Monday, 1 May 2017

SUNDATE @ LUMUT



Hi korang 😁
Apa khabar korang2 yang tengah nak baca blog aku ni? 😘
Harap korang2 kat luar sana sentiasa sihat , ceria , bahagia , happy2 dan senyum2 selalu ok 😍

Hidup mesti berminda positif baru alam terasa luas ewah bermadah pulak aku ni πŸ˜„

Oklah back to the truly story 😎 Ahad aku dah keluar rumah seawal 11 pagi πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ selepas adegan fikir memikir selama 2 jam nak ke mana minggu ni πŸ˜„

Kejap encik suami cakap begitu kejap aku cakap begini masing2 dah stress nak tentukan destinasi jalan2 tanpa planning hahaha πŸ˜„πŸ˜„

Last2 encik suami ajak pergi jumpa kawan beliau ada urusan sket so jom je lah walaupun takde planning ape πŸ˜„

So kami ke Tronoh kejap kemudian shoot ke Lumut jumpa kawan2 lama 😘




Ada jugak terfikir nak ke Pulau Pangkor tu tapi memandangkan tak buat persiapan ape so jomlah g makan dulu sebab dah lapar πŸ˜„



Mula2 tu encik suami cakap nak makan nasi campur tak nak yang goreng2 sekali masa tengah survey2 makanan dah ternampak pulak menu yang satu ni 😍 apelagik LAKSA!!! πŸ˜„ terus ajak encik suami duduk biar aku habiskan jap laksa ni yang bagi aku memang sedap , pekat dan likat kuah dia 😘 pastu makan aiskrim sebab nampak orang lalu lalang bawak aiskrim haha πŸ˜„




Lepas selesai makan laksa n pastinya aku agak kenyang ni encik suami terus ajak g kfc pulak πŸ˜„ aku pun sekali la order walau pun agak kenyang πŸ˜„ plus tambah lemon cake yang mmg sedap




Lepas makan cari tempat solat tanya adik staff kfc tu rupanya kfc di lumut ada tempat solat di tingkat atas tapi kena tunggu turn tapi kami tak jadi solat situ so terus solat di surau dekat jeti lumut tu je

Lepas solat jalan2 kejap kat pantai tu nampak buaian tetiba teringin naik buaian lama tak naik πŸ˜„ sesekali layan seronok jugak haha 





Kemudian terus pergi jumpa kawan encik suami borak2




Lepas borak2 kami terus bergerak balik cuaca pun mendung tak lama hujan lebat pun turun 😊 tapi sempat singgah di Restoran Al Bayyan tu dinner Mee Rebus dengan Roti Canai 😁 kemudian masuk Billion kejap pastu terus bergerak balik 😎




Sekian cerita Sundate kami berdua 😊
Wassalam..









No comments: