Friday 13 February 2015

TERKESIMA




Hari ni penduduk Malaysia amnya dan penduduk Kelantan khasnya dikejutkan berita tentang pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ke hadrat Allah S.W.T pada malam jumaat malam yang mulia dan pagi yang mulia di mana dijanjikan sesiapa yang meninggal pada malam atau hari jumaat akan selamat di alam sana Alhamdulillah
Tetibe teringat arwah tok wan haku meninggal jugak pada malam jumaat Alhamdulillah 
Meninggal dunia ini dengan husnul khatimah amin alhamdulillah
Semoga arwah2 ditempatkan bersama golongan ahli syurga begitu jugak kita mudah2an mendapat kebaikkann jugak nanti dan mendapat husnul khatimah amin


Haku terkejut jugak dengan berita ni yelah sape tak kenal arwah Tuan Guru kan? walaupun hanya kenal melalui media2 dan berita2 tapi haku tahu arwah seorang yang alim warak dan zuhud dunia
satu cara kehidupan yang sewajarnya kita ikuti dan tidak berlebih2an
mudah2an kita tidak tergolong dalam golongan berlebih2an dengan dunia amin :)

Semalam haku kerajinan pulak nak masak nasi lemak untuk makan pagi
bukan makan pagi jek tapi sekali harung makan tengahari heeee :)
Semalam haku dengan encik somi ke MR D.I.Y



memang teruja betul tengok barang2 dalam tu dahlah murah2 barang2 dia memang mencabar betul! :)
Tapi haku hanya window shopping je la dulu kan hehehe tengok! ade hati tu nak gi lagi nanti :)
Just beli botol isi minyak je tu pun murah jek
semangat pulak haku nak susunatur dapur haku tu :)
Lepas baik demam pelan2 mood makan mari bukan tu jek sekali mood nak mengemas pun mari
makanya marila kita menyusunatur barang2 dalam umah tapi sekarang ni haku lebih kepada susunatur bahagian dapur je dulu sebab kat dapurla haku banyak habiskan masa :)
yang best tu ade pulak sudut tempat letak buku2 resepi yang selama ni haku simpan je dalam almari tapi kali ni haku nak buat konsep mini dapur library boleh? ;p
banyak lagi sebenarnya nak buat ni sebab tu haku suke gi MR D.I.Y tu nak tengok ape yang boleh haku cari sesuai untuk susunatur dapur haku tu :)

 Dulu haku takla label segala rempah ratus tu kan just bukak je tengok tapi sekarang haku buat label supaya mudah haku nak ambil hmm mudah2 :) tapi haku tulis tangan je dulu haku rase kalau taip lagi kemas kan :) nantilah gue pikirin :)

then ade ruang dalam almari tu haku suh encik somi pakukan supaya dapat haku sangkut tempat letak minyak :)
kiranya nak guna segala ruang yang ada n tak dibiarkan kosong sebab sekarang ni haku nak buat konsep segala barang adalah dalam almari sebab haku tak suka habuk yang bertempek dan mood rajin haku bukannye datang selalu kan? :) sesekali jek so better semua letak dalam almari :)
so rak tempat haku letak pinggan mangkuk segala tu haku ingat nanti nak letak tepi mesin basuh n letak segala sabun dan pencuci kat situ hmm tak lupa jugak bakul2 yang ada kain nak basuh tu biar semua letak kat 1 tempat yang senang nak ambil :) 

then kat atas tu pulak nanti segala mak cadar,selimut,sarung bantal ke bantal ke semua haku nak letak dalam 1 almari yang berlaci2 tu letak kat bilik tetamu so nanti kalau tetamu datang just haku tuju kat situ je nak selimut ke,sarung bantal ke,ape2 je lah berkaitan dengan tetamu haku letak dalam 1 almari :) senang takla haku tercari2 sana sini kan buat hati bikin panas jek kalau tak jumpa grrrrr ;p

Semalam haku ade gi kedai perabot tu tengok2 almari yang sesuai nak letak segala rempah ratus tepung ke kat dalam 1 almari tu n letak tepi dapur masak so senang sket haku tuju kat situ jek kalau nak ambil bahan2 masakkan :) segala mak milo ke teh ke kopi ke gula ke haku letak dalam 1 rak tu tapi rase macam nak cari bekas yang khas letak serbuk2 minuman tu dan cari bekas2 yang seragam untuk minuman kan mesti kemas n sedap je mata memandang heee :)
eh banyakla nak susun atur ni bajet je tak cukup lagi nak beli itu ini harap haku dapatla beli untuk kemudahan haku masakkan so rasa tak rugi la kalau beli pun kan :)

 sekarang ni segala sos ke haku letak dalam 1 bekas plastik senang picit tu nak makan just amek n picit je atas makanan tu mudah dari pakai botol kaca tu kan :) silap haribulan lambat keluar rase macam nak campak2 je botol tu grrr ;p
eh tak sabar lak nak ke MR D.I.Y lagiiiiiiii ;0






























 

































No comments: