Wednesday 6 July 2022

ASAM PEDAS IKAN DENGAN BENDI DAN TOMATO

 


 Masak asam pedas ni sebenarnya macam2 cara pastu guna bahan2 yang berbeza kan 😃 macam mak aku memang ringkas je cara masak dia seingat aku sebab aku yang banyak tolong mak aku masak kat dapur dulu , mak aku guna cili kering , bawang merah , jintan manis , air , asam keping , garam pastu masuk ikan dengan bendi tu je tapi bila aku dah besar memang macam2 cara masak asam pedas aku jumpa dan aku memang seorang yang suka mencuba pelbagai resepi masakan walaupun sekarang aku jarang memasak bila datang rasa nak masak tu haaa puas hati lah makan air tangan sendiri kan hehe

Oklah jom tengok aku masak asam pedas hari ni guna resepi dari blogger jugak puan Azie Kitchen , komen pertama ok menu asam pedas beliau memang sedap 😊👍 harum mewangi dapur aku masa menumis bahan2 masak asam pedas ni 


 Bahan2 tumis asam pedas ni bawang besar , bawang kecik , kunyit hidup , lengkuas , bawang putih , cili kering dengan air kisar hancur semua


Tumis serai yang diketuk dulu pastu masuk bahan2 kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak memang kena guna banyak sikit minyak sebab nak bagi sambal masak betul2 baru sedap lepas pecah minyak korang boleh cedok buang lebihan2 minyak tu 


Pastu aku masukkan ikan kembung belah 2 sebab besar sangat hehe aku gaul2 dalam seminit sebab nak bagi ikan serap kuah sambal tu baru lah sedap kan 😊👍

 


 Pastu masukkan air agak2 korang nak banyak mana ,  masukkan jugak garam dengan asam jawa biar mendidih jap


Lepas tu masukkan bendi , tomato dengan bunga kantan belah 5 


 Kemudian masukkan daun kesum


Perlahankan sikit api & reneh jap dalam 10 minit 


Alhamdulillah dah siap pun 😊👍 

 


Bismillah...jom makan , aku hidang sekali dengan telur goreng pastu buat teh o panas2 huiiiiiiii sedapnya lah asam pedas kan hehe pasni boleh cuba cara lain pulak masak asam pedas 

 

No comments: