Monday 17 April 2017

SUNDATE ( 2 ) @ CAMERON HIGHLAND




Hari ni memang hari aku rasa nak wat keje gile sket 😄

Pagi2 encik suami keluar kejap nak jumpa kawan2 belajar dia dulu tapi siap pesan aku masak 😄

So sementara tunggu encik suami balik aku pun masakla so menu simple aku just goreng ayam yang dah aku perap dengan kisaran bawang putih,lada hitam,kunyit hidup,halia pastu panaskan tomyam campur je kemudian masak nasik 😄 dah tu jek hahaha

Kemudian encik suami ajak ke shopping mall jalan2 tapi aku macam nak ke 1 tempat yang lebih relax2 so aku ajak pegi cameron masa tu dah jam 2.45 petang 😄 

Boleh bayangkan tibe2 nak ke cameron tanpa dirancangkan pastu nak balik hari walaupun aku ada terfikir suruh encik suami ambil cuti isnin 😄

Bayangkan pegi cameron macam tu je dengan hotel pun tak book sebab aku rasa kalau takde hotel masjid kan ade gitu 😄 memang positif je janji dapat rilek2 kat cameron tu 😄

Encik suami asalnya tak setuju macam2lah beliau punya bunyik muahaha sampai kitorang stop tepi jalan sebab nak berbincang nak ke mana 😄 jam pun dah 2.45 petang kan 

Tapi ntah nape aku macam nak ke cameron jugak sebab situ macam best je dengan hijaunye dengan sejuk udaranya dengan ladang teh yang cantik ewah 😄

So lepas tolak darab bahagi campur encik suami pun pusing balik naik cameron hehe 😍
Wahh berbunga hatiku 😘
I Love You lah abang 😘😘😘

So kami ikut jalan simpang pulai sebab jalan lebih luas,kurang jalan berbelok berbanding laluan tapah tapi kalau ikut jalan tapah pun ok tapi jalan agak berbelok yang best jalan tapah ni banyak gerai orang asli jual sumber2 hutan dengan kraftangan dorang aku ada terfikir jugak nanti nak ke gerai2 doranglah sekarang tak sempat sebab rushing kan dah petang 😄

So sepanjang laluan naik simpang pulai tu kita akan melalui kg raja , tanah rata , brinchang , ringlet , tapah persekitaran memang awesomelah dengan hutan hijaunya,udara sejuknya memang aku rasa fresh sangat seronok dengan persekitaran macam tu 😄



Sepanjang laluan naik tu aku nampak jugak avant chocolate tapi tak berhenti sebab rushing takut nanti malam macam takut pulak nak turun kan so next time je lah datang awal2 pagi banyak masa sikit nak jalan2 kan 😘

So dalam jam 4.30 petang tu aku berhenti jap dekat masjid kayangan brinchang berhadapan dengan balai bomba solat asar situ masa nak ambik wudhuk tu mak aii air dia sejuk sampai terus segar bila kena muka 😄



Air sejuk dari gunung tak sama dengan air sejuk kat rumah kita tu sejuk dia lain sebab air dia memang fresh terus bila kena kulit muka kita terus rasa segar pastu rasa nak duduk cameron je tak nak balik hahaha 😄

Masa aku nak ambik wudhuk tu aku nampak ada sorang jemaah perempuan tengah solat so aku dapat tengokla arah kiblat sebab jemaah tu bentang sejadah kan selesai wudhuk aku pusing nak masuk tengok jemaah tadi dah takde 😄 err aku terfikir jugak aku dahla tak tahu arah kiblat adakah jemaah tu betul2 jemaah atau ? Haha 😄 so aku fikir positif je mungkin jemaah tadi cepat2 keluar lepas solat kan so solatla aku kat tempat jemaah tadi 🤔

Selesai solat encik suami pun dah selesai aku minum sket secawan teh tarik ada jemaah lelaki letak kat para tempat jemaah duduk2 minum2 makan2 tu hmm segarnya minum panas2 dalam cuaca yang sejuk tu 😘 encik suami tak minum mungkin kalau nescafe baru beliau minum 😄



Kemudian kami meneruskan perjalanan asal nak ke ladang teh sungai palas tu tapi sampai ke sudah tak jumpa jalan haha 😄 so stop dekat cameron valley je tempat family aku singgah dulu hehe duduk situ bukan makan pun lebih pada ambil2 gambar dengan video sket sebab situ pun cantik jugak pemandangan ladang teh dia 😍



Selesai di Cameron Valley tu kami teruskan perjalanan laju encik suami bawak yelah kejar masa sebelum malam walaupun binik dia macam nak suruh ambil cuti je esok haha 😄 sebenarnya nak jalan2 kat pasar malam tapi takpelah next time boleh naik cameron lagi 😄 ewah dah niat tu 😄











Dekat sini makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk so kalau datang sini bawakla banyak sket duit sebab harga makanan memang standard orang kaya 🙄 , ada kuih , kek , pastry , macam2 jenis air dengan makanan2 lain pastu ada kedai jual macam2 jenis teh dengan cenderahati macam mug






So sepanjang jalan cari ladang teh boh sungai palas tu nampak anjing jugak lagi2 bila semakin turun ke tapah yelah mungkin kepunyaan orang2 asli tu kan kemudian ada perarakan ape ntah masa kat tanah rata tu jalan jadi sesak memang jemlah jalan kan



Masa pertengahan jalan ke tanah rata tu hujan turun manja2 gitu kabus memang sentiasa ada aku yang tengok ni doala kan jangan hujan lebat atau kabus tu tutup jalan takut oiii kang jadi macam cite nightmare pulak kalau jalan ditutup kabus perjalanan pun nanti jadi lambat sebab kena hati2 kan 😁




Tapi Alhamdulillah perjalanan kami smooth je tak habis2 doa dalam hati semoga perjalanan jadi lancar so kita jaga hakNya insyaAllah Dia jaga hak kita jugak tak gitu? 😍



So masa turun area tapah tu nampak gerbang masuk taman sedia yang ada sambal strawberry tu tapi kami teruskan perjalanan takpe nanti singgah lain kali 😄 so kalau nak ke taman sedia tu ikut jalan tapah je sebab akan jumpa taman ni dulu sebelum terus ke ringlet , brinchang , tanah rata tu

Sepanjang turun area tapah tu jalan mula berbelok2 so nampak je moto2 besar kona baring 😄 hish risau aku tengok 😄 so encik suami mula laju bila jalan tak berbelok dan alhandulillah kami berjaya turun ikut tapah masuk lebuhraya jam 7.26 petang 😅



Dulu family aku pernah menginap di hotel muslim sebelah raudah ni area tanah rata tapi dah tukar nama ke hotel madani


Sekarang ni dah banyak kedai2 dengan bangunan2 baru kat cameron semakin pesat dah tapi aku harap ekosistem hutan hujan masih dapat dikekalkan 😘

Begitula plan tetiba aku so tak banyak la tempat kami stop cuma menghayati alam sekitar dengan layan udara sejuknye je 😄
Singgah sekejap di Lata Iskandar just ambil gambar dengan video sket


Sampai rumah layan mentor je sambil makan malam 😃
Memang seronok sesekali buat plan tetiba camni kan hehe 😄
Memang keje gile di hari ahad haha
Pastu ada hati nak ajak encik suami buat keje gile lagi ke 1 tempat ni 😄 bukan 1 je rasenye banyak lagi plan gile2 bakal menyusul hahaha  😄

Oklah sekian dulu nanti aku update gambar full pulak storage tepon ni hehe 😃



Wassalam...




No comments: