Thursday 17 July 2014

RAMADAN KE 20




Haku nak cerita tentang 1 keadaan time solat teraweh tadi
eh bukan tadi je tapi tiap2 malam haku perhati je
korang perasan tak,ada la sesekali budak2 selamba je lalu je depan orang tengah solat kan?
pernah tak korang nampak?
ke budak2 tempat korang sopan beradab je?? hehe :)

 
pastu haku terfikir eh budak2 ni kenapa takde rase bersalah lalu depan orang tengah solat kan
kalau nak dibandingkan dengan budak2 dulu dorang ni asal kaki macam nak terlajak depan orang solat je terus ckp 'eh orang solat la' terus patah balik ke belakang atau kalau lari2 dengan kawan2 ke bila nak terlajak lalu depan orang tengah solat je terus akan ade kawan2 tahan n marah kawan2nye 'jangan lalula orang semayang tu'
itu budak2 dulu tapi budak2 sekarang????
lalu dengan selambanye takde rase bersalah pun
hmm
mungkin dorang tak tahu n tak pernah diberitahu kan
so nak elak macam tu orang2 yang tgh solat tu kenala buat sesuatu
macam letak beg atau ape2 penghalang kat depan dia solat kira ok lagi la kan
bukan ape kadang2 mak2 ni kenala bagitahu anak2 mereka betapa tak baik lalu depan orang solat kan
kena ada perasaan hormat orang yang tengah solat
budak2 ni mesti dengar kata mak2 dorang
kalau selalu diberitahu dan diingatkan lama2 melekat la nasihat kat kepala dorang tu
so bila nak terlalu je mesti akan rase bersalah
yelah mesti ajar budak2 beradab dengan orang solat kan
kata nak jadikan generasi depan generasi beradab kan :)
kenela mule dari sekarang :)





dapat berita pesawat MAS MH17 ditembak jatuh?
terhempas di sempadan ukraine-russia
kawasan konflik antara russia dengan pemberontak bersenjata (pihak pemisah) ukraine 
pesawat ni membawa seramai 295 penumpang termasuk anak2 kapal 
mereka dari amsterdam ke kuala lumpur
Ya Allah apela salah mereka ni...
Semoga Allah S.W.T memelihara Malaysia dari agenda pihak2 yang beragenda tidak baik terhadap negara2 islam amnya dan Malaysia khususnya
Amin.  



k
nanti sambung update lepas raya ye sebab haku akan balik kampung :)
komputer tak bawak tinggal dekat encik hubby 
dekat kampung line tak berapa nak ade hehe
selamat berpuasa,berteraweh dan selamat hari raya in advance kat korang2 ye :)











Wednesday 16 July 2014

RAMADAN KE 19





Yahooo eh yahuuuuuuu ;p

balik kampung ohohoho balik kampung hati girang :)

sape tak suke balik kampung kan? :)

kalau boleh nak duduk kampung jek :)

dekat2 nak raya ni best je balik kampung n berpuasa jugak bersahur bersama keluarga

raya tahun ni haku dengan encik somi bahagi 2

sorang balik raya kedah sorang balik raya ganu ;0

wow hebat tak? hahaha

yelah masing2 sebelum ni ikut sistem giliran so disebabkan masing2 dah lama sangat tak balik kampung masing2 makanya raya ni bagi chance la kedua2 balik kampung masing2 :)

lagipun bulan 8 adik haku kawen so banyak jugak hal kena uruskan kat kampung tu

yelah orang tua pun dah meningkat umur dah tak larat sangat nak urus itu ini kan

so takpe biarla anak2 je buat semua ibu bapa rehat je kan :)

arif,aidil,ammar tunggu ye mak ngah balik rindu bangat :)

adam,aidina,ujey,alimin nanti datang umah tok bukak posa sama2 k hehe 

erkk korang pose ke??? ;0

happynye :)

selalu dekat2 nak raya ni abah haku beli mercun eh bunga api yang simple2 tu je bagi dorang main kat hall umah

 ape yang penting nak makan masakan ibunda la kan

walaupun tak secanggih restoran tapi itula yang paling sedap kat dunia ni kan :)

 sebenarnye kan best je orang2 yang dapat duduk sefamily kan boleh tengok2kan ibu bapa masing2
kalau duduk jauh pun dapat balik seminggu sekali pun dikira bagus dah :)
takpelah nanti haku nak pindah jarak dekat sket la dari sekarang kan kalau nak balik kampug tu
hmm semalam haku busy betul habiskan buat kueh raya 
dapatla dalam 4,5 jenis jugak :)
yelah nak agih2kan bawak balik kampung kedah sket balik kampung ganu sket dengan untuk umah sendiri
tahun ni kira haku pandai sket la buat kueh raya
sket je tak banyak sangat hihihi ai is bukan chef pastry ok kena belajar banyak2 lagi ;p
tapi kali ni bila makan tu puas hati la kan
tido pun sejam dua je lepas tu kena bangun masak untuk sahur pulak
pagi tadi sahur haku just buat sup sayur dengan ayam bakar dah senang n sedap kihkihkih ;p
ayam bakar tu haku just gaul pakai garam,serbuk kunyit,serbuk kari ayam,rosemary,serbuk lada hitam
tak sempat perap pun terus masuk dalam oven bakar dalam oven je suhu 220 darjah celcius selama 30-45 minit jek
pagi2 memangla blur kalau kena fikir nak masak hape
tapi senang je kalau masak time nak berbuka tu masak je banyak2 so bila bangun sahur bolehla panaskan je kan tak payah nak fikir2 dahla time bangun tu otak blur2 jek ;p
hmm haku kan kalau balik kampung tu seronok sangat tapi bila dah sampai kena balik umah sendiri mulela sedih nak tinggalkan kampung :) hehe
yelah duduk kampung seronok dikelilingi family kan :)
duduk umah sendiri seronok jugak 
tapi kalau dapat duduk semua sekali lagila berganda seronokkan :)
k lah nanti haku update lagi
banyak keja nak settle ni :)



bungkusan kueh raya dah siap dipacking2 hehe :)
untuk family dan mertua



korang tgk tak berita obama kata apa 
beliau rasa bangga dron yang amerika bekalkan kepada 'israel' dapat menyelamatkan warga 'israel' dari ancaman roket pejuang hamas
pastu beliau kata 'israel' ada hak pertahankan negaranya dari serangan balas pejuang hamas

haku tak faham hak penceroboh negara palestin dibolehkan kah?????

perompak masuk rumah korang pastu cakap pasal hak dia merompak umah korang
memang tak waras dan tak masuk akal langsung

umat islam sila sedar cepat2
jadilah seperti umat islam zaman dulu2
umat islam dulu kuat agama,berani dan musuh memang gerun dengan kekuatan umat islam dulu
tapi umat islam juga jadi pelindung orang2 bukan islam yang tak menentang islam
ape yang berlaku sekarang menunjukkan kelemahan umat islam
so umat islam kena kembali bersatu dan berhati2 dengan agenda licik musuh islam yang sentiasa mencari jalan supaya umat islam tidak bersatu














Tuesday 15 July 2014

RAMADAN KE 17




ASAM PEDAS IKAN PARI

bawang besar
bawang putih
kunyit hidup
halia

(blend n tumis)

cili giling
(tumis)

rempah
lada hitam
jintan manis
jintan putih
(tumbuk n tumis)

air

bunga kantan
serai
bendi
daun kesum

ikan pari

garam & gula



sebenarnye haku memang tercari2 resepi buat asam pedas yang sedap
yang haku teringat haku pernah makan sepupu haku buat memang sedap
tapi haku buat macam tak same je dia buat :)
so tertengok tv cara2 buat asam pedas ikan pari tu dalam rancangan 5 perencah 5 rasa
eh macam sedap je dia buat
resepi macam kat atas tu
hmm nanti nak cubelah
resepi orang melaka katenye mesti sedap ni :)


eh tadi member haku orang melaka call
tapi haku tak sedar dia call
kebetulan lak :0




Israil adalah Nabi Allah yang mulia dan dicintai-Nya. Dia adalah Yakub bin Ishak bin Ibrahim alaihimussalam.

 Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin. Sebab jika menggunakan Israel dikhuatiri akan memberikan imbuhan laknat, celaan, cercaan kepada seorang Nabi Allah iaitu Yakub. Jika pun terpaksa menggunakannya kerana tuntutan konteks jurnalistik maka menyebut itu dengan tanda petik 'Israel'.




tadi cik farah kata nak bagi ayam masak kicap goreng berempah :)
alhamdulillah rejeki
bolehla haku bagi dadih sebab semalam kan buat byk dengan bagi rasa kueh raya yang haku buat tu :)
so juadah berbuka jap lagi hmm ape eh? masak pun belum ni sebab sambal petai ikan bilis dengan sup sayur ade lagi
malas pulak nak masak hari ni
sebab nanti nak gi beli bahan2 kueh sket lagi
ingat nak tambah kueh biskut susu tu lagi sebab macam sikit sangat pulak
ni tak raye asyik bukak n ngap je dah bile sampai raya dah tinggal sket cane tu?? ;p
nak kena seal nampaknye pakai selotape hehehe 






Ayam masak kicap berempah dari cik farah
sedap sampai licin haku ngan encik somi makan hahaha
cik farah kate boleh makan time sahur same
tapi time berbuka dah licin pun kihkihkih ;)



kueh ni beli kat bazar
beli jugak 1 plastik kat cik farah
sedap rm2 je ni :)