Sunday 24 July 2022

KUEYTEOW SUP & MEE KARI

 


Semalam aku rasa macam tak nak makan malam sebab rasa kenyang lagi makan tengahari pastu ingat nak terus balik rumah je lah encik suami pun kata mengantuk dah tak larat nak singgah mana2 aku pun ok lah jom terus balik rumah.....

Sekali ehhhh singgah kedai dekat rumah heee encik suami rasa nak makan mee kari hmmm makanya aku pun order je lah kueyteow sup dengan teh tarik encik suami teh o  limau suam...

 


Lepas makan semua terus balik rumah....walaupun letih & ngantuk tapi tak boleh nak tido pun dekat jam 2 pagi lebih baru tertido 😊

 

Thursday 21 July 2022

BRUNCH DI HOTEL SERI MALAYSIA IPOH

 


Lepas selesai urusan luar kami terus ke hotel seri malaysia sebab nak sarapan pagi , lapar pulak sebab belum makan kan hehe asalnya nak cuba menu baru tu tapi belum siap yang ada buffet breakfast je tu pun tinggal sikit2 je lagi pastu bila encik suami nak makan mee goreng yang ada situ aku pun ok je lah makan sarapan situ malas dah nak keluar balik cari tempat makan terus aku order air lemon panas dengan nescafe ais untuk encik suami pastu ada je air kopi , teh dengan air anggur situ tapi jap2 lagi bolehla nak tambah2 kan


 Aku ambik nasik goreng , mee goreng , sosej , salad , timun , kek pisang dengan beberapa sos pencicah


 Encik suami lepas makan nasik goreng , mee goreng , kek pisang , cucur bilis , agar2 , tembikai beliau tambah mee kari pulak haha kemain kan makan tu tapi kami je tengah makan situ aman damai santai betul nak makan tenang2 kan Alhamdulillah hehe


 Balik dari makan2 kami singgah kedai runcit jap beli agar2 sebab nak masak agar2 bandung memandangkan ada beberapa tin susu cair yang beli hari tu , senang je kan masak agar2 ni bahan2 macam air , agar2 , gula batu madu , kordial sirap f&n tu dengan susu cair dah , kalau ada daun pandan boleh simpul masukkan dalam periuk tapi malas pulak nak ke belakang jadinya tak masuklah ha ha bila dah siap masukkan dalam bekas biar kejap baru sejukkan dalam peti ais hmmm sedapnya makan sejuk2 bila cuaca kat luar tu panaskan...Alhamdulillah ❤

Tuesday 19 July 2022

NASI HIMPIT KUAH KACANG AYAM SPICY

 


 Aku memang kalau masa sarapan je selalu blur nak masak atau makan apa haha aku suka sarapan yang sedap kat tekak aku kalau makan luar tu selalu je tak kena sana sini maklumla orang lain yang masak kan mesti ikut cara dorang heee haa pagi ni kebetula  ada bahan2 nasi himpit kuah kacang ayam spicy ni jadilah menu pagi ni tambah teh o panas2 huiii kenyang Alhamdulillah syukur....


 Kuah Kacang jenama Jamilah Mansur sedap & tak pedas


Ayam goreng spicy sedap dimakan panas2 


 Nasi himpit tengah berenang2 dalam periuk ha ha


 Nasi himpit kuah kacang ayam spicy ni sesuai dihidang dengan teh o panas2 kan? lagi2 masa gi berkhemah mengadap sungai atau air terjun hehe

LETRIK PADAM 1 TAMAN

 


Korang bayangkan dekat2 tengah malam elektrik padam 1 taman?🤣🤣🤣 dengan cuaca agak panas ni dah jam 1.18 pagi masih belum ada letrik berkipas tangan uiiiii....jam berapa nak ada balik letrik ni?


 Alhamdulillah ada 2 ketoi ni bercahaya sikitlah dalam rumah ha ha tapi lepas ni aku kena beli kipas bateri lah panas uiiii kipas pakai kulit kadboard je ni.....nanges 😂 bayangkan bateri hp tinggal 18% je ni heeeeee

Update : Alhamdulillah jam 1.36 pagi elektrik ada balik huiii cepat2 den charge apa yang patut ha ha nak kena cari power bank super plak la pasni kan hehe 

 

Thursday 7 July 2022

MAKAN MALAM DI WARTEG IPOH

 


Semalam aku dengan encik suami jalan2 cari makan lagi sekitar ipoh , mulanya kami ke T.K.K bersebelahan gerbang malam tu tapi lepas tu kami pusing2 cari tempat makan , rupanya ada je tempat2 makan tersembunyi sekitar gerbang malam yang aku belum terjah makan ha ha lepas ni tau la kan sebab kami ni memang suka gi makan2 tempat berlainan , untuk malam hari tu kami singgah makan di Warteq Ipoh 


Ada jugak beberapa pelanggan tengah makan tapi lepas kami masuk tak lama makin ramai datang makan , alhamdulillah dapatla meja yang bersesuaian dengan aku yang berniqab ni hihi 


Makan ringkas2 je waktu malam aku order kueyteow goreng , telur mata dengan air lemon asam boi pastu encik suami order chicken chop dengan teh o limau , memang sedaplah menu2 situ menurut tekak aku 😄👍 


Chicken chop encik suami aku rasa sikit sedaplah rasa macam nak je order 1 lagi chicken chop tapi ingat diri hahaha tu pun lambat nak abiskan makanan aku yelah aku makan lambat sket maklumla memghayati rasa makanan hihi


Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T atas rezeki dariNya , Allah mengingatkan kita mesti sentiasa bersyukur selalu padaNya nanti Dia akan tambah lagi rezeki kat kita kan....Syukur selalu.....lepas makan dah ngantuk pulak camtu la jadi lepas makan hehe.....dah jom balik ke pangkal jalan......  

Wednesday 6 July 2022

ASAM PEDAS IKAN DENGAN BENDI DAN TOMATO

 


 Masak asam pedas ni sebenarnya macam2 cara pastu guna bahan2 yang berbeza kan 😃 macam mak aku memang ringkas je cara masak dia seingat aku sebab aku yang banyak tolong mak aku masak kat dapur dulu , mak aku guna cili kering , bawang merah , jintan manis , air , asam keping , garam pastu masuk ikan dengan bendi tu je tapi bila aku dah besar memang macam2 cara masak asam pedas aku jumpa dan aku memang seorang yang suka mencuba pelbagai resepi masakan walaupun sekarang aku jarang memasak bila datang rasa nak masak tu haaa puas hati lah makan air tangan sendiri kan hehe

Oklah jom tengok aku masak asam pedas hari ni guna resepi dari blogger jugak puan Azie Kitchen , komen pertama ok menu asam pedas beliau memang sedap 😊👍 harum mewangi dapur aku masa menumis bahan2 masak asam pedas ni 


 Bahan2 tumis asam pedas ni bawang besar , bawang kecik , kunyit hidup , lengkuas , bawang putih , cili kering dengan air kisar hancur semua


Tumis serai yang diketuk dulu pastu masuk bahan2 kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak memang kena guna banyak sikit minyak sebab nak bagi sambal masak betul2 baru sedap lepas pecah minyak korang boleh cedok buang lebihan2 minyak tu 


Pastu aku masukkan ikan kembung belah 2 sebab besar sangat hehe aku gaul2 dalam seminit sebab nak bagi ikan serap kuah sambal tu baru lah sedap kan 😊👍

 


 Pastu masukkan air agak2 korang nak banyak mana ,  masukkan jugak garam dengan asam jawa biar mendidih jap


Lepas tu masukkan bendi , tomato dengan bunga kantan belah 5 


 Kemudian masukkan daun kesum


Perlahankan sikit api & reneh jap dalam 10 minit 


Alhamdulillah dah siap pun 😊👍 

 


Bismillah...jom makan , aku hidang sekali dengan telur goreng pastu buat teh o panas2 huiiiiiiii sedapnya lah asam pedas kan hehe pasni boleh cuba cara lain pulak masak asam pedas 

 

Sunday 3 July 2022

DAY 2 : SANTAI DI M&Z HOMESTAY CAMERON

 


Hari kedua aku bangun awal siap boleh dengar azan subuh dari bilik inap desa pastu siap bancuh milo o panas2 sambil buka tingkap bilik tenang je suasana pagi2 dengar jugak ada tazkirah pagi dekat surau al hidayah dalam taman sedia ni 


 aku betul2 suka suasana pagi kat cameron ni beruntung orang yang dapat tinggal kat sini kan tapi itulah aku tak boleh sangat dengan suhu sejuk situ hehe sesekali bolehlah layan heeee



 Cantikkan bunga2 yang ditanam sekitar homestay ni 

Kemudian kami keluar gi sarapan pagi di Y&Z Farm Restaurant dalam kawasan taman sedia jugak tak jauh mana pun dari bilik kami tapi lewat sikitlah gi makan pun masa ni kenderaan dah mula banyak masuk mungkin dorang pun datang nak makan2 sini jugak


 Masa ni tak ramai sangat mungkin ada yang datang lagi awal sebab nasik lemak dah habis katanya 

Aku order laksa penang ( RM8 ) , scone plain ( RM5.50 ) dengan scone raisins (RM6 ) , pure new zealand butter , Strawberry Jam , strawberry milk tea hot ( RM5.50 ) manakala encik suami order mee kari ( RM8 ) dengan teh o lemon hot (RM3 ) serius ok aku rasa scone dengan mee kari sini sangat sedap pada tekak aku pastu aku heran kenapa aku tak pernah masuk makan sini sebelum ni? hehe lepas kenyang makan terus bergerak balik inap desa sebab nak check out


Lepas kemas2 apa yang patut kami check out awal sikit dalam jam 11 pagi sebab nak gi jalan2 area brinchang pastu masuk kawasan kea farm apartment tu tengok2 dekorasi situ



 Mesti lagi cantik waktu malam kan kat sini bila dah pasang lampu semua


 

Lepas jalan2 sekitar situ kami gerak turun ikut Tapah sempat singgah jap di Sky Agro Farm Highlands lepak jap tepi kedai tu makan Biscoff Cake dengan White Coffee sebelum bergerak turun 



Masa turun tu memang banyaklah kenderaan turun naik

Kesimpulannya Cameron Highlands memang tak jemu datang berkali2 sebab suasana dengan suhu sejuknya memang mengundang rasa santai & tenang je kan hehe 

 

DAY 1 : SANTAI DI M&Z MELATI HOMESTAY CAMERON HIGHLANDS

 


Al kisah Sabtu 2/7/2022 aku dengan encik suami naik Cameron Highlands ada beberapa urusan sikit tapi kali ni kami booking siap2 takut takde bilik hehe jadinya kali ni kami bioking M&Z Melati Homestay dalam kawasan Taman Sedia tu , sampai je masuk awal dalam jam 12 tengahari sebab bilik ada kosong kat inap desanya lepas tu kami gi makan tengahari dekat Restoran Pak Leh Chicken Rice dekat Tanah Rata sebelah bangunan Sunbirds Hotel yang aku menginap hari tu , suhu jangan cakaplah sejuk weh air dah macam air sejuk dalam peti ais bila tiba malam dah macam ais dah ha ha pijak lantai pun seram 18°C kot heeee stokin tak bawak memanglah kena bawak lepas2 ni sebab aku tak tahan sejuk sangat tapi ada hati nak naik homestay atas rasa kabus2 malam tapi encik suami dah tak nak pulak jadi masuk bilik je lah sambung makan tadi kat Anjer Restaurant dekat je dengan jalan nak ke pasar malam Golden Hill tu kedainya bertentangan dengan Casa De La Rosa Hotel

Sarapan merangkap makan tengahari kami kat Restoran Pak Leh Chicken Rice kat Tanah Rata bersebelahan bangunan Sunbirds Hotel tu , aku ambil nasi , telur masin , kerabu mangga , sambal belacan , masak lemak daging salai , air teh tarik manakala encik suami ambik ikan bakar dengan daging masak kicap , air teh o limau suam semuanya harga RM38.50

Sampai dah masa ni kat M&Z Melati Homestay

Korang boleh hubungi no tu mana tahu korang nak rasa menginap kat sini pulak kan , memang sejuk suhu kat sini lagi2 waktu malam 18°C bawaklah baju sejuk , stokin tebal2 hehe macam aku tak bawak stokin tebal haa ambik masalah sket nak rasa suam2 sikit bawah selimut tilam tu

Bilik aku pertama yang turun dari tangga tu dinamakan sebagai Inap Desa tapi bagi aku selesa lah aku dapat 2 katil queen , ada 1 single tilam , ada tv , sejadah , pemanas air , cawan , rak letak kasut , bilik air ada pemanas air , harga aku dapat sebab naik hari Sabtu RM150 , penginapan ni dekat je dengan Restoran Ayam Gepuk tu sebelah menyebelah je

Pintu masuk arah belakang ni


     2 Katil Queen pastu masa aku check in ada 1 tilam single jugak tepi katil tu


Tv , Cermin , Meja Kecik , Rak Sangkut


Tingkap boleh bukak macam ni , depan tu tempat parking kereta


 Toilet , Pemanas Air , Sinki , Tuala dengan Sabun kena mintak ye ada selipar jugak kalau tak melompat kau lantai sejuk yang amat hehe

Cantik betul bunga kat Melati ni 


 Aku suka tengok bunga2 cantik tapi ntah kenapa aku tak minat nak beli pastu hias laman rumah heeee


Besar bunga ni nak sama besar je dengan muka aku kan hihi 

Lepas selesai apa yang patut kami gi jalan2 sekitar brinchang nampak Pak Tam Kek tu berhentilah beli Kek Durian Cheese dengan Kek Lobak Cheese dua2 harga RM15 jadi semuanya RM30 lah

Selain 2 kek pak tam tu aku beli jugak brokoli goreng cicah sos cili tu harga RM5 kat pasar malam golden hill memang sesaklah manusia kat situ hihi

Jalan2 nampak bunga ni macam bunga kekwa ke memang kekwa hehe maaflah aku memang suka jugaklah layan bunga2 ni tapi nama ke laut dalam ha ha

Tepi jalan pun jadik sebab cantik kan..............bunga tu hihi


 Malam lepas maghrib kami makan malam kat sini , kedai ni tepi jalan je arah nak masuk ke pasar malam golden hill tu , sedap2 jugak menunya kena lah jugak dengan tekak aku licin makan hehe

Suasana dalam kedai makan boleh nampak kereta2 bersusun nak masuk ke pasar malam golden hill tu


 Menu ni encik suami order Kueyteow goreng basah dengan teh o limau suamnya

Aku pulak cuba menu nasi goreng ayam grill dengan kopi o panas memang sedaplah


             Bismillah....jom makan


 Alhamdulillah dah kenyang jomlah balik ke inap desa mengantuk dah suhu sejuk malam2 tak kuasa dah nak jalan2 malam2 heeee


 Haha serius aku memang tak boleh bila suhu sejuk sangat macam malam ni suhu 18°C , berselubung terus dengan baju sejuk , jam 12.37 tengah malam aku tak boleh nak tidur lagi dahla baru kuar bilik air , air pun macam ais ja ja walaupun ada pemanas air tu tapi nak cepat tak sanggup berlamaan dalam toilet