CLICK2 :)

Monday, 1 September 2014

TIRED :)




Haku baru je balik dari kampung pagi2 tadi dengan encik somi sama2 berjemaah dengan adik beradik dan juga saudara mara memeriahkan majlis perkahwinan adik lelaki haku yang bongsu.



Letih jangan cakaplah sebab haku anak perempuan sulung so dia punya keje tu nak memastikan semua teratur dan settle memangla cukup2 meletihkan.



yelah mestila kesiankan orang tua yang umurnya semakin meningkat kemudian tak boleh buat keje banyak2 sangat kan so dari dapur sampaila 1 kawasan rumah kenala pastikan semua sempurna.



Tapi bila kita buat semua tu dengan hati yang ikhlas demi nak tolong keluarga letih2 mana pun hati memang gembira bila semua berjalan dengan sempurna n dia punye 1 kepuasan tu tak terucap dengan kata2 :).



Tapi yang terharu n rase semacam tu hari haku nak balik mak haku pulak sungguh2 nak kasi reward kat haku ngeeee
haku macam erkkkk dah kenapa pulak nak bagi reward bukan haku bekerja kat umah keluarga sendiri pun ;p
tapi terpaksala jugak terima lepas mak haku bersungguh2 sampai berlinangan air mata tu nak bagi reward kat haku ;p
lagila haku macam erkkkkk adoilaaaa
tapi takpe sebab haku dah pakat dengan encik somi bagi reward jugak dekat mak abah haku so hati haku tenteram la sket kan ;0.



Perkara yang paling tak best pulak bila dah lama2 kat kampung nak berangkat pulang ke umah sendiri huhu
rase macam tak nak balik pun ade tapi mengenangkan diri punya suami dan jugak kerjaya makanya dengan terpaksa melangkah jugakla kaki keluar dari kampung halaman huhu sedih.



Anak2 buah pulak kemain peluk kuat2 lagila berat rasa kaki nak melangkah tapi apakan daya terpaksala kuatkan semangat balik ke pangkal jalan ;0
dan paling tak best bila nak bersalam dengan orang tua mesti rasa macam nak mengalir air mata tapi terpaksa tahan sebab yelah haku kan agak bertahan disitu ;p  hahahahahahaha tapi bila tengok mak abah haku macam nak mengalir air mata haku pun cepat2 beredar...balik dengan takde perasaan n layan perasaan sensorang tanpa pedulikan encik somi hahahahahaha
tapi sekejap je la kang derhaka pulak biar suami cakap sorang2 kihkihkih ;p
k lah letih2 pun jap lagi nak kuar jugak ni ;p



semalam dekat sehari haku kuar dengan encik somi melawat kawasan abah haku dah call risau lama sangat kat luar padahal kalau kat tempat sendiri seharian sampai malam baru haku balik heeeeee ;p
 (dengar suara abah haku suh balik tu pun dah kecut haku rase heeee)


k lah ade keje sket nak buat nanti kita borak lagi k banyak gambar belum upload nanti haku upload pelan2 k
daaa :)




















































Friday, 22 August 2014

CHEF CILIK MASAK LAGI :)





Ok meh haku kenalkan kat korang salah sorang budak ketiga kecik yang sukeeee sangatttt menyibukkk kat dapurrr time nampak haku ke dapurrr ;p
tak asing lagi makhluk kecik ni namanya chef deykandar ha ha ha ;p
tak dibaginya siap amek sendiri senduk dalam laci senduk2 haku pastu acah2 nak ketuk haku ;p


'nak macakkk...tak agi tok gung satgi haaa...' ;p korang faham2 sendiri la ayat german dia ni kihkihkih ;p
 amboi siap marah2 haku kalau tak bagi dia masak hahahaha ;p
last2 bagi je la periuk nasi tgh rendam ni kat dia ;p




kacau2 dalam periuk kunun2 tgh masakla tu ;p




'dedeeeeellll masak ape tuuuu ;p'

suke haku kacau kosentrasi dia ;p




percubaan nak buat peace masih lagi tak berjaya asyikla terbelit2 jari tu kihkihkih ;p



haaa hamek bagi 2 peace terus he he he :)




k lepas bagi peace 2 terus amek senduk nasi sambung masak ha ha ha ;0




gigih kacau2 senduk tu macam iya2 je tengah masak hihihi ;p




kul berapa ni nak ciap deykandar??? haku tanye ;p
sambil dongak atas kunun tengok jam terus cakap ' aaa kul cembiyan aaaa ' ;p

banyakle ko nye kul cembiyan ;p
gelihati tol haku ;p





mama dia masuk dapur terus cedok 1 bagi mama dia rasa sedap tak dia masak ha ha ha ;p
'ma aca..ma aca..'


mama dia layan je la ;0
amek 1 jari celup terus rasa hmmm tawaq ni buh garam lagi hahahahahahaha ;p
sengih2 dia sambung masak
ngeee tinggi tol imagine dia kunun2 dah betul2 masak letewwww ;p
sengih sungguh2 lak tu ha ha ha ;p




 sekian masakan takde resepi dari chef deykandar ;0






Petang sket haku masak muffin coklat chip
ewah menjadi pulak kali ni :)
cuma adunan kena kurang likat sket la tapi 90% dah jadi n puas hati :)



*credit to google


lebih kurang rupa mcm ni la muffin choc chip haku nyum2 :)



ni resepi muffin choc chip haku buat tadi :)


(A) Masukkan dalam 1 bekas :

--> 1 3/4 cawan tepung gandum
--> 1/4 cawan serbuk koko
--> 1 cawan gula kastor
--> 1 sudu kecil baking powder
--> 1 sudu kecil soda bikarbonat
--> 1/2 sudu kecil garam

(B) Dalam bekas lain masukkan :

--> 1 cawan fresh milk
--> 1 biji telur ( pukul sket )
--> 1/3 cawan minyak / buttercup
--> 1 sudu kecil esen vanila




Masukkan (B) ke dalam (A) kacau2 bagi sebati jangan terlalu likat.

Kemudian sudukan separuh dalam cup dan taburkan choc chip

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit

* untuk memastikan muffin masak cucuk dengan lidi jika licin setelah dikeluarkan menandakan muffin dah masak.