Wednesday 16 July 2014

RAMADAN KE 19





Yahooo eh yahuuuuuuu ;p

balik kampung ohohoho balik kampung hati girang :)

sape tak suke balik kampung kan? :)

kalau boleh nak duduk kampung jek :)

dekat2 nak raya ni best je balik kampung n berpuasa jugak bersahur bersama keluarga

raya tahun ni haku dengan encik somi bahagi 2

sorang balik raya kedah sorang balik raya ganu ;0

wow hebat tak? hahaha

yelah masing2 sebelum ni ikut sistem giliran so disebabkan masing2 dah lama sangat tak balik kampung masing2 makanya raya ni bagi chance la kedua2 balik kampung masing2 :)

lagipun bulan 8 adik haku kawen so banyak jugak hal kena uruskan kat kampung tu

yelah orang tua pun dah meningkat umur dah tak larat sangat nak urus itu ini kan

so takpe biarla anak2 je buat semua ibu bapa rehat je kan :)

arif,aidil,ammar tunggu ye mak ngah balik rindu bangat :)

adam,aidina,ujey,alimin nanti datang umah tok bukak posa sama2 k hehe 

erkk korang pose ke??? ;0

happynye :)

selalu dekat2 nak raya ni abah haku beli mercun eh bunga api yang simple2 tu je bagi dorang main kat hall umah

 ape yang penting nak makan masakan ibunda la kan

walaupun tak secanggih restoran tapi itula yang paling sedap kat dunia ni kan :)

 sebenarnye kan best je orang2 yang dapat duduk sefamily kan boleh tengok2kan ibu bapa masing2
kalau duduk jauh pun dapat balik seminggu sekali pun dikira bagus dah :)
takpelah nanti haku nak pindah jarak dekat sket la dari sekarang kan kalau nak balik kampug tu
hmm semalam haku busy betul habiskan buat kueh raya 
dapatla dalam 4,5 jenis jugak :)
yelah nak agih2kan bawak balik kampung kedah sket balik kampung ganu sket dengan untuk umah sendiri
tahun ni kira haku pandai sket la buat kueh raya
sket je tak banyak sangat hihihi ai is bukan chef pastry ok kena belajar banyak2 lagi ;p
tapi kali ni bila makan tu puas hati la kan
tido pun sejam dua je lepas tu kena bangun masak untuk sahur pulak
pagi tadi sahur haku just buat sup sayur dengan ayam bakar dah senang n sedap kihkihkih ;p
ayam bakar tu haku just gaul pakai garam,serbuk kunyit,serbuk kari ayam,rosemary,serbuk lada hitam
tak sempat perap pun terus masuk dalam oven bakar dalam oven je suhu 220 darjah celcius selama 30-45 minit jek
pagi2 memangla blur kalau kena fikir nak masak hape
tapi senang je kalau masak time nak berbuka tu masak je banyak2 so bila bangun sahur bolehla panaskan je kan tak payah nak fikir2 dahla time bangun tu otak blur2 jek ;p
hmm haku kan kalau balik kampung tu seronok sangat tapi bila dah sampai kena balik umah sendiri mulela sedih nak tinggalkan kampung :) hehe
yelah duduk kampung seronok dikelilingi family kan :)
duduk umah sendiri seronok jugak 
tapi kalau dapat duduk semua sekali lagila berganda seronokkan :)
k lah nanti haku update lagi
banyak keja nak settle ni :)



bungkusan kueh raya dah siap dipacking2 hehe :)
untuk family dan mertua



korang tgk tak berita obama kata apa 
beliau rasa bangga dron yang amerika bekalkan kepada 'israel' dapat menyelamatkan warga 'israel' dari ancaman roket pejuang hamas
pastu beliau kata 'israel' ada hak pertahankan negaranya dari serangan balas pejuang hamas

haku tak faham hak penceroboh negara palestin dibolehkan kah?????

perompak masuk rumah korang pastu cakap pasal hak dia merompak umah korang
memang tak waras dan tak masuk akal langsung

umat islam sila sedar cepat2
jadilah seperti umat islam zaman dulu2
umat islam dulu kuat agama,berani dan musuh memang gerun dengan kekuatan umat islam dulu
tapi umat islam juga jadi pelindung orang2 bukan islam yang tak menentang islam
ape yang berlaku sekarang menunjukkan kelemahan umat islam
so umat islam kena kembali bersatu dan berhati2 dengan agenda licik musuh islam yang sentiasa mencari jalan supaya umat islam tidak bersatu














No comments: