Thursday 26 March 2020

BIHUN SUP HARI NI 😘



Oklah kita teruskan borak tentang menu aku hari ni BIHUN SUP 😃
Rajin pulak aku masak2 sejak encik suami pun duduk rumah je kan hehe
Pastu sampai 14 April pulak tu
Hmm semoga wabak covid 19 ni cepatla menghilang kan
Memang terjejas teruk semua orang
Apapun banyakkan berdoa pada Allah S.W.T
Supaya Dia membantu kita saat2 sukar ketika ini

Oklah hari ni aku masak bihun sup untuk berbuka
Bihun ni aku rendam dengan pewarna kuning telur biar je terendam pastu tambah air panas bagi bihunnya lembut



Bahan2 menu buat bihun ni

Bihun
Air
Pewarna Kuning

Sambal

Telur Dadar
Telur Masin

Tomato
Sawi
Taugeh
Kobis

Kuah
Air
Kiub Ayam
Halia
Lada Hitam
Bawang Putih
Garam

Hiasan
Daun Bawang
Cabai Merah
Bawang Goreng
Ayam




Sebelum letak kuah


Selepas letak kuah

Wednesday 25 March 2020

AYAM GORENG JINTAN 😘



Hi Korang 😊
Aku taip ni pun jam 7.05 pagi
Tak boleh nak tido semalam
Aku rasa aku minum Kopi Brown tu pun dah lewat malam agaknya sebab tu la tak boleh nak tido 😃
Ni baru rasa nak tido 
So jomla layan menu semalam 
Aku goreng ayam ni
Resepi macam biasalah
Ikut sedap tekak aku je hehe
janji sedap 😘👍





Bahan2 perapan ayam ni aku tumbuk bawang putih , halia , jintan manis
pastu masuk garam dengan serbuk kunyit





Dah siap 😗
Sedap tau 👍

Havr A Nice Day
Stay Home Stay Safe
Daaaaa  😍

ROTI JALA SEDAP 😘



Lebih kurang jam 3 petang aku start masak roti jala 
Best je menjala masa hujan tengah turun 😃
Aku puasa hari ni so saje je la masak buat makan2 masa berbuka dengan supper nanti
Jom layan je gambar bawah ni 😄











Aku cicah dengan kuah kari ayam yang aku masak semalam tu nyums sedapnya lama tak menjala kan 😃

Sekian dulu
Take Care 😗👍

Tuesday 24 March 2020

KARI AYAM SEDAP 😗



Hi Korang
Aku doakan kita semua sentiasa sihat dan dijauhkan dari sebarang wabak penyakit dan perkara2 yang berbahaya Aamiin..
Jom sama2 baca Ya Salam 115 kali agar kita terhindar dari penyakit2 merbahaya

Oklah hari ni aku nak cerita tentang masak2 je 😃
Lama aku tak masak kari
Tapi aku rasa kali ni paling sedap aku masak ha ha
Tapi sebelum aku cerita bahan2 masak aku nak up gambar biskut dengan air ni 😄
Pagi tadi la malas aku nak masak untuk sarapan 
So layan je la biskut2 ni dulu
Kang tengahari baru masak 😄


So gambar bawah ni bahan2 masak kari 
Rempah cap Rose tu mertua aku kat ganu bagi
Mungkin antara penyebab rasa kari aku sedap 😗




So itu sajalah aku nak borak
Dah duduk rumah tak kuar mane2 lame2 bosan kan? hehe
Sebab keje nak mengunyah je
Baik puasa dapat jugak pahala 😗

Have A Nice Day 
Nanti kita borak lagi
STAY HOME STAY SAFE ye
Wassalam..daaa