Tahun ni suami aku dapat cuti panjang sikit 😃 dari jumaat sampaila isnin kan kebetulan pulak katanya nak ziarah abangnya yang baru keluar hospital hari tu kat serdang sebab sakit jantung , kencing manis dengan tekanan darah tinggi bak kata orang penyakit 3 serangkai tapi abang ipar aku tu duduk di hulu langat selangor so sebab dah keluar hospital kami melawat kat rumah beliau je lah sebab adik beradik suami aku dengan mertua dah ziarah kat hospital serdang sana
Balik kerja khamis hari tu terus kami keluar gi shopping sikit tapi percayalah suami aku yang shopping bukan aku 🤣 kesian tak kat aku? ha ha tapi takpelah kasi can la kan lelaki jarang nak shopping2 ni so kali ni aku teman je pilih2 baju dengan kasut beliau 😄 3 pasang baju warna navy blue , emerald green dan orange brown harga baju navy blue RM39 pastu 2 lagi ada promosi cny 2 pasang harga RM49 pastu pilih seluar jeans hitam RM40 lebih dengan kasut RM139 untuk kerja beliau
Lepas shopping terus gi beli red velvet cheese cake dengan carrot cheese cake dekat harolds bread kat tesco
Pastu alang2 makan malam je kat situ 😘
kami ke Aeon shopping sikit 😍
Seronokkan bila dapat cuti panjang hehe
Happy 💕
2 baju RM49 je aku yang pilihkan sebab sedap pada pandangan mata aku😍
kami ke Aeon shopping sikit 😍
Seronokkan bila dapat cuti panjang hehe
Happy 💕
2 baju RM49 je aku yang pilihkan sebab sedap pada pandangan mata aku😍
So bermula lah jumaat tu suami aku gi servis motor
Haa ini semua idea aku lah ke Hulu Langat dengan naik motor 😄
Jarak perjalanan 3 jam lebih dari Ipoh
Suami aku tukar plugs RM12 dengan Set cermin signal RM60 maklumla pertama kali nak jalan jauh naik motor hehe tapi memang impian aku nak pusing 1 Malaysia dengan motor sebab bagi aku dengan bermotor kita akan jumpa tempat2 yang best2 dari berkereta cuma yelah aspek keselamatan pun perlu lah diambil kira kan 😊
Travel bermotor ni santai2 je so perjalanan bermula jam 7.10 pagi hari Sabtu lepas suami aku mulakan perjalanan dengan bacaan doa
Seribu satu rasa masa nak mulakan perjalanan tu doa2 cuaca bagus dan semuanya lancar dan selamat pergi dan balik 😍
Matahari belum muncul kami dah gerak seawal pagi 😍 tenang je berpagi2 kan 💕
Matahari dah mula terbit 💕
Cahaya matahari mula menerangi alam 😍💕
Dalam perjalanan aku nampak banyak jugak yang kembara bermotor yang secara konvoi pun ada so best jugak tidakla kami je kat lebuhraya kan hehe 😍👍
Matahari belum muncul kami dah gerak seawal pagi 😍 tenang je berpagi2 kan 💕
Matahari dah mula terbit 💕
Cahaya matahari mula menerangi alam 😍💕
Dalam perjalanan aku nampak banyak jugak yang kembara bermotor yang secara konvoi pun ada so best jugak tidakla kami je kat lebuhraya kan hehe 😍👍
Jam 8.10 pagi kami berhenti di Bidor isi minyak RM5 gi toilet semua sampai 8.22 pagi bertolak
Jam 9.03 pagi kami berhenti di rnr Behrang gi toilet 😄 kebanyakkannya suami aku la aku tunggu je kat motor hehe
Jam 9.55 pagi berhenti di rnr Rawang suami gi toilet pastu beli roti sandwich telur RM3 dengan roti sardin RM3 dengan air tin
10.37 pagi sampai Sg Buloh isi minyak motor kat petronas Qaliq Hs Enterprise dalam RM7.50
Jam 11.19 pagi kami sampai di Restoran Rasyed Ampang makan tengahari kat situ sambil rehat2 betulkan urat ha ha 😄 dulu masa aku kerja kat ampang memang selalu lah aku beli & makan2 kat restoran ni sebab dekat je dengan opis aku lagipun aku suka ayam goreng kat situ 😘 so terus maklumkan kat kak ipar aku kami dah dekat nak sampai walaupun tak pasti arah jalan nak ke hulu langat tu 😄 so total kos makan tengahati kat situ RM25.20
Petang sikit aku ajak suami melawat kawasan 😄 macam adun pulak kan hehe singgah gerai akak goreng pisang tu 3 RM1 so aku beli RM10 pastu kami pusing2 sampaila ke hutan lipur kat situ ape ntah namanya rasa mcm hutan lipur perdek ke bestnya sungai2 kat situ ade pulak tempat pondok2 bbq ada jugak yang pasang khemah kat situ tapi kami tengok2 je persekitaran sungai yang best tu sambil order cendol hehe 1 gelas plastik tu RM3 aku beli 2 rasa? oklah 😘
Suami aku cari kedai motor masa dalam perjalanan balik umah ipaq aku 2 kedai takde pulak lampu motor depan tapi Alhamdulillah 1 kedai motor ade bayangkan nak balik esok pagi2 tapi lampu depan tak bernyala? 😂 borak2 dengan abg bengkel tu terkejut dia bila tahu kami bermotor dari ipoh jauh betul katanya datang ke hulu langat pastu kos tukar lampu depan tu RM25
26/1 Ahad kami bertolak balik , perjalanan bermula seawal jam 7 pagi semua anak2 buah dengan ipar2 aku hantar kat depan rumah tapi aku lupa nak ajak bergambar hehe maklumla pagi2 nak bergambar ke kan 😄
Kami di Lookpoint View Ampang Saujana
Kalau tak rushing nak je lepak sini lame2 😎💕
Cantik view bawah tu kan...
Sempat snap view klcc dari jauh😎
tempat hari2 aku lalu lalang masa kerja dulu 💕
tempat hari2 aku lalu lalang masa kerja dulu 💕
Alang2 nampak ada Restoran Jejantas Sg Buloh berhenti sarapan di Burger King mengadap pemandangan bawah lebuhraya sejam jugak sampai 9.15 pagi lepak2 makan kat situ aku order Double King Beef dengan Chicken harga setiap set RM9.90
Nikmati pemandangan jalan raya
rehat2 sekejap sebelum teruskan perjalanan 💕
Nikmati pemandangan jalan raya
rehat2 sekejap sebelum teruskan perjalanan 💕
Dalam jam 10.30 pagi berhenti di hentian Tanjung Malim suami beli hot White Coffee RM4.62 aku beli Purple Velvet Cream Cheese RM6.51 dengan Chocolate Walnut RM6.51 kat Harolds Bread situ rehat2 sekejap sebelum sambung perjalanan 😎
Jam 11.24 pagi sampai Bidor isi minyak lagi 😊 kos RM7.82 pastu aku charge hp sekejap kat situ sebelum bertolak balik lega dah dekat nak sampai ipoh kan hehe tak sangka tercapai jugak impian nak kembara bermotor ke hulu langat tercapai Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan dan berjalan lancar syukur 😍
Alang2 sampai Tapah aku ajak suami naik cameron 😄 sebab sampai awal kan dalam jam 1 petang lebih lepak2 Lata Iskandar tengok orang mandi air terjun sambil kunyah jajan yang beli kat masjid negeri jumaat hari tu 😃 tengah kunyah2 suami aku kata tak jadi nak bermalam kat cameron suspen je terus aku kemas2 jajan2 semua dan bergerak turun ha ha 😃 yelah kan takkan nak turun waktu gelap nanti seram weh mana nak layan jalan berselekoh lagi pastu kabus2 semua tu hihi takpelah lain kali je lah bermalam di cameron lagipun baru balik dari hulu langat kan bawak2 berehat dulu 😄
So kami singgah di Seeds Cafe Abg Strawberry walaupun plan aku nak makan tempat lain tapi dah alang2 suami bawak ke Taman Sedia layankan je lah 😃 singgah beli strawberry 3 bekas RM20 dengan Air Jagung Opah RM5 aku beli 2 botol sedap jugak 😘👍pastu duduk makan di seeds cafe tu order Nasi Lemak Abg Strawberry warna pink 2 set RM20.68 dengan Abg Strawberry Kordial RM5.16
Lepas makan kami teruskan perjalanan balik 😄 dah letih baik cepat2 sampai rumah nampak bantal dah hehe
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik dipermudahkanNya 😍 syukur......
Selesailah kembara bermotor seketika
InsyaAllah ada rezeki akan ada kembara bermotor ke tempat2 lain juga 😄
Tahun 2020 menjadi tahun kembara bermotor kami dah rasanya sebab kepuasan sepanjang perjalanan tu tak terucap kata2 💕
Sekian dulu 😎💕
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik dipermudahkanNya 😍 syukur......
Selesailah kembara bermotor seketika
InsyaAllah ada rezeki akan ada kembara bermotor ke tempat2 lain juga 😄
Tahun 2020 menjadi tahun kembara bermotor kami dah rasanya sebab kepuasan sepanjang perjalanan tu tak terucap kata2 💕
Sekian dulu 😎💕