Friday 30 September 2022

SANTAI MALAM DI BIG TAS TEA FALIM

 


Balik je dari kampung tercinta petang2 sket kami gi makan malam kat Cafe Big Tas Tea ni maklumla pertama kali jejak sini nak tengok menu apa yang best2 ada :) 


 Aku memang pantang nampak kek :) terus order Oreo Cheese Cake ni ( RM13.80 ) tapi sedaplah kat tekak aku , nak order menu2 kat sini kena guna scan QR Code tu tapi senanglah cara ni , bolehla klik2 je jap gi sampai je makanan ha ha makan la sampai kenyang :0

Aku sampai dah nak dekat maghrib macam tu jadi nak makan dengan tenang & santai pastu tak terkejar2 baik gi solat maghrib dulu , surau ade je kat sebelah cafe ni tapi kena naik tangga ke tingkat atas jadi ajaklah encik suami teman haha aku rasa atas tu asrama budak2 yang keja cafe tu sebab nampak ada bilik2 dalam tu dengan rak kasut , surau pun selesa lah lembut je sejadahnya pun , dah solat baru turun order makanan & makan dengan tenang hehe
 


 Masa kami gi sini bukan hari minggu jadi sangatla selesa & santai2 je makan , suasana pun cantik menu2 pun sedap2 aku rasa bukan sekali aku akan jejak sini sebab apa tau? banyak lagi menu2 yang nak dicuba rasa hihi :0 


 Masa scroll2 menu yang banyak tu aku pilih BigTasTea Platter Free 2 Cups Sparkling Juice ( RM62.80 ) ni , sedap weh :0 aku rasa set pinggan besar ni boleh makan 3 orang sebab macam banyak je ni aku makan 2 orang pun jenuh nak habiskan siap mintak bekas tapau bawak balik yang tak habis tu hehe :p 

Air pulak aku cuba Gempak Kopi Hot ( RM10.80 ) dengan Chocolate Cookies Hot ( RM9.80 ) tapi sedaplah :)

 Alhamdulillah...dah kenyang marilah balik sebab nak tengok cerita Zombie Detective pulak :0 , TV3 jam 11 malam setiap selasa sampai khamis :0 

 

No comments: