Monday 13 February 2023

SANTAI PETANG DI GAZEBO ABG NASH

 


Alhamdulillah petang ni berkunjung lagi kami ke Restoran Gazebo Abg Nash buat kali kedua :) tu pun sebab aku terbayang2 nak makan kueyteow goreng lepas borak dengan kawan aku Kak Chaq yang tengah nak masak kueyteow goreng kat rumah beliau hehe :) aku bagi pilihan kat encik suami samada nak makan kat lotus food court atau gazebo abg nash sekali beliau bawak sampai ke restoran abg nash ni :) aku jenis ok je makan mana2 janji menu tu sedap :) 


 Elok dah duduk meja luar ni aku order kueyteow goreng dengan telur mata RM11.40 manakala encik suami order bihun goreng dengan telur mata RM11.40 pastu air pulak aku order Green Tea Susu RM3.30 dan encik suami order Teh O Limau RM3.50 , Alhamdulillah puas hati dengan menu2 sini setakat ni :)

Kali ni kami santai makan kat bahagian luar pulak :) hari tu kat bahagian dalam , terpulang pada mode masa datang tu camna hehe

Dah habis makan semua duduk jap setengah jam rehat2 elok jam 7 petang kami pun beransur pulang :) Alhamdulillah....syukur selalu atas rezeki dariNya...:) 

 

Friday 10 February 2023

SANTAI SEHARIAN DI TAMAN HERBA PERAK

 


Alhamdulillah setelah sekian lama tempat ni wujud baru kali ni aku jejak masuk pada hari Rabu 8/2/2023  jam dekat 11 pagi :) cian kan kat aku ni ingat biashe2 je rupanya sebaliknya heeee :0


Selalu aku rasa dalam ni mungkin ada pokok2 herba saja :0 takde apa yang menarik pun tapi rupanya salah sama sekali weh ;0 tak mustahil aku akan masuk sini berkali2 lagi :)


 Tiket masuk RM10 dewasa dan kena pakai gelang ni :) 

 

 
Dah pusing2 1 kawasan taman herba ni nampak kerusi meja berpayung dekat cafe The Treasure apalagi dudukla sekejap :0


Tenang je kawasan ni best jugak duduk2 sini sambil tengok pemandangan sekitar cafe pun dekat boleh order makan sini kan hehe lain kali lah :0

 Bestnyalah hidup kalau hari2 dapat santai macam ni kan? :0 hehe syukur dapat sekali sekala pun jadilah dapat masuk sini :)

 

 Nun hujung sana ada beberapa pemancing sedang memancing :) lain kali bolehla bawak pancing pulakkan berkelah situ :0 tempat aku berdiri ni tepi surau je , bayaran memancing sehari dalam RM5 aku rasa

 Ada pondok jugak mungkin salah satu tempat memancing , pondok diperbuat dari buluh memang tahanlah duduk kan :)


 Dalam kawasan pokok2 herba , macam2 herba dapat jumpa sini , serius sebenarnya herba2 yang Allah S.W.T jadikan ni sesuai dengan jasad manusia sendiri cuma kita lebih suka guna bahan2 kimia yang memberi kesan sebaliknya

 Setiap yang Allah S.W.T jadikan pasti ada khasiatnya yang tersendiri tunggu manusia je buat pelbagai kajian herba2 ni :)

 Ada buaian dalam kawasan herba2 tu tapi aku tak naik pun :0 banyak lagi nak jalan2 kat luar tu :)

 

 Selasih siapa je tak tahu kan? :) penyejuk badan :) biasa kerap buat masa bulan puasa ramadhan :)

 Malberi ni abang aku ada tanam kat rumah beliau rupanya banyak khasiat sedap buat jus kan :)


Banyak jugak ilmu2 herba aku dapat kat sini sebab aku rasa aku memang minat apa2 kaitan dengan herba dari dulu :) ni nak keluar dah , jom teruskan tinjauan

 

 Lada hitam memang banyak khasiatnya kan? :)


Bunga Ros selain cantik ada kegunaan tersendiri

 


Banyakkan khasiat jambu batu ni , bukan buah je kita makan daun pun boleh :) 


Ada jugak kolam kanak2 tapi sebelum nak guna mungkin kena bagitahu pihak taman herba ni bolehla dorang cuci2 sikit untuk kegunaan budak2 yang nak mandi situ


Kawasan berkhemah pun ada sini dekat dengan bilik2 villa jugak ada unggun api kerusi panjang pemandangan tasik memang seronoklah aku rasa :) bila eh aku nak pi khemah2 situ? kena bincang2 dulu dengan yang lain :0
 

 Tengok2 tapak khemah , bagi aku macam ok & tenang je pemandamgan sekitar ada polis bantuan akan tengok2kan kalau bermalam di sini jadi insyaAllah semuanya selamat malam2

 Encik suami tengah rancang nak memancing agaknya hihi :0 boleh beliau tanya pegawai pengurusan situ kalau nak menjala boleh ke? ;p

 Ni depan The Treasure Cafe jomlah bergambar jap :) ayah aku dulu ada skuter macam ni tapi mungkin beliau dah jual , masa tu aku sekolah rendah lagi dalam darjah 4 atau 5 di S.KA.A.T :)

M

 Masuk cafe encik suami  nak cuba Herbal Tea Set Misai Kucing harga RM8 ni manakala aku cuba Flat White Coffee RM9 masa kami masuk ada sorang staff , pegawai pengurusan dengan anaknya tapi kat luar ada pegawai2 lain tengah mesyuarat pastu masuk sambung mesyuarat kat dalam cafe pulak sampai dorang keluar kami belum2 keluar haha :0 bukan apa santai2 je sementara waktu keluar jam 5 petang , memang seharianla kami kat sini tinjau2 kawasan hehe

Alhamdulillah tenang & santai je lepak dalam Taman Herba ni seronok bila hidup tak terkejar2 perihal dunia kan yang penting yakin Allah S.W.T sentiasa bersama kita sentiasa dengar permintaan kita buat hati kita akan rasa tenang selalu Alhamdulillah... lagi2 bila tengok alam ciptaanNya ni :) 


Kami minum2 je sebab pagi tadi dah sarapan nasik :) kalau tak boleh je sarapan sini sebab ada menu nasik goreng dengan roti canai hmm dah tahu senangla kan pasni :0


 Depan ni laluan jemaah lelaki pastu bagi jemaah wanita laluan sebelah belakang kiri ada tempat wudhuk jugak disediakan senang kan? tak payahla kita cepat2 jalan tengok kawasan boleh santai2 je sebab ada surau & cafe jugak toilet , toilet pun bersih & lengkap

 Masa ni dah keluar dari Taman Herba singgah kedai makan depan tu aku order Nasi Goreng Kampung Telur Mata dengan air Limau Asam Boi manakala encik suami order Mee Kari dengan Teh o Limau suam , Alhamdulillah sedap kat tekak masing2 :0 tak lama hujan pun turun , Alhamdulillah....:)


Tuesday 7 February 2023

RESTORAN TERAPUNG ANAK PERAK

 


Lama aku tak menaip kan :0 malam ni aku rasa nak menaip pulak sambil melayan anak kucing yang asyik nak menggigit ajak lawan2 tu haha nantilah aku update pasal anak kucing aku ni tak terbuat2 lagi entri untuk dia :0 jom terus baca 


Tak pernah2 nak singgah restoran ni sebelum ni ingat tutup ke rupanya bukak dari jam 9 pagi sampai 11 malam hehe asal aku tak pernah singgah sini eh? :0 tu pun bila urusan kami dah selesai rasa macam nak makan santai2 je lalu sini jadi jomla cuba :)

 


Laluan masuk restoran , luas kawasan dia memang sesuailah nak santai2 makan sini menu pun banyak kena scan QR Code untuk order rambang matalah tengok menu2 yang ada hihi ;0 aku memang jadi tak tahu nak pilih menu byk2 ni heeee 

 Encik suami cuba makan bihun singapore ( RM7 ) ni rasa dia sedaplah kat tekak aku bolehla order kalau datang lagi sini kan :)

 


   Lychee kang ni lama aku tak makan tu yang order je lah :0 ( RM7 ) 

 Asalnya aku order Satay Kambing tapi takde pulak masa tu jadi aku tukar fish & chip je lah sebab rasa kenyang lagi makan nasik pagi tadi :0 rasa pun sedaplah kat tekak aku :) sambil tengok ikan lompat2 dalam tasik depan tu :0

 


Alhamdulillah selesai makan jomla balik dah maghrib pun :0 nak tenang makan elokla datang awal atau lepas solat kan hehe tapi kalau ada surau kat sini bolehla lama2 sikit duduk2 :>