Sunday, 26 September 2021

POKOK KELADI SAYA

 


 Hari ni masa aku nak keluar gi cari sarapan dengan encik suami aku terpandang pokok keladi yang tumbuh meliar kat laman rumah , lama aku perati sebab cantik pulak kejadiannya hehe maklumla aku tak pernah peduli pun tumbuh2an yang tumbuh sekitar rumah tapi elok pulak dorang ni hidup kalau yang aku cuba tanam tu selalu tak menjadik tu yang aku dah malas nak amek tahu beli je lah kat kedai ha ha


Cantikkan?😍 aku cari nama pokok ni sebab mesti ada nama kan ikut spesies jadinya nama pokok keladi jenis ni ialah CALADIUM PINK BEAUTY 🌺 


Tup2 aku rasa macam nak berkebun atau lebih tepat lagi dekorasi laman takpelah perlahan2 nanti aku nak tambah pokok2 biar laman aku jadi laman de paradise ewah 😄💪 

 

Monday, 6 September 2021

CUCUR DURIAN

 


 Aku beli durian ni sebab nak cuba masak goreng2 yelah tak pernah cuba kan jadi sebab harga durian murah sebijik RM5 dengan RM3 aku beli 3 bijik 😍


 Aku kupas tak pakai pisau pun 😄 aku guna chopstick je heeee


2 biji harga RM10 sebab besar sikit saiz dia dari yang kecik RM3 


Resepi dia aku bancuh tepung gandum , tepung jagung , tepung beras , garam , telur , air 

 


               Siap dah untuk digoreng 


 Siap Cucur Durian pertama kali aku goreng ni 😄 sedaplah jugak dilayan makan panas2 Alhamdulillah....😍👍

 

Friday, 3 September 2021

REZEKI JUMAAT DARI MASJID

 


Alhamdulillah tengah berfikir2 nak masak & makan apa encik suami bawak balik nasik ni pemberian dari masjid tempat beliau solat jumaat tadi 😍 jadi panaskan je nasik semalam ada sikit lagi bolehla makan sekali

 



Tempat aku sekarang kerap turun hujan jadinya asyikla nak makan macam2 😄 petang2 kalau rajin aku dengan encik suami gi jogging jugak dengan harapan dapat balik badan macam dulu2 🤣 sebelum kawen kerapla kami gi jogging sama2 kat tasek seronok dulu2 kan jalan2 sana sini benas hirup udara segar sekarang ni hmm semoga Allah melindungi kita Aamiin....💖 

Thursday, 2 September 2021

CUCUR PISANG

 


Alhamdulillah di saat tak tau nak masak atau makan apa malam2 terus aku buat keputusan goreng cucur pisang sajalah hehe layan je kan cucur pisang ni nak2 ada teh o panas sekali sedar2 licin tanpa sedar 😂😂😂 


Jadinya jomlah adun bahan2 dia mula2 aku lenyek pisang dengan gula pastu aku tuang tepung gandum letak sikit baking powder dengan soda bikarbonat letak garam sikit dengan telur sebijik dah siap jomla goreng jemput2 dengan tangan je... 

 


Layan betul cucur pisang dengan teh o panas2 kan lepas satu2 ngap 😄 Alhamdulillah...