Tuesday 16 September 2014

MEXICAN BUN @ ROTI BOY





hari ni rajin pulak haku nak buat mexican roti atau disebut juga sebagai roti boy tu
alah roti boy yang baunya harum dan sedap tu :)
macam tak biase plak korang ni kan he he he :)
encik somi pun cakap sedap rupe dia macam ni


 *google


nak resepi?? eh boleh jeee ni haku bagi resepi buat roti ni kat korang,same je dengan resepi buat roti boy ni agaknye :)


Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.

# Bahan untuk Inti #
100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang


Cara untuk Intinya :
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk.
Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


# Bahan untuk Topping #
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
100 gram tepung serbaguna, diayak


Cara untuk Topping :
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan esen kopi.
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


# Bahan untuk Doh Manis #
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan


Cara untuk Doh Manis :
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat.
Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


Cara untuk membuat Roti Boy :
Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti.
Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair).
Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar.
Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam.
Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah.
Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.


k dah salin?? hehe buatlah senang je pastu pasti harum mewangi dapur anda bila roti sedang dimasak :)


k pastu terus ke setia city mall saje jenjalan sampaila malam  

:)
so makan2 kat situ lunch dengan dinner
lunch di kluang station dan dinner kat sweet chat cafe


kat kluang station tu la pengurus kot mintak kami tunggu 25 minit coz dorang agak kelam kabut nak arrange order banyak
tapi bagi haku 25 minit tu kejap je berbanding haku nak borak2 dengan encik somi tentang banyak perkara kan tup2 makanan sampai eh dah 25 minit ke?? kihkihkihkih ;p
banyakla yang diborak termasuk hala tuju perancangan masa depan kan 

:)
lepas makan kat kluang station tu ( tingkat 2 ) hmm sedap ok makanan kat situ haku order :

chicken fried rice

daging dendeng rice



3 layer nescafe

milk bubble tea

*all google gambar lebih cantik katenye hik ;p


kat sweet chat cafe haku order :

rice rhapsody 

durian pancake



hot chocolate

lime twist


pastu settle makan semua singgah speedy jap beli dvd tajuk the chef ewah :)
macam best je sipnosis dia macam ada sesuatu yang boleh belajar disitu so beli je malam ni layan tengok best ke tak nanti haku huraikan kat sini ye :)




k nak rest jap layan the chef
daaa
mode : menguap jee ;p



k dah tgk dah tapi nak tgk sekali lagi sebab best pulak cite ni kan :)
so memang best cite the chef ni :) 
 
*google


 
cantikkan pemandangan depan setia city ni :)

lepas maghrib memang ada so bolehla santai2 tgk pemandangan yang indah ni :)
budak2 mesti lagi suke :)












No comments: