Thursday 9 June 2016



Dah ramadan yang ke 3 ( 8/6/2016 ) tapi tgh2 malam baru dapat update maklumla busy hehe tak habis2 busy haku ni,ok la dari busybody kan bulan2 puasa ni muahaha :)


Ok hari ni haku berbuka kat masjid,macam biasa jemaah akan baca doa dulu tapi haku dengan encik somi sampai time orang tengah baca doa muahaha lenkali sila datang awal sket ye ;p 


Masuk  je dalam dewan tu nampak kak eyda lambai tangan ajak duduk sekali dengan group first ramadan berbuka hari tu so terus haku ke situ je la n duduk angkat tangan aminkan doa :)


Elok azan je kami pun berbuka,lepas berbuka kejap tu masing2 terus masuk dalam masjid nak solat maghrib berjemaah pastu baru ke dewan makan semula ambil makanan berat sket makan nasik berlauk la pulak :)


Menu masjid hari ni air teh susu,air sirap,kuih apom,karipap,pulut seri muka,pau,kurma,kari ayam,ikan sambal,sayur kobis lobak merah,timun,sambal belacan,tembikai alhamdulillah siap leh tapau lagi makan untuk sahur ;0 air pun tapau haku amek teh susu panas :)


Dalam masjid haku duduk sebelah makcik ni,borak kejap sebab belum azan isyak,makcik ni cite pasal arwah suami beliau meninggal dalam bulan puasa tahun lepas,pastu ramai juga adik beradik,saudara mara beliau meninggal dalam bulan puasa,masyaAllah kan? meninggal dalam bulan yang mulia moga2 terpelihara dari azab kubur,kan pintu neraka semua ditutup bila menjelangnya ramadan,masyaAllah,mungkin mereka termasuk dalam golongan yang terpilih kan.



Tengok menu atas tu haku ambil ikan dengan ayam ;p,kan tak boleh makan bercampur macam tu tapi hmm haku layan je la ;p 

Borak dengan makcik tadi sampaila azan isyak pastu solatla teraweh kemudian dah settle balik je la,tu yang baru dapat update tu ;0

Oklah nak rehat kejap nanti nak zzzzz plak esok nak bangun sahur pulak

Oklah korang sila tido ye esok nak bersahur wassalam :)



Wednesday 8 June 2016


 


Hari ke 2 ramadan haku berbuka dengan menu param :)

Dekat je dengan umah haku so hujan lebat sebenarnya jam 5 ptg tu tapi dekat2 jam 6 ptg dah tak hujan so haku dengan encik somi terus gerak ke param tu

hmm ape ye nak beli?

Masalah yang selalu berlaku kalau haku plan nak membeli makanan di luar ;p

So sampai2 je param tu terus parking n jalan2 cuci mata sampai ke hujung dulu hehe :)

So bila patah balik tu mula la start membeli

Adela dalam RM20 jugak berhabisan kat param ni

Ape je haku beli?

Menu param hari kedua ni dek kerana tak tahu nak makan ape so just beli ais kacang,air cendol,lepat liat,lepat pisang,kuah masak asam,sayur lemak,kerabu kacang botol,laksa,ikan keli dengan nasik



Dah tu je ;p

So lepat liat dengan lepat pisang tu memang out sket cara masak dia tak berapa kena dengan tekak haku so susah nak habiskan,encik somi pun tapi haku tak buang just letak dalam peti ais mana tahu boleh gigih jugak nak habiskan sahur nanti heee ;p

 Jangan membazir,membazir itu amalan syaitonirrojim... :)

So teraweh hari ni masjid buat 8 rakaat dengan 3 witir ( 2 rakaat dan 1 rakaat )

Selesa tol masjid baru ni tadi haku solat berdekatan aircond ngan kipas huiii sket lagi nak tertido sebab dah termenguap je hihi ;p 

Habis je terus ke kedai runcit beli beras dengan coklat kit kat heee teringin makan coklat plak memalam ni :)



Then tepon mak sedara haku yang ada area umah haku tapi tido hotel plak sebab pak sedara haku ade keje sket al maklumla cikgu :)

Haku ajak datang umah tapi esok katenye nak balik dah umah kat KL tu tapi tengok camne kalau ade mase nak menyinggah jugak umah haku,kena kemas2 umah la ni nampaknye heeee maklumla haku busy sket so umah agak huru hara sketla kan ;p

Oklah rajin plak haku nak update sebab banyak keje nak buat ni hmm tapi sempat je tadi kemas2 dapur lega tengok dapur bersih n kemas :) pastu siap lipat kain semua yang baru angkat tadi tinggal belum iron je lagi mane2 yang kene iron tu tengokla caner esok plak kot :)

Oklah korang ni dekat jam 1 pagi dah ni haku terfikir nak tido ke tak ni sebab jap lg nak bangun sahur lak heee hmm tido je la kejap

Selamat bersahur ye kat korang2 jugak :)




Lauk pauk sahur haku tadi,byk baki2 kuah yang sblm ni tinggal sket2 so habiskan je,mane2 tak habis lg tu boleh bawak ke depan so tinggal lagi masak 1 lauk je dah :) rezeki makanan melimpah2 pulak time ramadan ni alhamdulillah syukur selalu :)


















Monday 6 June 2016



Hari ni hari anniversary haku bersama encik somi yang ke 6 tahun

First ramadan jatuh pada hari annivesary haku dan sepatutnya pada masa ini haku dah berada di satu pulau tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka kami tak dapat terus ke sana hmm takpelah maybe lain kali pulakkan

Kejap je kan 6 tahun? rase macam walaupun 6 tahun masih banyak lagi yang perlu haku pelajari sebab haku rase banyak jugak yang haku masih tak faham karenah encik somi haku ni hehe 

Time haku taip ni dah jam 6 petang,terdengar hujan lebat kat luar hmm plan nak berbuka kat masjid hari ni tapi kalau berterusan hujan tak pasti pulak sebab haku tak masak ni adakah kena masuk dapur masak sekarang sebab lebat tu hujan hmm

Oklah haku taip kejap je ni nanti haku sambung lagi ye malam kang :)




 che hasyim kawan abah haku tengah bagi sedikit ucapan
alamak pakcik perasan ke sy snap gambar pakcik??? hee peace ;0



al kisah lepas azan tu berbuka makan kurma dengan air dulu lepas solat maghrib baru masuk makan nasik tapi haku dah siap2 amek nasik hehe so just tinggal je atas meja tu seb ade ayam golek same so dorang tutup pintu 


dah makcik suh sy amek makanan hehe tapi perasan jugak nape makanan macam tak terusik lagi??? heeee rupenye dorang amek buah2 dengan kueh je dulu ;p



see ayam golek atas setiap meja :)
sedap


haa ni la makanan berbuka hari ni
siap ade lebih lagi pakat ramai2 tapau termasukla haku muahaha

ade makcik ajk tu bawak byk plastik so encik somi isikan so alhamdulillah rezeki sahur kang :)


 oklah nak tido dah jap lagi nak bangun sahur lak almaklum hujan je hari ni kan wassalam....zzzzz




Alhamdulillah selesai malam pertama berteraweh :)
Walaupun azam nak buat penuh tapi tetiba tak terpenuh jugak gara2 perut memulas muahaha :)
Semangat siap awal nak ke masjid lepas tengok cerita Perfect Match kat ntv7 :)



Ramadan tahun ni okla walaupun haku rase seronok lagi kalau dapat balik kampung ber ramadan dengan keluarga tercinta :)
Miss my kampung tercinta :)



Jubah yang haku pakai ni memang labuh kalau nak jalan kena angkat macam cinderella punye gaun so bolehla perasan kejap jadi macam cinderella time angkat kain jubah tu kan muahaha :)

Tapi bila time solat ok sangatla kan sebab labuh so kebarangkalian nak terselak nampak kaki tu takla kan walaupun haku pakai stoking tapi haku pakaila jugak telekung tu

Semangat petang tadi siap iron semua jubah2 n telekung yang nak dipakai khas untuk solat teraweh :)



Encik somi bukan suke sangat nak berselfie ni tapi terpaksa sebab kena paksa dengan binik muahaha :)
Beliau kata : ' Syg suka kan selfie2 ni' ;p
Eh bukan selalu ade time2 jugak,kalau rajin je la kalau tak hmmm haraaapppp ;p
Haku lagi suka selfie gambar makanan jek ;p



Masjid dekat rumah haku ni baru je siap alhamdulillah tahun ni dapatla solat teraweh kat sini sebab sebelum ni solat teraweh dibuat dalam kelas2 pengajian je
Yang jadi pengerusi masjid ni kawan abah haku merangkap qariah masjid
Suci bersih je rupenye time haku tengok beliau berucap kat depan sekali saf lelaki
Rajin ke masjid walaupun subuh hmm subuh warriors ni :)
Boleh dengar sebelum  subuh je mesti dengar bunyik moto beliau :)



Haa saf perempuan kat belakang sempatla haku snap tapi terlupa silence heee ;p

Haku solat tepi makcik yang pakai kerusi tu so luas sketla tak berhimpit2 kan heee 

Time ni tengah call encik somi ajak balik sebab perut memulas muahaha :)

Bayangkan dari rakaat kedua teraweh haku gigih jugak habiskan solat 8 rakaat tu sebelum nak beredar siap msg encik somi ajak balik sekali beliau tak bawak hp pun huwaaaaa ;p

So terus haku ke tepi bahagian pintu masuk lelaki tu kebetulan ade budak lelaki kecik duduk tepi tu haku mintak tolong beliau panggilkan pakcik yang kopiah hijau baju purple tu errrr purple mane budak kecik tu paham muahahaha berkerut dia cakap 'purple??' hee ungu la dik ;p

Sekali bila jemaah lelaki bagi salam encik somi sempat jeling kat pintu masuk haaa bagus terus haku lambai beliau n ajak balik

Sempatla pot pet sebab tak bawak hp n encik somi cakap gi solat takkan nak bawak hp ngeeee ;p esok bawak ye in case tetibe nak balik awal ke kan macam kes perut memulas haku ni heeee ;p

Azam solat teraweh penuh tak kesampaian walaupun semangat dari awal nak buat penuh heee ;p

So mulai esok ade disediakan makan untuk bukak puasa n haku dengan encik somi mungkin akan berbuka di masjid je

Tempat makan belum siap so maybe dorang buat khemah belakang masjid tu dulu untuk berbuka esok ni,haku tengok tempat makan tu teringat dewan makan masa kat uitm dulu muahaha sebijik ;p

Oklah korang haku dah siap masak untuk sahur jap gi cume bangun awal sket goreng ayam je so tido dulu :)



Siap masak air gula pastu tambah 1 sudu perisa rose siap!! hmm sedap buat air sirap sejuk2 time berbuka kalau tak ke masjid :)

Selamat Berpuasa N Berteraweh ye korang2