Malam ni kami jalan2 cari makan dekat Aisha DNI Cafe dalam kawasan resort tepi masjid Al Khiriah , ada kolam ikan , itik2 , angsa , arnab macam ala petting zoo tu dengan tanaman2 sebelah belakang tapi kami gi malam jadi tak jalan2 sangatlah lebih pada nak makan malam je
Kami sampai je terus order tapi tak makan dalam cafe pun terus gerak ke meja santai2 tepi kolam ikan lain kali bolehla lepak makan dalam cafe konsep terbuka
Meja makan sebelah kolam mancing je sementara tunggu ikan makan umpan bolehla order makan kat cafe situ , cafe pun kemas & cantik pastu menu pun pelbagai
Kolam yang kecik sikit ni sesuai untuk budak2 rasanya suam2 sikit airnya sebab aku dengar budakyang mandi situ cakap
Kolam yang besar sikit ni aku tengok paras air dia setara dada budak tingkatan 1 jadinya orang dewasa pun boleh mandi kolam ni
Kami pilih menu set yang berharga RM40 ada Talapia 3 rasa , telur dadar , salad , sup sayur pastu air aku ambik kopi o panas manakala encik suami ambik teh o limau panas
Alhamdulillah menu pun sedap lici kami makan hehe pastu jalan2 jap tepi kolam kami pun beredar , insyaAllah ada rezeki boleh singgah sini lagi
No comments:
Post a Comment