nah belanja korang gambar aku tahun 2017 ni time ni la aku jumpa restoran2 baru2 yang cuba gugat azam baru aku tu hahahaha













Friday 27 January 2017

CUTI CHINESE NEW YEAR




Hish lamenye aku tak update ape2 kat blog kesayangan aku ni , chewah kesayanganla katanya hehe , tu la aku semakin busy sekarang ni , rasa macam tak cukup je 24 jam sehari , hari tu baru je sambut tahun baru tup2 dah nak habis bulan januari kan , cepatnya masa berjalan , rasa tak terkejar sehari2 , dunia dah akhir zaman...





Azam baru nak kurang makan di luar goyah sket awal2 tahun hehe


Permulaan 2017 aku alhamdulillah berjalan lancar setakat ni , aku dah semakin rajin memasak kat rumah walaupun kadang2 ade jugak keluar makan di luar tapi dah tak sekerap tahun2 lepas haha , seboleh mungkin aku cuba mengawal diri aku supaya lebih menjaga perbelanjaan hehe so jangan kerap keluar ye hehe

 Harga cny RM3.88 je , murah so mari borong ni pun rasa tak cukup hehe





ni bila dah tak tahu nak makan apa so bawak bekal hehe sedap , jimat n mengenyangkan


Sekarang ni aku banyak aktif di instagram , agaknya tu sebab aku jarang update di blog ni tapi blog tetap tidak dilupakan , di instagram aku banyak bervideo masakan je kemain ramai je update video pasal masak2 ni kan last2 sekali aku terjebak nak update video memasak ni hahaha tapi bagus jugak dah jadi macam terapi untuk aku supaya rajin2la memasak haha kalau ikutkan aku ni apepun malas haha kalau boleh semua nak ada depan mata sekelip mata tanpa aku buat apa2 haha gaya orang2 kayo je padahal jem kayo pun non ado hihihi

packaging minyak terbaru , menyenangkan


Permulaan mukadimah memang langsung takde kaitan dengan tajuk entri kan hahaha , aku kalau bab nak membebel memang selalu lari tajuk hehe sebab macam2 cerita nak dikeluarkan maklumla dah lama tak mengarang , ni pun aku paksa jugak diri update sebab lepas buat entri ni memang aku busy dengan urusan lain so nak mengarang pulak tu take time jugak bergantung pada mood muahahaha , mungkin sebab hari ni hari jumaat so mood aku berada dalam keadaan terbaik gituu ade kena mengenakah? Hahaha  

tahun ni aku beli beras ni , kurang kanji pastu wangi yang penting 1 senduk je dah kenyang jimat n tahan lama so walaupun harga sedikit mahal tapi berbaloi sebab sebelum ni aku pakai beras biasa sekali masak 5 pot beras tapi beras ni 2 pot beras pun dah cukup n mengenyangkan , jimat n tahan lama



Ok balik pada tajuk entri korang plan bercuti ke mana2 ke? Almaklum cuti agak panjang jugakla kan , aku ni walaupun memanjang je cuti muahahaha tapi takde maknenye busy mengalah tak cukup 24 jam , encik suami pun dah inform beliau pun dapat cuti jugak untuk CNY tak lama lagi tu , tapi aku takla ke mana2 pun , terfikir nak balik kampung tapi memikirkan banyak urusan nak disettlekan baik duduk diam2 je sambil plan aktiviti lain cuti nanti , lagipun tak lama besday encik suami sama pulak besday dengan abah aku , kalau kat kampung boleh jugak keluar2 makan tapi nampaknya tahun ni wish je la uhuk2

Kopi peket macam ni memang menyenangkan sebab tak payah letak gula


Sekarang ni pun musim hujan kan , kawasan rumah aku sekarang ni memang kerap hujan , encik suami nak bukak kipas pun aku tak bagi hahaha , sejuk bawah sikit dari turun salji je hahaha , tapi encik suami tak sejuk mana , lagi kalau kena air huwaaa boleh terketar2 gitu hahaha , patutla kalau kawasan tinggi tak pasang aircond kan sebab sejuk semulajadi , kawasan rumah aku ni bawah sikit je dari kawasan tinggi so kenala tempias2 suhu sejuk tu grrrrrrr



Awal2 tahun tetibe terjumpa restoran jual pulut durian hehe
saje je nak spoil azam baru aku haha


Bila kerap hujan suhu pun sejuk je memanjang , bila sejuk tu memangla lapar je memanjang agaknya sebab tu la aku rajin je nak memasak itu ini , ade sekali tu aku bangun jam 4.30pagi semata2 nak goreng karipap hahahahaha , karipap homemade tau hehe bila lapar mana boleh tidur pasal perut tetiba bagi signal minta makanan hahaha

Ni pun sama restoran yang tak pernah jumpa tetibe awal2 tahun terjumpa dugaan....hahaha ni nasi lemak ayam kampung


Okla korang aku stop dulu nanti rajin aku update lagi ye , korang doa2kanla aku rajin nak menaip ye hehe , oklah korang selamat bercuti ye n enjoy bercuti cny nanti , take care tau , nanti rajin aku update lagi :)


Harap2 azam penjimatan aku betahan hehehe






Sunday 1 January 2017


 



Alhamdulillah kita sekarang sudah pun berada di tahun 2017 ;) , semoga tahun 2017 menjadi tahun terbaik untuk kita dalam semua perkara :) , semua perkara yang positif2 saja :) , perkara2 sebaliknya usah dilayan lagi , asalkan hidup kita sentiasa bahagia , ceria itu sudah mencukupi :).







Ok di mana aku dengan suami pada malam sambutan tahun baru malam tadi? :) , sudah tentu kami berada di dataran bandaraya untuk menyaksikan tembakan bunga api :) , lagi setengah jam sebelum acara tembakan bunga api tu aku dengan encik suami dah siap2 g tapau nescafe panas RM2 dan jugak keropok lekor RM4 serta 3 bungkus roti kecik2 tu RM2.25 hehe :). Wah pandai dah tu kira2 kihkih kata nak berjimat betul2 tahun ni kan ;p. Ntah kenapa sekarang ni aku rasa makan kat luar semua dah mahal so terpaksala aku berkira2 jugak dalam berbelanja di luar kan :). Makan luar sesekali je la kalau ada urusan di luar sebab dalam sebulan tu memang ada beberapa kali aku kena hadir beberapa urusan gitu :).







Sambil tunggu tu kami apelagik makan je la sambil berdiri muahaha :) , aku cakap dekat encik suami kalau datang tempat2 ramai camni macam kat padang ke kenala bawak kerusi lipat haha senang nak duduk sebab semua tembok2 kat situ dah ada orang , kan ada jual kerusi jenis lipat tapi kecik je la boleh bawak macam tu , ok nampaknya memang berguna masa2 mcm ni kan :). Aku selalu juga ke MR DIY tu ada la nampak kerusi lipat tu tapi asyikla fikir perlu ke tak beli , nampaknya memang perlu time2 macam ni la kan :).







Dekat jam 12 tgh malam tu pengacara majlis tu buat countdown , yang best tu orang ramai sama2 mengira rasa seronokla pulak kan sebab semua kaum ada sama2 mengira detik 12 tgh malam :) , bila tembakan bunga api dilepaskan aku memang terkejut sebab betul2  tembakan dilepaskan tak jauh dari tempat aku dengan encik suami berdiri hahaha ;p , terus berdegup jantung aku hahaha ;p , bunga api yang dilepaskan tu pulak betul2 berada tepat atas kepala kami2 yang berdiri jauh sikit dari pentas , aku dalam pada nak ambik gambar asyikla ajak encik suami gerak jauh sikit sebab dalam imaginasi aku kang jatuh pulak bunga api tu atas kepala tak pasal2 masuk paper atau tv muahahah ;0 , tapi encik suami tak nak berganjak sebab beliau cakap mana ada jatuh sebab dorg tembak tinggi kat atas tapi aku dah macam takut so nak tak nak encik suami pun terpaksala ikut aku gerak jauh sikit muahahahahaha ;p , kesian encik suami terpaksa ikut dengan muka 30 sen hahahahaha ;0. Nak buat camno binik awak ni fikir keselamatan jek hihihi penakut pun iye jugak ;p.






Dalam kurang 10 minit tu habisla acara tembakan bunga api , orang ramai pun beransur balik termasukla aku dengan encik suami , sejuk betul suhu malam yelah dah tgh malam kan memang patut pun balik walaupun ramai lagi melepak makan kat gerai2 makan kat dataran tu . Balik sambil hirup udara tahun 2017 hahaha tak payah nak poyo sangatlah ;p.







Sebelum ke dataran tu aku memang dah masak nasi goreng cina so sebab tu tak makan di luar , makan siap2 n solat siap2 baru kuar , baru seronok nak sambut tahun baru bersama2 orang ramai kan :) memang berderetla kereta menuju ke dataran tu , parking memang full house lah :).