Friday 28 December 2012

Azam Berazam :)



Puasa2 Sunat

 


1) Puasa Arafah iaitu hari ke-9 Zulhijjah bagi yang lain daripada orang haji dan orang musafir.Adapun oraang haji jika ketahui bahawasanya sampai ia pada malam ke Arafah dan ia muqim sunat ia puasa.

2) Hari Asyura iaitu hari yang kesepuluh Muharam.

3) Tasu’a iaitu hari yang kesembilan daripada Muharam.

4) Ayyamul Bidh iaitu hari ke 13,14,15 setiap bulan.

5) Ayyamus Sud iaitu hari ke 28,29,30 setiap bulan.

6) 6 hari daripada Syawal dan berhubungan dengan hari raya terlebih afdhal.

7) Puasa hari Isnin dan Khamis.

8) Puasa pada hari yang tidak ada makanan bagi seseorang makanan yang dimakan.

9) Puasa Asyhuril Haram iaitu puasa Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharam.

10) Puasa Sya’ban

11) Dan makruh menunggalkan puasa pada hari Jumaat melainkan dihimpunkan dengan Khamis atau Sabtu.

12) Sunat puasa sehari dan berbuka sehari.

13) Makruh puasa dahr yakni puasa selama-lamanya lain daripada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq bagi orang yang takut mudarat dengan puasanya atau takut luput mendirikan hak jika sunat sekalipun dan sunat puasa dahr bagi orang yang lainnya. 


14) Puasa Nabi Daud a.s. (iaitu berpuasa selang sehari)


 Adam time kat umah tok wan n tok...tahun ni baru masuk sekolah rendah ;0...Aidina lak tersipu siput tgk abg dia berdiri tegak gaya mcm nak nyanyi lagu NEGARAKU n lagu SEKOLAHKU ;0...mak ngandoakan semoga Adam menjadi pelajar yang soleh dan bijak serta cemerlang dunia & akhirat amin...:)



tibe2 perut bagi isyarat mintak diisi..adeh mau masak n makan ape nih???hmm k lah masuk dapur jap jenguk2 pe de ;0...daaa ;0



  Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. 



No comments: