Thursday 9 June 2016



Dah ramadan yang ke 3 ( 8/6/2016 ) tapi tgh2 malam baru dapat update maklumla busy hehe tak habis2 busy haku ni,ok la dari busybody kan bulan2 puasa ni muahaha :)


Ok hari ni haku berbuka kat masjid,macam biasa jemaah akan baca doa dulu tapi haku dengan encik somi sampai time orang tengah baca doa muahaha lenkali sila datang awal sket ye ;p 


Masuk  je dalam dewan tu nampak kak eyda lambai tangan ajak duduk sekali dengan group first ramadan berbuka hari tu so terus haku ke situ je la n duduk angkat tangan aminkan doa :)


Elok azan je kami pun berbuka,lepas berbuka kejap tu masing2 terus masuk dalam masjid nak solat maghrib berjemaah pastu baru ke dewan makan semula ambil makanan berat sket makan nasik berlauk la pulak :)


Menu masjid hari ni air teh susu,air sirap,kuih apom,karipap,pulut seri muka,pau,kurma,kari ayam,ikan sambal,sayur kobis lobak merah,timun,sambal belacan,tembikai alhamdulillah siap leh tapau lagi makan untuk sahur ;0 air pun tapau haku amek teh susu panas :)


Dalam masjid haku duduk sebelah makcik ni,borak kejap sebab belum azan isyak,makcik ni cite pasal arwah suami beliau meninggal dalam bulan puasa tahun lepas,pastu ramai juga adik beradik,saudara mara beliau meninggal dalam bulan puasa,masyaAllah kan? meninggal dalam bulan yang mulia moga2 terpelihara dari azab kubur,kan pintu neraka semua ditutup bila menjelangnya ramadan,masyaAllah,mungkin mereka termasuk dalam golongan yang terpilih kan.



Tengok menu atas tu haku ambil ikan dengan ayam ;p,kan tak boleh makan bercampur macam tu tapi hmm haku layan je la ;p 

Borak dengan makcik tadi sampaila azan isyak pastu solatla teraweh kemudian dah settle balik je la,tu yang baru dapat update tu ;0

Oklah nak rehat kejap nanti nak zzzzz plak esok nak bangun sahur pulak

Oklah korang sila tido ye esok nak bersahur wassalam :)



No comments: