Hai tiba2 aku muncul hahaha
Dah pagi buta tapi mata tak mengantuk pulak
Banyak tido camnila
Pastu sekarang ni gambar makin banyak pulak dalam phone
So baikla aku letak dalam blog je haha
Kang nak bergambar full la pulak hehe
So meh aku cerita aktiviti aku masa hari Merdeka hari tu
Aku tak balik kampung sebab encik suami cuti sehari je
So kebetulan dapat tahu sempena merdeka ni Movie Animation Perak bagi potongan harga masuk RM30 je uolls hahaha apalagi terus aku ajak encik suami ke sini je sebab harga sebenar RM100 lebih tau
Dah lama aku nak masuk sini tapi mengenangkan tiket masuk yang mahei bebenor tu simpan dululah hasrat tu hehe
So meh aku bawak korang masuk dalam MAPs ni secara maya gituuuu hihihi
Nampak tak keceriaan di wajahku dah macam kanak2 riang sebab jap lagi aku nak main semua permainan yang ada haha kononla kan heee tunggu jap lagi aku cerita haha
So lepas bayar kat kaunter masuk tu staff situ bagi ni so simpan jangan hilangkan sebab ada no cabutan bertuah malam nanti
Aku stay situ sampai nak tutuplah
Kata Hari Merdeka kan memang adala tembakan bunga api nanti tu
Walaupun aku memang cuak je tengok percikan bunga api
So dah masuk nanti akan jumpa box ni
Masukkan keratan hujung kertas yang dapat tadi yang ada no cabutan bertuah
Hadiah dia dapat KERETA uolls hahaha
Beranganla nak dapat dengan kehadiran puluh ribu pengunjung heeee
Eh tetibe dah sampai kat kaunter Cafe Tok Abba? haha
Dahaga tau lepas jalan masuk usha2 kawasan yang luas giler tu
Masa sampai depan ni aku dengan encik suami terus masuk dalam usha2 cafe dalam tu
Pusing2 pastu camne nak order ni sebab kebetulan time tu staff takde kat depan tu tapi lepas tu baru staff lain tegur & tanye cik dah order eh?
Aku cakapla belum pastu aku gitau nak milo ais gelas besar
So staff tu tolong ambikkan order aku pastu bayar di kaunter dekat depan tadi tu tempat encik suami berdiri dalam gambar
Fuhh dahaga betul
walaupun harga agak mahal RM8 lebih jugakla
Tapi standard la datang tempat camni
Memang mahal dah macam kat legoland @ universal studio
Gitu aku bandingkan heeee
So korang takkan sesat dalam ni sebab ada papan penunjuk arah
Kawasan ni luas uolls mengahla jugak nak berjalan tu heeee
So jom jalan2 dari jauh dah nampak permainan mcm sky tower tu
Gerun tak tengok? hehe
Dulu aku pernah naik camni kat Genting Highland
Memang ko rase nak bukak je pengadang tu pastu terjun lari dari situ hahaha
Masa turun laju tu kita akan terangkat dari tempat duduk
Gayat oiiiii haha
Tu yang no second trial hehe
Jalan2 lalu kawasan ni tempat mainan kanak2
Ada air pancut situ memang basahla kan budak2 hehe
So baikla bawak spare tuala bila bawak kanak2 masuk kawasan ni
Dekat sini ade je toilet semua senang nak tukar baju budak2 yang basah mandi air pancut tu
So perbarisan ala2 ni sempena merdeka la kan
Tibe2 je lalu kawasan situ
So aku takdela tengok sangat sebab teruja nak explore kawasan je hehe..
Encik suami tak berapa nak sihat coz rase nak demam heee so aku suruh gi duduk tepi dinding tu ramai je yang duduk tunggu
Nun di hujung sana encik suami duduk sebab pintu nak tengok cite ape tah tak bukak lagi tapi jap je kat situ sebab dekat nak maghrib dah so cancel lah kita g surau dulu pastu tengok ape yang masih show on
Ramai beratur nak masuk rumah hantu kalau tak silap tapi baru je aku nak ajak encik suami ke situ cepat2 encik suami tarik aku haha terus aku gelakkan dia muahahahaha
Oh My Husband
*tepukdahi
Beratur nak order air muahaha maklumla kawasan luas banyak nak jelajah mudah haus pulak pastu harga hmmm tercekik nak bayar tapi pejam mate je lah hihihi
Aku tangkap gambar buah buahan tu cantik je letak atas ais memang sedap je nampak segar2 gitu
Tunggu encik suami order jus honeydew my favourite
Order air honeydew minuman kegemaran aku harga pun triple2 so kongsi je lah muahaha
Minum sambil jalan2 bayangkan beli air je dalam ni sebab banyak berjalan kan pastu haus heeee
Tak sangka dapat jugak aku jejak salah satu tempat impian aku muahaha dek dapat potongan harga kebabom memang 1 kawasan aku pusing tapi dek kesihatan encik suami maka pertimbang jugakla heeee takpe next time masuk lagi if ade rezeki lagi kan heeee
Time ni kami tengah beratur nak naik ape tah name dia buaian gerak kiri ke kanan tinggi2 tu sambil slow2 pusing muahaha apolah penerangan korang faham ke ape yang aku cite ni? hihihi
Encik suami tu bising je dia nak keluar dari beratur lah , suruh aku sorang je naik dia tunggu kat tepi2 tu lah , cuak je nak naik muahaha tapi aku ajak jugak naik walaupun aku pun cuak hehehe
Ewah wefie sat haha encik suami tu kemain tak nak bukak spek aku tak pasti dia tengah tido ke ape muahahaha
Kami diberi spek 4D sebelum cerita start
Duduk tempat camni teringat pulak zaman2 kuliah di kampus
Rindu....
Ginila rupa spek 4D tu
Kena pakaila sebab efek kilat la cahaya lampula kang silau pulak sebab kerap gak aku bukak titup nak tengok apa bezanya pakai dengan tak pakai heeee
Ok nak pi mengembara jap dengan geng boboboi hahaha
Boboboi tengah memberi arahan pada kami kononnya haha layan je laaa
Konon2 kami pun ikut makhluk ni mengembara tapi duduk kerusi belakang dalam kapal angkasa heeee
Salah satu bangunan yang ada situ
Cantikkan kedai2 diwarna-warnikan macam ni baru ceria je cantik pun cantik walaupun ada perkataan monkey heeee aku tak masuk pun banyak souvenir je kebanyakkan kedai kat situ
Ni suasana depan kami yang tengah santai2 kat kerusi
Cantikkan lagi2 bila malam menjelma dengan lampu2nya yang cantik tu
Bangunan oren tu ibarat macam klinik la kalau apa2 jadi pengunjung pitam ke memang hantar situ la sebelum ambulan datang sebab kedudukan pun depan pintu masuk belah dalam
Gitu aku bagi penerangan hihihi
Tak ramai orang dalam restoran kapal ni
Suasana rilek je macam dalam kapal terbang
Ade 3 tingkat menu pun berlainan
Harga toksah cakaplah heeee
Makan dalam kapal terbang tak bergerak
Same je harga dengan kapal terbang bergerak haha gitu aku bandingkan hahaha
Encik suami baring dalam ni kerusi depan aku jenis sofa kulit tu so bagi encik suami tido kejap sebab kurang sihat
Time ni rehat2 kejap kat kerusi depan laluan masuk ke surau
Encik suami kurang sihat rasa nak demam pulak
So rilek2 santai je tengok suasana malam kat situ
Tempat ni cantik bagi yang suka selfie wefie hehe
Aku mule2 je suke selfie wefie ni pastu lame2 macam malas sudah muahahaha
Faktor usia mungkin zaman muda remaja sudah berlalu
So bagi tumpuan zaman remaja purba pulak heeee nak jugak remaja tu heeee
First time jugak aku masuk 4D wayang ni
Bagi aku menarikla walaupun berdegup gak jantung heee mane taknye dengan kerusi bergerak2 ikut cerita boboboi tu pengembaraan ke alam fantasila kononnya kena percik air la , hembusan angin la , kilat la , kerusi terangkat tinggi la fuhh macam kita pulak ada dalam kapal angkasa tu heeee
Cantik kotak nasi ayam ni padanlah dengan harganya RM16 lebih tu hehe aku share je dengan encik suami sambil tengok konsert artis malam tu macam ezad exist , faizal ismail yang jadi pengacara , sape lagi tu ade 2 lagi artis aku dah kelupaan yang kawan baik lelaki erra fazira tu pastu sonawan ke ape heeee makan pun duduk je tepi kaki lima kedai tapi bersih ramai je duduk2 santai situ
Hah ni rupa nasi ayam tu
Bolehla sekadar lapik perut kan
Encik suami mane cukup ni
Balik makan lagi heeeeee
So habis dah siri pengembaraan aku dalam MAPs ni
Sampai je depan pintu nak keluar tu tembakan bunga api pun dilepaskan
Chewah macam adun kawasan selesai buat lawatan pulak muahaha tapi cantiklah percikan bunga api tu cuma aku ni takut sikit sebab atas kepala kami2 je huuuu takutttt
So pegi jauh2 sikit tengok dari kejauhan je lah walaupun ade sekali aku nampak abuk percikan tu jatuh tak jauh dari aku huuuu lagila aku seram walaupun ade je bomba kat situ
Bagus langkah berjaga2 kan
Banyak jugak kereta kat jalan raya benti tepi jalan nak tengok bunga api tu
So dah selesai mohle balik ke pangkal jakan heeee
So rumusan ceritanya bagi aku bestlah jugak tempat ni sekali sekala masuk oklah sebab harga pun tak murah pastu harga makanan minuman pun agak mahal tapi mainan2 semua best2 boleh la rasa jantung nak terkeluar semua tu muahahaha
k nanti aku update entri lagi sebab banyak gambar2 lain tak dimasukkan maklumla nak tunggu mode rajin menaip tu hmmmmm faham2 je laaaa heeeeee
Wassalam....
Bolehla sekadar lapik perut kan
Encik suami mane cukup ni
Balik makan lagi heeeeee
So habis dah siri pengembaraan aku dalam MAPs ni
Sampai je depan pintu nak keluar tu tembakan bunga api pun dilepaskan
Chewah macam adun kawasan selesai buat lawatan pulak muahaha tapi cantiklah percikan bunga api tu cuma aku ni takut sikit sebab atas kepala kami2 je huuuu takutttt
So pegi jauh2 sikit tengok dari kejauhan je lah walaupun ade sekali aku nampak abuk percikan tu jatuh tak jauh dari aku huuuu lagila aku seram walaupun ade je bomba kat situ
Bagus langkah berjaga2 kan
Banyak jugak kereta kat jalan raya benti tepi jalan nak tengok bunga api tu
So dah selesai mohle balik ke pangkal jakan heeee
So rumusan ceritanya bagi aku bestlah jugak tempat ni sekali sekala masuk oklah sebab harga pun tak murah pastu harga makanan minuman pun agak mahal tapi mainan2 semua best2 boleh la rasa jantung nak terkeluar semua tu muahahaha
k nanti aku update entri lagi sebab banyak gambar2 lain tak dimasukkan maklumla nak tunggu mode rajin menaip tu hmmmmm faham2 je laaaa heeeeee
Wassalam....