Tuesday 11 June 2013

TART TELUR vs BISCOTTI ^-^




Pagi2 tetibe jadi rajin masuk dapur buat Tart Telur hehehe ^-^....jom layan cara pembuatan tart telur by chef Amy ^-^



 gigih tak gigih haku menguli pepagi kan...encik somi suke tgk muke kegigihan haku pepagi ni menguli grrrrrr..^-^



 tadaaa my pastry tart ^-^ yang pertama tu sebab gigih sangat jadi tebal la plak cane nak isi filling nanti?? hahaha meh haku bagi giyomi sekali ekekeke ^-^ kata first time nak buat kan? ^-^...so meh kita bahagi 2 n terap sekali lagi...tadaaaa dah jadi pun..gembiranya hahahaha ^-^



 nak wat filling tart ni letak susu 500ml...pastu masuk tepung kastard 3 sudu...alamak!!! td haku lupe laaa haku g letak tepung jagung daaa adeh! kahkahkah tp rase ok gak hihihihi ^-^...



 pastu letak esen vanila 1 cup penutup dia tu...korg tgk haku pakai tpg jagung??? astagaaa tu la penangan pepagi lagi kat dapur dikacau encik somi terus tak fokus hihihihi tp seb jadi gak hahaha ^-^



 pastu masukkan telur merah je tau 3 bijik..tgkla acuan telur merah haku tu hehehe....first time pakai..best plak rase mcm pro jek uwekkkk!!! ^-^



 k pastu letak atas api kacau2 n bile filling dah agak nak likat tutup api n tuang dalam acuan pastry td..that's why kenapa tgh2 tu kena ke dalam sket...^-^ ...yg aluminium foil kat tepi pastry tu sebab tanak bg tepi dia hangit..ntah haku tgk org wat camtu haku pun buat la selepas fikir dari segi kelogikkan dia tu hihihihi ^-^



 bila dah isi filling tu ade lebih2 plakkan so apelagik meh kite kerjakan dia...manyak sedap ooo sampai licin haku kerjakan hehehehe ^-^



 so yg ni ada lebih2 kita simpan dulu sebab nanti boleh buat lagi ^-^..



 k mehla kita bako tart telur ni pada 200 darjah celcius selama 45 minit



 ting!!! dah siap pun ^-^...tu lidi kecik tu haku nak tgk masak ke tak filling dia..sebab kalau lidi tu tak jatuh atau senget makanya dah masak le tu ^-^



 tadaaaaaaa adeh adoiiii sedap tol la layan tart telur pagi2 ni dengan air hot choc anlene panas2 ^-^...jom korg makan Bismillah ...^-^




Ptg pulak buat Biscotii ^-^ ...ape tu biscotti?? meh kite tgk ^-^




badam dibakar kejap pastu dihiris kasar..sambil hiris sempat je haku ngap2 pastu eh sedap jugak pastu ngap potong ngap lagi eh2 bykleee haku nye ngap ^-^



pastu campur sekali dalam telur 3 bijik..kacau2 rata...letak 1 penutup kecil esen vanila juga ^-^



campur tepung gandum,baking powder,garam secubit,susu then adunan dibahagi 2....1 letak serbuk koko...1 lg rupe asal...then balut...tp disebabkan adunan kuningku byk makanya pasrah je la ekekeke ^-^


 nak potong 1 hal jugak...roti ni mcm roti arab nun..punyela haku mengerah seluruh tenaga nak potong ngan pisau samurai tu hahaha...tp haku berjaya jugak menghirisnya...^-^ pastu haku panggil adik lelaki haku try hiris...terus surrender hahahaha beliau ketuk2 dah mcm ketuk btg pokok balak jek gayenye kihkihkihkih ^-^



 tadaaa lepas gigih menghiris semua sekali terhasil la rupe cenggini ^-^ cantik menawan tak?? ekekeke ^-^




meh pekena dengan kopi o secawan memang terbaiklah ^-^
*memang bertabahla nak makan hihihihi almaklum bukan makanan tradisi kita kan hehehe



Skrg kita berada dalam bulan Syaaban....ape kelebihan bulan Syaaban? 



Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda


 Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.



 Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.



 Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.



 Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.



Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati. 


1 comment:

Unknown said...

Bestnya blog awk.. nice to read and read more

Free2 jemputla ke blog saya ye
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/