Friday 24 July 2020

KRONOLOGI AKU SAKIT GIGI



Lepas 3 hari menahan sakit gigi aku pasrah isnin tu ajak encik suami gi klinik gigi jadi encik suami cuti tak pergi kerja lah hari tu hehe sampai2 je amek no klip ic letak dalam kotak yang disediakan pastu isi borang kuning iaitu borang pengesahan bebas covid kot2 kita pernah ada tanda2 atau balik dari luar negara ke kan pastu tunggu no dipanggil


No naik masuk jumpe dr lepas periksa dr tu panggil sorang lagi dr tengok keadaan gigi aku yang menyebabkan pipi aku dah bengkak mengeras macam telur tapi aku dah tak rasa sakit sangat bibir aku terjungkit sket akibat bengkak tu nak cakap pun macam bahasa apa ntah yang kuar encik suami pun kena dengar 2 kali baru faham hihi aku pun sabar je kena ulang cakap dahla tengah sakit kan


Lepas tu dr sorang lagi tu tanya samada aku boleh telan makanan tak dengan ada kencing manis tak lepas cakap aku boleh makan tapi lebih suka makan bubur sebab senang telan je kan hehe pastu aku takde kencing manis sebab gula memang aku elak sangat bukan gula je garam pun tu yang aku masak tawar je tapi bolehla makan cuma kalau aku balik kg tu mak aku mesti nak semua makanan cukup rasa garam kena cukup gula pun hehe

Lepas tu dr bagi surat ambik ubat kat farmasi sambil pesan 5 hari lagi kalau bengkak tak surut terus ke kecemasan di hospital aku pun macam ayooo boleh jadi serius ke terus aku tanya boleh ok ke dr? dr kata tengok macam mana lepas 5 hari tu aku pun macam oh ok walaupun dalam hati cuak je tapi aku positif je insyaAllah boleh sembuh hihi


Pastu turun ke cafe cari bubur nasik sebab tak sarapan lagi kan aku pesan teh o panas juga encik suami dah makan mee goreng masa aku tunggu no naik tu jadi temankan aku je lah licin je aku makan walaupun susah nak suap heee cuma aku makan lambatla maklumla bila sakit kena makan dengan sopan santun hehe


Dah dapat ubat anti radang , antibiotik tu mula lah hari2 aku kena telan ubat anti radang tu 3 kali sehari yang antibiotik tu setiap 8 jam maklumla nak merencatkan pertumbuhan bakteria kan sebab bakteria ni 24 jam dia akan tumbuh jadi sebelum dia nak bertumbuh antibiotik ni akan rencatkan pertumbuhan dia dan kiok kuikuikui bye2...

Sambil makan ubat tu kadang2 aku sapu jugak ubat gamat kat gigi yang sakit tu dekat pipi yang bengkak mengeras tu siang aku sapu lendir aloe vera ada masa aku sapu ubat gigi bila malam aku sapu ubat gamat berulang2 aku buat dengan harapan surutla bengkak tu


Sedap je menu camni
Senang aku nak telan
Tak payah kunyah 😆

Hari khamis malam jumaat tu aku perasan bengkak gusi dalam mulut aku dah keluarkan nanah ayooo gelabah aku hihi terus aku amek kapas tekap2 sampai habis keluar nanah pastu ada darah pulak apelagi terus aku tekap2 dengan kapas sampai dah reda aku letak ubat gamat dekat kapas pastu tekap lama pastu tengok dah kering tak darah tu aku gi kumur2 pastu aku letak lagi ubat gamat dekat kapas dan tekap lagi biar je kapas kat mulut aku pastu aku tidur 😴

Esoknya aku tengok bengkak dah hilang keadaan kembali jadi macam biasa aik ajaib betul semalam macam gunung berapi pagi jumaat dah tak nampak semua tu Alhamdulillah bengkak kat pipi pun makin surut nampak dah normal macam biasa cuma pesan dr antibiotik yang makan setiap 8 jam tu kena habiskan aku pun teruskan sapu aloe vera dengan ubat gamat je lah tengok macam mana keadaannya nanti harap oklah kembali sembuh macam biasa takde bengkak2 atau sakit gigi lagi dah kan

Keadaan aku sekarang Alhamdulillah bila sakit gigi hilang selera makan bukan main kejap2 nak makan ajeeee hehe qadho balik gamaknye


jenuh aku nak mengunyah 😄
Sampai licin encik suami makan pun pinggan aku macam penuh je lagi 😂 maklumla sekali suap kunyah 44 kali hehe

1 lagi sepanjang sakit gigi tu banyakkan istighfar yelah kadang alah bukan kadang tapi kerap kita ni manusia keluarkan ayat2 bombastik yang Allah marah ke kan heeee lagi2 yang dah berkahwin dengan cabaran hidup yang bermacam2 tu mulut kita ni ya ampunnnnnn paham2 je laaa hihi

Alhamdulillah kini lepas seminggu lebih dah ok dah syukur tunggu nak gi cabut je gigi yang wat hal tu hehe

Sekian kisah gusi gigi aku 😎
Harap2 ia tak berulang lah lagi
Jenuh nak makan
Makan je kan yang di ingat tu hehe

No comments: