Saturday, 31 August 2019

SALAM KEMERDEKAAN KE 62 MALAYSIA TANAH AIRKU YANG TERCINTA


Salam Merdeka Ke 62
Lama aku tak menaip
Rindu nak membebel kat sini hehe
Perkembangan aku macam biasa
Takde yang berubah
Cuma selasa petang hari tu mak aku masuk wad hingga hari merdeka ni masih lagi di wad
Kes jaundis tapi warga emas
Selalu kes2 macam ni banyak terjadi kat baby kan tapi tak sangka warga emas pun boleh berlaku
Semua disebabkan hati yang ada masalah
Aku tengok kat file doktor tulis Hepatobiliary
Oklah aku nak sambung tido sebab dah jam 4.47 pagi
Wassalam

Wednesday, 14 August 2019

💖 SALAM 'AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN 💖




Hai korang raya mana tahun ni?
Aku tak balik kampung pun sebab cuti sehari je kan huhu sian tak?
Apelah makna raya kalau tak balik kampung kan?
Aku dengan adik bongsu aku je tak balik yang lain balik 😂
Tapi nanti adik bongsu aku balik jugak kampung aku je tak pasti lagi ni..
So pagi2 raya macam biaselah gi solat raya kat masjid tak jauh mana dari rumah
lepas tu ada korban 🐂 buat dekat rumah kakitangan masjid aku rasa macam nak pergi tengok tapi kata pak imam ada sistem kupon untuk ambil daging korban tu segan pulak aku nak menempek situkan hehe so tunggu jemaah berkurangan sempat layan ambik gambar seketol depan masjid hehe
Tak lama pak imam balik panggil encik suami nak bagi daging
eh ade je lebih pulak tu memang elok sangat daging tu lemak takde sangat
Alhamdulillah rezeki 😍

Terus aku potong2 bersih2kan masuk dalam beberapa bekas simpan dalam peti sejuk beku


So dalam seminggu ni rasanya menu aku mesti ada daging je lah 😃


Menu Daging Campur Masak Asam

Lame aku tak menaip rase macam dah tak reti nak berblogging maklumla banyak socmed yang lain nak diupdatekan haha gitu...😄
Tapi sejak laptop aku rosak memang aku dah tak rajin nak menaip sebab aku lagi suka menaip di laptop banding di hp macam sekarang ni kadang2 ada time terjelepok hp atas muka sakit tau tak 🤣🤣🤣 sabar je dengan hp ni kan hehe

Oklah aku stok taip dulu
Taip sambil baring lenguh tangan je kan tapi gigih nak taip jugak sebab bukak blog macam lama tak menaip so mehla update sket 😄

Tak lama nak merdeka kan
Korang sambut merdeka kat mana?
Aku tengah fikir2 lagi ni
Aku pernah sambut merdeka dekat melaka , maps perak , selangor 
Kali ni aku masih belum dapat idea lagi 
Semangat kan nak merdeka hehe

Oklah aku stop menaip dulu nanti rajin2 aku taip lagi ok insyaAllah 😍👌
Wassalam....have a nice day everyday 💖


Baju Raya 'Aidil Adha tahun ni free je reward dari bossku hehe 😄💕
Aku kan nekad nak pakai jubah je tak nak baju2 lain tapi baju peplum songket ni memang selesa jenis loose cutting dia so selesalah 😍 dapat free takkan nak tolak pulakkan terima sajalah Alhamdulillah menepati spesifikasi yang aku suka so oklah 💖



Thursday, 1 August 2019

MAKAN MALAM DI CAFE THAI



Alhamdulillah dah masuk bulan ogos kan 
Aku baru muncul semula haha 😃
Aku ada je kerap jugak bukak blog baca cerita2 lama cerita kawan2 blog hehe
Tapi nak menaip tu hmm idea tak datangla pulakkan
Malam ni eh dah jam 3 pagi pun sambil tengok jack the giant slayer gergasi tu sambil2 menaip 😃


Encik suami order teh o suam
aku order sirap bandung 😃


Encik suami macam biasalah Nasi Goreng USA dia tu 😃
Aku cilok daging sekeping hehe
Sedaplah jugak


Selalu aku mesti order Nasi Goreng Ikan Masin
Tapi malam ni aku cuba pulak Nasi Goreng Thai hmm sedaplah ada sup dengan sambal belacan


Celur bihun bagi lembut
Sebelum gi makan malam beli siap2
Nanti kedai tutup 😃


Siap2kan bahan masak bihun singapore 
Sarapan esok pagi 😘
Simple tapi kenyang seharian kan 👍


Ni malam semalam teringin makan tomyam dengan telur dadar
Memang kombinasi terbaiklah 2 menu kan 😘👍


Kueyteow bandung dengan Sirap bandung
Masa aku order menu ni tersengih je pelayan tengah catit order aku 😃
Aku tau kenapa tapi aku tak tau kenapa mesti aku order yang belakangnya bunyi bandung?
Nak suruh aku gi bandung ke ape ni?
hmm nanti aku fikirkan nak buat ape aku nak gi bandung tu hehe sebab aku bukan kaki shopping sangat pun aku lebih pada kaki makan haha patutla aku tak slim kan? 😄


Aiskrim ni sedap tau uolls 😘👍
Beli dekat stesyen minyak je sebab encik suami tengah isi minyak yang si bini ni pulak memang pantang nampak peti aiskrim mesti nak walau macam mana pun haha