Monday, 13 February 2023

SANTAI PETANG DI GAZEBO ABG NASH

 


Alhamdulillah petang ni berkunjung lagi kami ke Restoran Gazebo Abg Nash buat kali kedua :) tu pun sebab aku terbayang2 nak makan kueyteow goreng lepas borak dengan kawan aku Kak Chaq yang tengah nak masak kueyteow goreng kat rumah beliau hehe :) aku bagi pilihan kat encik suami samada nak makan kat lotus food court atau gazebo abg nash sekali beliau bawak sampai ke restoran abg nash ni :) aku jenis ok je makan mana2 janji menu tu sedap :) 


 Elok dah duduk meja luar ni aku order kueyteow goreng dengan telur mata RM11.40 manakala encik suami order bihun goreng dengan telur mata RM11.40 pastu air pulak aku order Green Tea Susu RM3.30 dan encik suami order Teh O Limau RM3.50 , Alhamdulillah puas hati dengan menu2 sini setakat ni :)

Kali ni kami santai makan kat bahagian luar pulak :) hari tu kat bahagian dalam , terpulang pada mode masa datang tu camna hehe

Dah habis makan semua duduk jap setengah jam rehat2 elok jam 7 petang kami pun beransur pulang :) Alhamdulillah....syukur selalu atas rezeki dariNya...:) 

 

No comments: