Friday 3 December 2021

SANTAI2 DI ZULYAHYA STEAMBOAT & GRILL

 


Alhamdulillah lepas selesai urusan aku dengan encik suami gi makan malam kat Restoran Zulyahya Steamboat & Grill di Meru ni

Walaupun jam 4 petang tapi tetap makan untuk dinner sebab makan awal hehe ๐Ÿ˜ƒ 


Tumpang duduk kejap depan pintu masuk sebab kami pelanggan pertama sampai๐Ÿ˜„


Nasi Butter Seafood Telur Masin Shell Out
RM38 / 2 Pax
aku asalnya kenyang lagi makan pagi tadi tapi dah encik suami nak cuba set ni makanya faham2la kena la aku makan sekali tapi licin je ha ha ๐Ÿ˜„


Jom makan , masa ni takde ramai orang sebab petang baru bukak aku dengan encik suami masuk lagi seminit nak bukak hihi ๐Ÿ˜„


Surau pun ada disediakan tingkat 1 , lelaki dengan wanita di sebalik tirai hehe ada aircond ok selesa sangat & senang je nak jumpa surau ni dari pintu masuk pun boleh nampak ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘


Nak manja2 kan diri bagi kaum wanita bolehla tempah pakej2 kat Bidadari SPA ni , tingkat atas restoran je , boleh call no tu ๐Ÿ˜Š aku insyaAllah nak santai2 dengan geng2 TXCJ nanti ๐Ÿ˜๐Ÿ’ช

Alhamdulillah lepas makan2 solat kami pun bergerak pulang kenyang sampai malam hihi ๐Ÿ˜


Tuesday 19 October 2021

MAK TINGGAL BERSAMA KAMI

 


Update 23/11/2021 : lagi beberapa hari mak aku nak pergi mak aku memang tak berapa nak makan dah , banyak tidur je , bila bangun tidur je tanya kenapa kami belum tidur padahal masa tu siang lagi , mak aku ingat dah subuh sebab lamanya dia tidur , kerap je masa makan yang tak berapa makan tu mak aku tertidur , suap 1 sudu kunyahnya berejam2 sampai kopi aku minum dari panas2 jadi sejuk lah nak masuk suapan kedua tu , aku lah yang bangun suapkan mak aku , memang nak tggu mak aku abis makan setakat 3 sudu tu sejuk dah kopi aku , janji mak aku makan padahal memang mak aku tak berapa dah nak makan huhu 

Masa 2 minggu sebelum mak aku pergi tu aku balik kampung mak aku dah pesan macam2 kat aku tapi biasalah aku tegur lembut mak aku dlm kata lain tak mau mak aku fikir bukan2 pasal nak pergi tu siap pesan kain kafan nanti balut dia dengan kain umrah abah aku , mak aku dah siap letak semua kelengkapan meninggal dalam 1 kotak ๐Ÿ˜ญ , mak aku masa meninggal antara kain2 tu pakai kain telekung solat umrah dia dengan kain umrah abah aku semoga mak aku terus masuk Syurga Aamiin...

Mak aku suruh tukar langsir baru , masa tu aku tak terfikir apa padahal memang tanda2 orang nak meninggal tu dia akan ubah atau tukar benda2 lama ke baru , aku tengok kawan abah aku , kawan aku pun bila buat sesuatu yang menunjukkan tanda aku hanya terdetik dalam hati je tapi lepas2 tu memang betul terjadi huhu mungkin mak aku tahu bila balik kg semula dari umah aku ramai akan sambut kepulangan dia sebab tu dia dah buat persiapan semua ๐Ÿ˜ญ bayangkan masa mak aku sakaratul maut pun aku tak sangka itu dinamakan sakaratul maut sebab mak aku macam biasa je senang je pergi muka mak aku jiran aku kata macam tidur tersenyum manis ๐Ÿ˜ญ aku tengok pun macam mak aku tersenyum macam muka gembira huhu semoga mak aku dah masuk Syurga tempat yang berkali2 tak terhitung lagi seronok dari dunia yang sementara ni Aamiin.... 

 

Update 22/11/2021 : Beberapa jam sebelum mak aku meninggal tu mak aku cakap dia rasa lenguh2 peha , aku pun sapu la minyak angin picit2 kot2 rasa ok sikit pastu mak aku cakap rasa pinggang menyucuk2 je aku pun urut2 la pinggang pulak masa tengah picit2 urut2 mak aku dia kata kenapa rasa sejuk lain macam ni bukan macam sejuk biasa aku pun pegang kaki mak aku tp rasa tak sejuk pun mana aku tahu itu tanda2 dekat dah mak aku nak pergi huhu masa tu mak aku nak tdo pun dah tak boleh jadi macam tak tentu arah kejap2 nak tdo kat kerusi roda kejap2 nak tdo kat sofa kejap2 nak tdo kat kerusi aku macam layan je karenah mak aku walaupun aku rasa lenguh letih semua huhu pastu mak aku nak ke tandas tukar pampers katanya tak rasa nak membuang air kalau pakai pampers padahal memang mak aku dah buang air kecil dalam tu pas selesai kat bilik air aku papah la mak aku pelan2 ke katil tukar pampers baru masa tu mak aku kata nak mati dah aku tegur janganla cakap mcm tu sambil urut2 dada mak aku pastu mak aku nak tdo kat kerusi rehat dia masa tu dah jam dekat 2 pagi tapi mak aku tak tido2 jugak sampai aku nak tutup lampu pun dia tak bagi macam rimas gayanya aku pun baring sambil tengok mak aku tiba2 mata mak aku lama pandang 1 arah di dinding meja makan dengan tv aku sempat ambil gambar sambil tanya mak tak tido lagi ke tapi mak aku tak jawab aku bangun terus gi kat mak aku masa tu mak aku nak cakap sesuatu aku dengar macam mak aku cakap pat...tapi tak jelas aku dekat lagi telinga susah payah mk aku mintak air masa tu lah aku tanya mak  nak air ke mak aku angguk apalagi terus aku lari ke dapur & bawak ke depan terus bagi mak aku minum masa tu lah pelan2 mak aku minum sambil aku pegang pipi mak aku dah sejuk sebelum terlentok pandang aku sebelum tutup mata huhu bila2 fikir balik masa tu dah ada malaikat maut amek nyawa mak aku depan aku Allahu Akbar ๐Ÿ˜ญ

Update : AL Fatihah kepada arwah mak Romlah Binti Che Gayah , Semoga ALLAH S.W.T menempatkan mak bersama2 golongan orang2 beriman di Syurga Tertinggi sana Aamiin.... 

Mak aku dah meninggal dunia pada 31 Okt 2021 jam 2.35 pagi di depan mata aku sendiri ๐Ÿ˜ญ

Tapi masa tu aku langsung tak menangis bila difikirkan balik aku rasa aku dah lama bersedia dengan sesuatu yang dinamakan kematian sebab semua manusia akan mati akhirnya dan bersedia untuk ditempatkan di mana kita nak samada Syurga @ sebaliknya maka sentiasalah berbuat baik & kebajikan supaya Syurga Tertinggi destinasi akhir kita nanti Aamiin....

Tapi bila menyaksikan sendiri sakaratul maut mak aku Alhamdulillah senang tengok mak aku habis nyawa masa mak aku tercungap2 tu lagi beberapa jam mak aku dah bagitahu nak mati dah tapi masa tu aku hanya dapat menenangkan mak aku sambil ajar mak aku mengucap sempat mak aku mintak air tiba2 je mak aku macam tegakkan leher berlarilah aku kejap ke dapur elok mak aku minum aku pegang pipi mak aku dah semakin sejuk sambil aku tepuk2 perlahan belakang mak aku bagi mudah telan air lepas tu mak aku terlentok tengok aku sambil aku pegang muka mak aku dan Ya Allah mak aku perlahan2 tutup mata aku tengok ada air mata sikit keluar aku sapu perlahan2 dengan jari , mak aku menangis atau menahan rasa sakit sakaratul maut tu pun aku tak tahu tapi mak aku sebelum tu memang dah redha tinggalkan dunia ni sebab dr kata sakit kanser mak aku dah makin teruk semoga ALLAH S.W.T tempatkan mak aku di Syurga Tertinggi Aamiin....

Lepas aku baringkan mak aku dan tutup dengan selimut beliau aku periksa nadi leher dengan tangan & jantung memang takde tindak balas sambil aku tengah cakap tepon dengan adik lelaki aku yang lepas tu terus gerak nak datang umah aku kemudian aku dengan encik suami telefon ambulan , lepas tanya beberapa soalan ambulan datang bawak masuk mesin periksa jantung pas buat beberapa pemeriksaan memang dah disah mak aku dah takde ๐Ÿ˜ญ  lepas staff ambulan keluarkan surat pengesahan pemeriksaan tu kami terus ke balai polis buat laporan kematian dekat jam 4 pagi jugak masa tu lepas tu polis hantar 2 orang staff datang rumah tengok ambik gambar semua terus encik suami telepon kawan ayah aku untuk urusan mandi & kafan , dekat subuh adik aku dengan family beliau sampai masa tu aku tak dapat tahan air mata adik aku tenangkan aku dengan beliau sendiri tahan nanges ๐Ÿ˜ญ

( nanti aku sambung sebab tiba2 aku nanges lagi ) 

 

 

Pada Jumaat 15/10 mak aku dah mula duduk dengan aku , aku harap Allah S.W.T beri aku kekuatan & pertolongan dalam penjagaan mak aku yang tak berapa sihat lagi & aku sentiasa mendoakan kesihatan kedua ibu bapa ku yang tersayang ni supaya dapat menjalani hidup bahagia & tenang di masa2 tua mereka Aamiin....

Hari ni 18/10/2021 lepas mandi petang mak aku mengigil sejuk masa nak solat 'asar terus tak dapat solat 'asar hanya terus solat maghrib dan ganti solat 'asar tadi , aku selimutkan mak aku dengan 2 selimut dan 1 toto pastu aku peluk usap2 belakang & tangan mak aku mungkin mak aku tak boleh mandi petang lama sket sejuk jadinya aku terfikir nak bawak ke hospital dah tapi dalam setengah jam badan mak aku dah mula normal & tak menggigil dah Alhamdulillah debar aku weh...

Alhamdulillah pagi 19/10 ni aku masak cekodok pisang guna pisang berangan , mak aku suruh masak cekodok pisang lembut2 jadi inilah resepi dari beliau memang menjadi & lembut jugak sedap hehe - Pisang Berangan , Garam , Gula , Tepung Gandum , Soda Bikarbonat , Air jemput2 dengan tangan & goreng jangan gelap sangat hihi tapi aku goreng gelap 3 je untuk aku sebab aku suka cekodok pisang gelap2 heee


21/10/2021

Masa aku taip ni aku tengah makan Nasik Sup Daging & Sambal pastu encik suami baru balik beli Sate dengan Nasi Himpit untuk mak aku makan malam & mak aku sekarang tengah tido lepas makan Kuih Qasedah & makan ubat , semoga mak aku cepat sembuh belas hati aku tengok keadaan mak aku sekarang kena papah nak ke mana2 kurang tenaga semoga mak cepat sihat semula Aamiin.....


Banyak pulak aku makan sekarang heeee...banyak masa aku uruskan mak aku je sekarang semoga Allah S.W.T membantu aku dalam semua perkara & dipermudahkan Aamiin...

 23/10/2021 Sabtu

Pagi jam 2.30 pagi mak aku cakap sejuk , aku pun bangun bagi panadol & gosok2 kaki mak aku lepas selimutkan beliau dengan 2 selimut sampai mak aku tertido balik , kemudian jam 4 pagi mak aku nak ke toilet tapi tak larat bangun cepat2 aku ambik besen & suruh mak aku buang air kecil dalam tu kemudian baru papah perlahan2 ke toilet , laju nafas mak aku & badan pun suam2 je , sampai toilet bersih2 & tukar baju terus ke katil semula & tidur , bila subuh aku ambik besen yang lain untuk mak aku ambil wuduk atas katil je ambik yang wajib muka , kedua pergelangan tangan hingga ke siku , dahi & kaki dah siap terus duduk atas kerusi aku letak depan katil & mak aku solat subuh bila pagi aku ke kedai beli pampers untuk pakai kalau mak aku tak larat jalan ke toilet jadi takla kelam kabut kan ๐Ÿ˜… aku beli sekali sarapan pagi mak aku nak makan roti canai 

Thursday 14 October 2021

BESDAY AKU DI TAHUN 2021

 


 Alhamdulillah hari ni Rabu 13 Oktober tarikh hari lahir aku yang ke 40an plus2 ha ha dah semakin purba rupanya diri ini he he dan tak sangka dapat sambut ala2 kadar di kampung halaman tercinta ๐Ÿ˜ terima kasih kat adik beradik aku buat kejutan kek , pizza hut dengan hadiah perfume ๐Ÿ˜„ apapun syukur selalu atas kasih sayang Allah S.W.T dapat aku berada di kampung lepas 2 tahun tak balik ๐Ÿ˜‚

 


 Masa kek ni sampai aku baru habis solat zuhur tengok hp ade missed call 3 kali dari adik aku yang berada di KL lepas tu aku angkat call kali ke 4 sambil keluar bilik ke ruang tamu tengok2 anak2 buah aku Aidil dan Ammar pegang plastik kotak kek ๐Ÿ˜„ terus aku ucap terima kasih kat adik aku sekeluarga

 


Terus anak buah aku Arif potongkan ๐Ÿ˜„ bagi rasa sorang sikit dan kebetulan pak sedara aku pakcik lid Asri ada datang rezeki beliau dapat makan2 sekali Alhamdulillah 


Masa ni penghantaran pizza hut dah sampai ๐Ÿคน‍♀️


 Sedap ๐Ÿ•pizza ni alhamdulillah ๐Ÿ˜

 


 Pizza ni pun sedap cuma pedas sikit tapi anak3 buah aku pun boleh makan cicah dengan sos cheese tu ๐Ÿ˜˜


 Ammar ni kadang2 mesra kamera jugak ๐Ÿ˜„ sebelum dia terkam pizza tu baik cepat2 selfie sekeping ha ha ๐Ÿคฃ


     Adik aku bila nampak ada kereta datang terus panggil aku ambikkan barang aku pastu aku macam eh bila aku ada order barang lak tapi tak banyak cakap cepat2 pakai tudung & mask keluar rumah gi ambik hehe ๐Ÿ˜„ gambar ni si deliver hadiah tu lah yang ambik sambil ucap Happy Birthday ๐Ÿ˜


 Cepat je ucuk2 ni menempek hehe sebab dia dah nampak coklat dalam tu ๐Ÿคฃ


     Macam hantaran je hadiahnya hihi ๐Ÿ˜ 


 Hadiah perfume dari adik & anak3 buah tersayang ๐Ÿ˜

 Dah berabad aku tak pakai perfume ha ha sebab aku sejenis semua nak buat kerja cepat bagi aku perfume2 ni jatuh no ke berapa ntah yang aku akan guna atau bila aku rajin atau bila aku ingat ha ha ha dasyat kan ? ๐Ÿคฃ


Tak sabar dia nak coklat ferraro roshelle tu ha ha aku pun tak sempat nak makan tapi ok je bukan aku tak pernah makan sebelum2 ni kasi can lah kat generasi2 seterusnya kan ๐Ÿ˜„

 

Sunday 26 September 2021

POKOK KELADI SAYA

 


 Hari ni masa aku nak keluar gi cari sarapan dengan encik suami aku terpandang pokok keladi yang tumbuh meliar kat laman rumah , lama aku perati sebab cantik pulak kejadiannya hehe maklumla aku tak pernah peduli pun tumbuh2an yang tumbuh sekitar rumah tapi elok pulak dorang ni hidup kalau yang aku cuba tanam tu selalu tak menjadik tu yang aku dah malas nak amek tahu beli je lah kat kedai ha ha


Cantikkan?๐Ÿ˜ aku cari nama pokok ni sebab mesti ada nama kan ikut spesies jadinya nama pokok keladi jenis ni ialah CALADIUM PINK BEAUTY ๐ŸŒบ 


Tup2 aku rasa macam nak berkebun atau lebih tepat lagi dekorasi laman takpelah perlahan2 nanti aku nak tambah pokok2 biar laman aku jadi laman de paradise ewah ๐Ÿ˜„๐Ÿ’ช 

 

Monday 6 September 2021

CUCUR DURIAN

 


 Aku beli durian ni sebab nak cuba masak goreng2 yelah tak pernah cuba kan jadi sebab harga durian murah sebijik RM5 dengan RM3 aku beli 3 bijik ๐Ÿ˜


 Aku kupas tak pakai pisau pun ๐Ÿ˜„ aku guna chopstick je heeee


2 biji harga RM10 sebab besar sikit saiz dia dari yang kecik RM3 


Resepi dia aku bancuh tepung gandum , tepung jagung , tepung beras , garam , telur , air 

 


               Siap dah untuk digoreng 


 Siap Cucur Durian pertama kali aku goreng ni ๐Ÿ˜„ sedaplah jugak dilayan makan panas2 Alhamdulillah....๐Ÿ˜๐Ÿ‘

 

Friday 3 September 2021

REZEKI JUMAAT DARI MASJID

 


Alhamdulillah tengah berfikir2 nak masak & makan apa encik suami bawak balik nasik ni pemberian dari masjid tempat beliau solat jumaat tadi ๐Ÿ˜ jadi panaskan je nasik semalam ada sikit lagi bolehla makan sekali

 



Tempat aku sekarang kerap turun hujan jadinya asyikla nak makan macam2 ๐Ÿ˜„ petang2 kalau rajin aku dengan encik suami gi jogging jugak dengan harapan dapat balik badan macam dulu2 ๐Ÿคฃ sebelum kawen kerapla kami gi jogging sama2 kat tasek seronok dulu2 kan jalan2 sana sini benas hirup udara segar sekarang ni hmm semoga Allah melindungi kita Aamiin....๐Ÿ’– 

Thursday 2 September 2021

CUCUR PISANG

 


Alhamdulillah di saat tak tau nak masak atau makan apa malam2 terus aku buat keputusan goreng cucur pisang sajalah hehe layan je kan cucur pisang ni nak2 ada teh o panas sekali sedar2 licin tanpa sedar ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 


Jadinya jomlah adun bahan2 dia mula2 aku lenyek pisang dengan gula pastu aku tuang tepung gandum letak sikit baking powder dengan soda bikarbonat letak garam sikit dengan telur sebijik dah siap jomla goreng jemput2 dengan tangan je... 

 


Layan betul cucur pisang dengan teh o panas2 kan lepas satu2 ngap ๐Ÿ˜„ Alhamdulillah...

Saturday 28 August 2021

CEMPEDAK OH CEMPEDAK

 


Alhamdulillah...lama aku tak menaip kan?๐Ÿ˜„ ntah apa yang aku sibuk sangat tu ntahlah tapi yang pasti aku ada beli cempedak hari tu lepas sahabat aku farah cakap mak dia masak cucur cempedak jadinya aku pun teringin jugak nak masak hehe 


Bancuhan untuk goreng cempedak ni aku masukkan tepung gandum , tepung beras , tepung jagung , serbuk kunyit , soda bikarbonat , telur , garam dan air Alhamdulillah memang sedap kat tekak aku ๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘ 

 


        Sedia untuk digoreng jom ๐Ÿ˜๐Ÿ’ช 


Besar2 jugakkan jadinya ๐Ÿ˜„ Alhamdulillah sedap ๐Ÿ˜˜๐Ÿ‘ jap je licin  

 


Encik suami balik solat jumaat bawak balik 2 biji buah cempedak ni ๐Ÿ˜ Alhamdulillah rezeki di hari jumaat yang mulia & diberkati bolehlah goreng2 buat cucur cempedak nanti yummy hehe ๐Ÿ˜๐Ÿ‘


       Supper malam ni ๐Ÿ˜„ kena pulak dengan air teh o panas2 ๐Ÿ˜˜

 

Saturday 19 June 2021

BISKUT CICAH KOPI

 


Ni la jadinya bila tak nak tido lagi walaupun mata macam ada gam tengah2 malam ๐Ÿ˜„ biasalah bila dari asrama dok stay up lagi2 sila duduk rumah stay upnya makin menjadi2 haha sedar2 badan dah seakan2 penguin campur dugong ha ha ha ๐Ÿ˜‚


 Itu je lah nak ceritanya pun ๐Ÿคฃ take care ye , wassalam...๐Ÿ’–

 

 

korang perasan tak telekung solat boleh dipakai ala2 purdah ๐Ÿ˜ bila pakai camni nak solat pun senang gi mana2 tinggal nak amek wudhuk je lagi atau bawak botol percik air tu je senangkan tapi aku cakap je semoga nanti aku pun boleh buat macam ni Aamiin...๐Ÿ˜๐Ÿ’ช

Friday 18 June 2021

UBI KAYU KEJU

 


Hari ni rajin pulak aku nak sagat ubi kayu buat cucur goreng , aku campur sekali pasta keju , serbuk santan kara , air dengan tepung gandum ditapis , sedap je aku makan haha janji kita yang masak dia ๐Ÿ˜„๐Ÿ’ช 

 



 

Siap dah Alhamdulillah ๐Ÿ˜ layan pulak minum kopi madu kelulut panas2 kan licin jap je hihi ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘ 

Malam nanti nak makan apa pulak ๐Ÿค” nanti aku update ye hihi ๐Ÿ˜