Sunday, 29 September 2019

SEPTEMBER 2019 BULAN PENUH UJIAN DAN DUGAAN



Hi Korang



Lama aku tak menaip kat sini kan
Ntahla kenapa tak tertaip kat sini
Ni pun aku taip dalam wad hospital memandangkan mak aku tengah tido dan aku masih tak dapat tido hehe
Tapi bukan aku yang sakit 
Aku teman mak aku kuar masuk hospital dekat sebulan dah di sebabkan mak aku telah di kesan ada ketumbuhan di saluran hempedu
Korang terkejut?
Jangankan korang aku ni pun terkejut jugak mulanya heee


Masa ni aku makan malam dengan mak aku kat wad , aku beli dekat cafe bawah nasi ayam , roti dengan milo panas share dengan mak aku hehe sebab mak aku makan sikit je sekadar bagi tenaga selebihnya korang faham2 sendirila sape pulak yang tukang habiskan semua hehe 



Suasana dalam wad dah jadi 1 pemandangan biasa bagi aku bulan september ni 

Oklah Alkisahnya mulanya adik aku terperasan suatu hari bila terpandang mata mak aku nampak kuning bukan putih macam kita
Terus adik aku bawak check di klinik yang kemudian terus direfer ke hospital
Dari situ mak aku dikesan ada masalah saluran hempedu tersumbat
Terus masuk wad


Dek mak aku tengah dibuai mimpi aku kira biji tasbih ni hehe dah nak buat ape je kan? aku takleh tido lagi ni tengah duduk je atas kerusi 

So aku terus balik kampung sebab nak jaga mak aku tu memandangkan adik beradik aku yang lain ada komitmen masing2 tapi yang ada masa free dorang pun gilir2 jaga mak aku kat hospital


Aku ni lama dah tak kupas kelapa 
So time aku kupas ni ada 3 orang anak buah aku Aidina Uzair Alimin tengah tengok hehe
Asyikla tak sabar2 nak isinya
Aku ni jenuh kot nak mengupasnya
Rupa2nya kalau korang goncang kelapa muda tapi tak dengar bunyi air maksudnya air memang penuh dan isinya keras
Gitu pengalaman aku sekali kupas haha

Dalam bulan yang sama adik aku yang perempuan tu pun ada operation dekat hip joint dia di hospital swasta
So aku gilir2 jaga dorang berdua dekat hospital yang berlainan


Aku ni sejak jadi peneman pesakit asyik nak makan je kejenye 😂 ni masa dekat hospital swasta teman adik aku kat bilik dia 


Anak2 buah aku ni memang suka datang tempat makcik dorang 😄

Tido tak cukup itu dah jadi perkara biasa sejak aku jaga dorang tapi nampaknya aku boleh adapt dengan keadaan tu mungkin aku dah terbiasa dulu stay up zaman belajar kan



Staff fisio datang bilik sebab nak ajar adik aku berjalan perlahan2

Kesian suami aku kena tinggal tapi alhamdulillah beliau memahami walaupun aku tetap rasa bersalah huhu
Sekarang ni adik aku dah boleh berjalan tapi masih dengan sokongan tongkat sementara waktu yelah baru je operate kan



Suami aku hehe rajinla pulak nak menyiram pokok2 bunga hiasan mak aku tu masa balik sekejap hari tu hmm TQ suami sebab memahami 

Mak aku pulak isnin sepatutnya operate saluran hempedu dekat hati tapi mak aku decide tak nak operate cuma nak buat rawatan dekat 1 tempat di Penang di Permatang Tinggi sana



Anak buah aku Uzair nak ikut pulak tahan mata dia sebab jam 11 malam baru mula rawatan hehe tu la nak ikut tapi mengantuk sudah hmm

Situ ada perawat2 islam tradisional yang boleh mengubat masalah2 hati , jantung , batu karang , sihir , santau dan urutan urat saraf sendi semus
Aku tengok sendiri depan mata perawat tu keluarkan batu karang lepas discan hanya pakai tapak tangan pastu pesakit tu boleh terus bangun macam takde ape pun berlaku
Sakit pun tak SubhanAllah...luas ilmu Allah tu kan?
Bahan2 yang perawat2 tu suruh bawak hanyalah air mineral , kelapa muda , limau purut , krim aloe vera bergantung keadaan pesakit yang datang
Aku datang situ dengan mak dan jugak abang aku
Rawatan dimulakan pada jam 11 malam tapi percayalah semakin malam semakin ramai yang datang
Dekat situ jugak ada disediakan tempat makan2 atau rilek2 sementara tunggu pesakit2 dirawat



Dekat sini semua kaum datang buat rawatan
time ni perawat tu tengah nak stopkan pertumbuhan ketumbuhan dekat saluran hempedu mak aku tu berlapikkan tangan abg aku

Korang doakan semoga mak dan adik aku cepat sembuh ye dan semoga korang juga dikurniakan kesihatan yang terbaik aamiin.....