Tuesday 19 October 2021

MAK TINGGAL BERSAMA KAMI

 


Update 23/11/2021 : lagi beberapa hari mak aku nak pergi mak aku memang tak berapa nak makan dah , banyak tidur je , bila bangun tidur je tanya kenapa kami belum tidur padahal masa tu siang lagi , mak aku ingat dah subuh sebab lamanya dia tidur , kerap je masa makan yang tak berapa makan tu mak aku tertidur , suap 1 sudu kunyahnya berejam2 sampai kopi aku minum dari panas2 jadi sejuk lah nak masuk suapan kedua tu , aku lah yang bangun suapkan mak aku , memang nak tggu mak aku abis makan setakat 3 sudu tu sejuk dah kopi aku , janji mak aku makan padahal memang mak aku tak berapa dah nak makan huhu 

Masa 2 minggu sebelum mak aku pergi tu aku balik kampung mak aku dah pesan macam2 kat aku tapi biasalah aku tegur lembut mak aku dlm kata lain tak mau mak aku fikir bukan2 pasal nak pergi tu siap pesan kain kafan nanti balut dia dengan kain umrah abah aku , mak aku dah siap letak semua kelengkapan meninggal dalam 1 kotak 😭 , mak aku masa meninggal antara kain2 tu pakai kain telekung solat umrah dia dengan kain umrah abah aku semoga mak aku terus masuk Syurga Aamiin...

Mak aku suruh tukar langsir baru , masa tu aku tak terfikir apa padahal memang tanda2 orang nak meninggal tu dia akan ubah atau tukar benda2 lama ke baru , aku tengok kawan abah aku , kawan aku pun bila buat sesuatu yang menunjukkan tanda aku hanya terdetik dalam hati je tapi lepas2 tu memang betul terjadi huhu mungkin mak aku tahu bila balik kg semula dari umah aku ramai akan sambut kepulangan dia sebab tu dia dah buat persiapan semua 😭 bayangkan masa mak aku sakaratul maut pun aku tak sangka itu dinamakan sakaratul maut sebab mak aku macam biasa je senang je pergi muka mak aku jiran aku kata macam tidur tersenyum manis 😭 aku tengok pun macam mak aku tersenyum macam muka gembira huhu semoga mak aku dah masuk Syurga tempat yang berkali2 tak terhitung lagi seronok dari dunia yang sementara ni Aamiin.... 

 

Update 22/11/2021 : Beberapa jam sebelum mak aku meninggal tu mak aku cakap dia rasa lenguh2 peha , aku pun sapu la minyak angin picit2 kot2 rasa ok sikit pastu mak aku cakap rasa pinggang menyucuk2 je aku pun urut2 la pinggang pulak masa tengah picit2 urut2 mak aku dia kata kenapa rasa sejuk lain macam ni bukan macam sejuk biasa aku pun pegang kaki mak aku tp rasa tak sejuk pun mana aku tahu itu tanda2 dekat dah mak aku nak pergi huhu masa tu mak aku nak tdo pun dah tak boleh jadi macam tak tentu arah kejap2 nak tdo kat kerusi roda kejap2 nak tdo kat sofa kejap2 nak tdo kat kerusi aku macam layan je karenah mak aku walaupun aku rasa lenguh letih semua huhu pastu mak aku nak ke tandas tukar pampers katanya tak rasa nak membuang air kalau pakai pampers padahal memang mak aku dah buang air kecil dalam tu pas selesai kat bilik air aku papah la mak aku pelan2 ke katil tukar pampers baru masa tu mak aku kata nak mati dah aku tegur janganla cakap mcm tu sambil urut2 dada mak aku pastu mak aku nak tdo kat kerusi rehat dia masa tu dah jam dekat 2 pagi tapi mak aku tak tido2 jugak sampai aku nak tutup lampu pun dia tak bagi macam rimas gayanya aku pun baring sambil tengok mak aku tiba2 mata mak aku lama pandang 1 arah di dinding meja makan dengan tv aku sempat ambil gambar sambil tanya mak tak tido lagi ke tapi mak aku tak jawab aku bangun terus gi kat mak aku masa tu mak aku nak cakap sesuatu aku dengar macam mak aku cakap pat...tapi tak jelas aku dekat lagi telinga susah payah mk aku mintak air masa tu lah aku tanya mak  nak air ke mak aku angguk apalagi terus aku lari ke dapur & bawak ke depan terus bagi mak aku minum masa tu lah pelan2 mak aku minum sambil aku pegang pipi mak aku dah sejuk sebelum terlentok pandang aku sebelum tutup mata huhu bila2 fikir balik masa tu dah ada malaikat maut amek nyawa mak aku depan aku Allahu Akbar 😭

Update : AL Fatihah kepada arwah mak Romlah Binti Che Gayah , Semoga ALLAH S.W.T menempatkan mak bersama2 golongan orang2 beriman di Syurga Tertinggi sana Aamiin.... 

Mak aku dah meninggal dunia pada 31 Okt 2021 jam 2.35 pagi di depan mata aku sendiri 😭

Tapi masa tu aku langsung tak menangis bila difikirkan balik aku rasa aku dah lama bersedia dengan sesuatu yang dinamakan kematian sebab semua manusia akan mati akhirnya dan bersedia untuk ditempatkan di mana kita nak samada Syurga @ sebaliknya maka sentiasalah berbuat baik & kebajikan supaya Syurga Tertinggi destinasi akhir kita nanti Aamiin....

Tapi bila menyaksikan sendiri sakaratul maut mak aku Alhamdulillah senang tengok mak aku habis nyawa masa mak aku tercungap2 tu lagi beberapa jam mak aku dah bagitahu nak mati dah tapi masa tu aku hanya dapat menenangkan mak aku sambil ajar mak aku mengucap sempat mak aku mintak air tiba2 je mak aku macam tegakkan leher berlarilah aku kejap ke dapur elok mak aku minum aku pegang pipi mak aku dah semakin sejuk sambil aku tepuk2 perlahan belakang mak aku bagi mudah telan air lepas tu mak aku terlentok tengok aku sambil aku pegang muka mak aku dan Ya Allah mak aku perlahan2 tutup mata aku tengok ada air mata sikit keluar aku sapu perlahan2 dengan jari , mak aku menangis atau menahan rasa sakit sakaratul maut tu pun aku tak tahu tapi mak aku sebelum tu memang dah redha tinggalkan dunia ni sebab dr kata sakit kanser mak aku dah makin teruk semoga ALLAH S.W.T tempatkan mak aku di Syurga Tertinggi Aamiin....

Lepas aku baringkan mak aku dan tutup dengan selimut beliau aku periksa nadi leher dengan tangan & jantung memang takde tindak balas sambil aku tengah cakap tepon dengan adik lelaki aku yang lepas tu terus gerak nak datang umah aku kemudian aku dengan encik suami telefon ambulan , lepas tanya beberapa soalan ambulan datang bawak masuk mesin periksa jantung pas buat beberapa pemeriksaan memang dah disah mak aku dah takde 😭  lepas staff ambulan keluarkan surat pengesahan pemeriksaan tu kami terus ke balai polis buat laporan kematian dekat jam 4 pagi jugak masa tu lepas tu polis hantar 2 orang staff datang rumah tengok ambik gambar semua terus encik suami telepon kawan ayah aku untuk urusan mandi & kafan , dekat subuh adik aku dengan family beliau sampai masa tu aku tak dapat tahan air mata adik aku tenangkan aku dengan beliau sendiri tahan nanges 😭

( nanti aku sambung sebab tiba2 aku nanges lagi ) 

 

 

Pada Jumaat 15/10 mak aku dah mula duduk dengan aku , aku harap Allah S.W.T beri aku kekuatan & pertolongan dalam penjagaan mak aku yang tak berapa sihat lagi & aku sentiasa mendoakan kesihatan kedua ibu bapa ku yang tersayang ni supaya dapat menjalani hidup bahagia & tenang di masa2 tua mereka Aamiin....

Hari ni 18/10/2021 lepas mandi petang mak aku mengigil sejuk masa nak solat 'asar terus tak dapat solat 'asar hanya terus solat maghrib dan ganti solat 'asar tadi , aku selimutkan mak aku dengan 2 selimut dan 1 toto pastu aku peluk usap2 belakang & tangan mak aku mungkin mak aku tak boleh mandi petang lama sket sejuk jadinya aku terfikir nak bawak ke hospital dah tapi dalam setengah jam badan mak aku dah mula normal & tak menggigil dah Alhamdulillah debar aku weh...

Alhamdulillah pagi 19/10 ni aku masak cekodok pisang guna pisang berangan , mak aku suruh masak cekodok pisang lembut2 jadi inilah resepi dari beliau memang menjadi & lembut jugak sedap hehe - Pisang Berangan , Garam , Gula , Tepung Gandum , Soda Bikarbonat , Air jemput2 dengan tangan & goreng jangan gelap sangat hihi tapi aku goreng gelap 3 je untuk aku sebab aku suka cekodok pisang gelap2 heee


21/10/2021

Masa aku taip ni aku tengah makan Nasik Sup Daging & Sambal pastu encik suami baru balik beli Sate dengan Nasi Himpit untuk mak aku makan malam & mak aku sekarang tengah tido lepas makan Kuih Qasedah & makan ubat , semoga mak aku cepat sembuh belas hati aku tengok keadaan mak aku sekarang kena papah nak ke mana2 kurang tenaga semoga mak cepat sihat semula Aamiin.....


Banyak pulak aku makan sekarang heeee...banyak masa aku uruskan mak aku je sekarang semoga Allah S.W.T membantu aku dalam semua perkara & dipermudahkan Aamiin...

 23/10/2021 Sabtu

Pagi jam 2.30 pagi mak aku cakap sejuk , aku pun bangun bagi panadol & gosok2 kaki mak aku lepas selimutkan beliau dengan 2 selimut sampai mak aku tertido balik , kemudian jam 4 pagi mak aku nak ke toilet tapi tak larat bangun cepat2 aku ambik besen & suruh mak aku buang air kecil dalam tu kemudian baru papah perlahan2 ke toilet , laju nafas mak aku & badan pun suam2 je , sampai toilet bersih2 & tukar baju terus ke katil semula & tidur , bila subuh aku ambik besen yang lain untuk mak aku ambil wuduk atas katil je ambik yang wajib muka , kedua pergelangan tangan hingga ke siku , dahi & kaki dah siap terus duduk atas kerusi aku letak depan katil & mak aku solat subuh bila pagi aku ke kedai beli pampers untuk pakai kalau mak aku tak larat jalan ke toilet jadi takla kelam kabut kan 😅 aku beli sekali sarapan pagi mak aku nak makan roti canai 

No comments: