Tuesday 14 March 2023

MAKAN MALAM DI AISHA DNI AGRO RESORT

 



 Malam ni kami jalan2 cari makan dekat Aisha DNI Cafe dalam kawasan resort tepi masjid Al Khiriah , ada kolam ikan , itik2 , angsa , arnab macam ala petting zoo tu dengan tanaman2 sebelah belakang tapi kami gi malam jadi tak jalan2 sangatlah lebih pada nak makan malam je


 Kami sampai je terus order tapi tak makan dalam cafe pun terus gerak ke meja santai2 tepi kolam ikan lain kali bolehla lepak makan dalam cafe konsep terbuka


Meja makan sebelah kolam mancing je sementara tunggu ikan makan umpan bolehla order makan kat cafe situ , cafe pun kemas & cantik pastu menu pun pelbagai


 Kolam yang kecik sikit ni sesuai untuk budak2 rasanya suam2 sikit airnya sebab aku dengar budakyang mandi situ cakap


 Kolam yang besar sikit ni aku tengok paras air dia setara dada budak tingkatan 1 jadinya orang dewasa pun boleh mandi kolam ni


Kami pilih menu set yang berharga RM40 ada Talapia 3 rasa , telur dadar , salad , sup sayur pastu air aku ambik kopi o panas manakala encik suami ambik teh o limau panas

 Alhamdulillah menu pun sedap lici  kami makan hehe pastu jalan2 jap tepi kolam kami pun beredar , insyaAllah ada rezeki boleh singgah sini lagi 


 


Monday 13 March 2023

SARAPAN DI IPOH STATION CAFE

 


Pagi ni kami cadang sarapan kat cafe ni , lama dah tengok usha2 tapi tak pernah pun singgah jadi hari ni jomlah cuba :) bukak dari 7 pagi sampai 12.30 tengahari je


Masa kami sampai tak ramai lagi datang sarapan jadi bolehla pilih meja makan , lepas dah order tu satu2 pelanggan masuk , hari bekerja pun boleh tahan lagi2 hari minggu kan mesti penuh je :) ruang pun luas banyak meja2

 

Aku kan suka air green tea tak kisahla panas ke sejuk jadinya aku pun order Teh Hijau Leleh ni harga RM6 sekali encik suami pun nak hehe tapi sedaplah :) aku tanya encik suami ade ke org minum yang dalam piring tu hihi encik suami kata ada je :0


Aku pun cubalah Roti Benggali Kacang Pool ni harga RM6.50 rasa? oklah licin aku makan walaupun kacang2 ni aku kurang sikit nak makan sebenarnya :0 

 

Bila dah tanda menu pilihan tu pergi kaunter bayar terus , keseluruhan harga sarapan pagi ni RM30.40 yang jadi mahal menu encik suamilah hehe :0 sesekali ok lah.....................:p


Ni ha menu sarapan encik suami Big Breakfast harga RM11.90 :) nugget tu sedaplah sekali sos2 dia licin jugak encik suami makan hehe

 

Deko dinding kreatiflah tema menu2 yang ada kat cafe ni :) , Alhamdulillah syukur atas rezekiNya kenyang makan roti pun pagi2 

 

Friday 10 March 2023

SANTAI HARI MINGGU DI AIDILBADRI CAMERON

 



Hari minggu aku dengan encik suami ke Cameron , sejuk betul suhu pagi2 , kami cadang nak ikut Tapah tapi tiba2 encik suami lalu ikut Simpang Pulai :0 aku ok je mana2 pun janji suhu best je dua2 jalan heee 


Buah teratai ni aku beli kat gerai2 Lata Iskandar tu berabad tak makan dulu masa kecik ada pokok ni tumbuh tepi pagar jiran sahabat aku masa tu rumah aku tepi pantai je sampai belangkas tu pun aku boleh tangkap2 hidup2 pastu buat unggun api letak je situ agak2 dah diam belangkas tu aku korek makan telur dia sedap weh hehe :0 kalau sekarang ni idokla aku berani pelik kan haha

 


Sejuk betul suhu cameron ni kan kadang2 aku suka kadang2 tak haha tapi ternyata aku suka datang sini berkali2 ;p


Disebabkan aku belum makan nasik makanya aku pilih Nasi Lemak Special berharga RM15 ni :0 rasa sedaplah tapi aku rasa macam banyak je mengah aku nak habiskan hehe maklumla dah remaja purba ni makan pun sikit2 je hehe

 


Banyak pilihan menu dalam ni sampai tak tahu nak pilih :0 semua nampak sedap2 belaka 


Bihun Kari Ayam berharga RM10 pilihan encik suami , rasa sedaplah aku tengok licin je beliau makan hihi :0  

 


Aiskrim AB Special ni memang sedap weh hehe tak mustahil aku akan order lagi kalau datang sini :) harga RM10 dengan suhu sejuk hujan kejap2 pulak kan , hari minggu memang sesak la jalan nak ke Taman Sedia ni hehe bertabahlah...