Friday, 13 November 2015

PETI AIS MENDAMAIKAN JIWA :)





Hahahaha
Aci tak haku bagi tajuk macam ni?
Peti ais mendamaikan jiwa hehe ;p
Ade ke peti ais yang tak mendamaikan jiwa? ;p
Bagi haku bila nak memasak keadaan persekitaran atau alatan yang kita nak guna mestila dalam keadaan ok dan sedap mata memandang
So ia boleh mempengaruhi mood seharian tatkala kita nak memasak gitu :)
Haku bukanla seorang yang mesti kemas
tapi sedaya upaya biarla kelihatan kemas kan :)
Kang haku lak yang bengang kalau keadaan persekitaran huru hara
Terus menghuru harakan jiwa haku time nak memasak kalau keadaan dapur tunggang langgang ;p
Tapi ini bukan nak cite pasal dapur 
Lebih pada cerita susunatur dalam peti ais haku yang selalu berubah
Tapi kali ni haku ubah style sket sebab haku nak nampak kemas dan teratur
So bila bukak peti ais tu terus rasa tenang n best je jiwa
Terus senyum sorang2 depan peti ais ha ha ha ha 
psyco tol :)
pernah haku bukak peti ais yang bila haku tengok je huwaaaa apa ni?? tensen nak cari bahan2 masakan yang ntah mane tersoroknye hahaha ;p
itu tak lagi yang dah lunyai atau luput tarikhnya
pastu yang terlekat2 bekas tumpah adoiii
betabah haku mencari satu per satu ;p 



 ni keadaan di bahagian belakang pintu peti ais
kira ok la kan camni?
boleh nampak botol2 yang nak dipakai kalau nak guna nanti





 ni pulak bahagian dalam peti ais
haku banyak pakai tupperware plastik je untuk isi segala bahan memasak
walaupun setengah orang cakap makan ruang tapi peti ais haku ni takdela penuh sangat
so still boleh susunatur macam ni :)
kemas n haku suke camni :)
telur pun haku letak kat bahagian ni bukan dekat belakang pintu peti ais
sebab haku ade baca telur seeloknya letak dalam peti ais di bahagian rak2 tu bukan di atas macam biasa tu
sebabnya kalau letak di bahagian pintu tu kan kita selalu bukak tutup pintu peti ais
takut2 suhu telur tak sekata kejap panas kejap sejuk
so macam tak bagus
sebab tu haku berubah letak kat bahagian rak2 so suhu dia lebih sekata n telur pun cantik je jadinye time nak menggoreng :) 




ni plak bahagian rak paling bawah
haku susun ade secara melintang dan ade yang menegak
kat sini haku letak segala serai,lengkuas,halia,kunyit hidup dalam bekas tupperware
nak guna keluarkan je tupperware yang ade bahan memasak tu :)



so sekian susunatur peti ais haku tu :)
nanti borak lagi eh kengantukkan sangat dah ni

wassalam ;)

















Tuesday, 10 November 2015

TRIP KE TAMAN REKREASI GUNUNG LANG :)




Kisah semalam :)
Pagi2 bangun tido terus semangat laju2 bersiap ajak encik somi jalan2 tanpa tujuan hahaha ;p
Kalau tak jangan harap nak berpagi2 bangun bersiap kan ;p
So destinasi tanpa tujuan kami yang pertama adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang :)
Dah lama haku usha tempat ni sebab dah ramai pergi kan
Best ke? ape je ade situ? so mari kita usha tengok :)



masuk2 je taman tu korang akan nampak signboard besar punye kat atas tu :)
confirm tak sesat hehe :)


Masa kami sampai tu matahari dah semakin meninggi so digalakkan korang pakaila payung atau topi untuk mengelak dari kepanasan sebab ramai je haku tengok pengunjung bawak payung atau hmm mungkin kerap hujan sekarang ni kan so sediakan payung sebelum hujan :)

 

Ye la sangat padahal haku payung pun tak bawak pastu encik somi topi pun tak pakai yang bawak cuma bekalan makanan je hehehehe nampak sangat makanan is number 1 ;p
lepas tu mulela encik somi cakap kepeningan ha ha ha ;p



 nanti korang naik bot ni nak ke pulau sebelah sana
sekejap je pun bedesup dah sampai hahaha
nak je haku suruh bot ni pusing 10 kali sebab tak puas tengok pemandangan sekeliling ;p 
so tiket naik bot ni bayo la RM1.50 sorang
dalam kolam tu tepi nak naik bot ni ade ikan besar2
so ade jugak makanan ikan tak silap haku sepeket RM1
so belila demi menggemukkan ikan2 kat situ yang sedia gemuk ;p




kemudian ape je ade kat pulau sebelah sana tu?
mulanya haku dengan encik somi nak jalan2 kawasan sekitar je
manela tahu kena beli tiket
ingat naik bot tu pusing2 je so sape tak nak naik bot bolehla jalan2 
tapi ape je ade kat situ?
rupenye memang kene beli tiket pun sebab ramai je pengunjung beli tiket nak ke pulau sebelah sana tu ;p
so kami patahla balik ke tempat jual tiket tu ;p
confident je awal tadi cakap kat akak jual tiket kami tak nak naik bot just nak jalan2 je
akak tu pun sengih je heeee ;p
sempat je gi beli mi kari dengan laksa dan jugak milo ais sementara tunggu bot sampai ;p
kedai jual makanan pun 1 je dengan kedai souvenir
hmm rasenye patut kene bina kedai makan kat situ kan
baru la best lepak2 order2 hehe :)
sambil makan sambil tengok karenah pengunjung dan kawasan sekitar
rilek je la layan makan tak berebut naik bot pun walaupun haku tengok dorang tak sabar2 nak naik bot hehe yang penting haku dengan encik somi habiskan dulu makanan kami ;p
ewah ;p



ade kancil dengan burung unta sedia menanti kedatangan anda kat pulau sebelah sana tu  :)
tapi haku tak berapa nak layan cuma encik somi la gi jumpa rakan beliau jap sang kancil tu ;p
haku tak sabo je nak pusing2 kat situ tengok ape de
tapi pendapat haku la tempat ni boleh di upgrade lagi kot supaya lebih menarik :)
so so je bagi haku
so rasenye kalau pun haku datang kali kedua dengan family maybe haku akan bawak tikar atau bantal sebab kat situ ade macam rumah boleh lepak2 tido2 makan2 ;p
mungkin boleh bawak raket badminton untuk isi masa lapang atau bawak bola untuk budak2 main kalau tak bosan je takde ape sangat 
nak sembang dengan burung unta ngan sang kancil kang tak faham pula kihkihkih ;p



mungkin jugak haku akan bawak nasi lemak dan makanan pilihan ke situ so sambil lepak sambil makan2 ewahhhhhhhhh ;p
tu kalau berhajat nak rilek2 la kat umah tu kan :)
kalau tak bolehla cepat2 beredar naik bot balik ke pangkal jalan ;p



 masa jalan2 tu haku ternampak kawasan ni
tetibe haku terbayangkan kalaulah pokok2 sebelah kiri dengan kanan tu daun dia warna warni kan :)
confirm macam winter sonata atau musim bunga
pastu tengah2 jalan tu berguguran daun2 menguning musim luruh
barula cantik nak berpoyosing ;p
ewah imaginasi sangat ;p
tapi haku tak nafikan sape2 kaki selfie tu memang boleh je buat ratusan selfie kat sini
haku ni selfie ikut mood je heeeeee ;p
padanla payung tak bawak topi pun tak bawak
datang tengah2 matahari meninggi memangla mood ke laut
makanan je pemujuk hati heeee ;p 




ni lak menara tinjau
adela haku tengok beberapa orang naik atas tu
tapi haku dengan encik somi tak naikla
ape je nak tengok?
hahahaha
so pusing2la kami sekitar tu
pastu terus mengejar bot yang dah sampai nak ke seberang sana
misi kami nak balik hahahaha
sebab nak merayap ke tempat lain pulak
tapi tak pasti nak ke mana
last2 kami ke sini ;p


best jugak kat sini sebab ade macam2
jalan2 sampai sakit kaki ;p padan muka
mane taknye ade tempat favourite haku macam mr diy,daiso,kaison hehe
ish best pulak tapi poket lak tak berapa nak best time ni ;p
tapi memang best kat sini sampai kaki sakitla berjalan ;p
sempat encik somi layan tido jap sebelum sambung jalan heeee
surau pun ade
pastu ade hati lak tu nak repeat datang sini ;p
sampai umah pun dah dekat nak maghrib hehe


so inila kisah hari semalam jalan2 tanpa tujuan ;p
gambar2 haku google je sebab same je pemandangan dia :)
k lah benti menaip sebab mengantuk sangat dah ni
keletihan seharian berjalan
ni lak asyik dengar bunyi mercun
oh esok deepavali rupenye

happy deepavali pada kaum india yang menyambutnya :)
deepavali vanakam :)










Sunday, 8 November 2015

CUTI DEEPAVALI YANG PANJANG :)




Hai korang :)
lame jugak haku terfikir bile la haku nak update blog kesayangan haku ni
tapi tu lah ape ntah haku buat asyikla tertangguh2 ;p
nak kate sibuk sangat tu hmm sibuk ke? 
rasenye tak sangat kot
sibuk sket2 je + malas datang hinggap ish! ;p




hmm ni cuti deepavali ni panjang jugak hari cutinye kan
tapi tu la haku tak plan ape2 pun huhu
mak haku tepon tadi tanye tak balik kg ke?
ni kalau haku balik kg ni best jugak gi berkelah ke kan dengan family
tapi rasenye tak balik kg kot sebab haku plan nanti nak balik sebelum dorang fly
waaaaa bestnya dorang haku lak tak dapat ikut encik sominye cuti tahunan dah habis 
takkan haku nak ikut fly tapi tinggal encik somi kat umah kan?
haku kan kesian je kang fikir nak makan hape lak beliau ;0
ewah mithali sangat pulak ;p
takpela tahun depan sila simpan cuti ye encik somi :)
last planning kan mane nak sempat rushing dahla passport haku dengan encik somi dah luput tarikhnye hehe :)
takpela insyaallah ade rezeki bolehla fly together2 lagi next country :)



Ok la ni pun haku menaip jam 1.47 pagi :)
Cuti kan encik somi sekarang tgh layan tv2 cite the magnificient seven
haku tak tengok sangat pun sebab ngadap tenet je hehe :)
tadi dah tertido awal terjaga sebab mak haku tepon
siang haku tepon tak angkat so haku tepon abah haku borak2 jap
ghupenye mak haku gi kenduri kesyukuran depan umah haku tu anak kawan mak haku dapat keje kat putrajaya
oo patutla tak angkat
sibuk makan kot hehe :)



ni hp haku lak meragam
bateri kot bila haku charge tak jalan
sajela tu nak ajak masuk kedai ;p
grr makan jugak bateri ni tak pun rebus je jadi sup bateri hahahaha ;p
sabo je la...... 


dah menghampiri usia yang semakin remaja ni hahahaha ewah nak jugak ;p 
taklah haku terfikir sekarang ni menu haku dengan encik somi mesti yang sihat2 je
 kurang minyak lebihkan bakar/panggang,rebus atau steamkan je
kan? sekarang ni haku nak praktikkan menu yang dicadangkan Prof Muhaya dalam Dapur Sihatnya tu :)
harap2 istiqomahla haku ni kan ;p
kadang2 terlajak jugak takpe sesekali hehehe :)



haa sekali update boleh pulak berjela kan :)
balas dendam menaip katenye hehe
apelagi ye nak cite
oh ye sekarang ni kat tempat haku hujan je kerap kali
alhamdulillah jerebu dah takde
best je hirup udara segar pagi2
nyaman,aman,damai,tenang je :)
harap2 pihak yang menyebabkan jerebu janganla buat camtu lagi ye
fikir2la manusia lain same jangan pentingkan diri sendiri je ye
Allah dah kurniakan kita akal mesti kita boleh buat cara lain yang lebih praktikal lebih2 lagi untuk bumi kita ni
Allah dah buat elok2 tapi manusia jugakla yang merosakkan
hmmm fikir2la....


sejuk je suhu umah haku sekarang ni
ade sekali hari tu seharian haku langsung tak bukak kipas
tapi berselimut jugak sebab sejuk
sejuk pun alhamdulillah panas pun alhamdulillah
sape la kita ni nak komen2 kan :)
syukur je lah :)



ni bila dah tido awal tadi segar bugar plak mata haku :)
jam dah menghampiri 2 pagi ni
encik somi layan tv cite lum habis
tadi dah buat susu coklat panas makan dengan roti gardenia bakar
dah macam breakfast je hehehe
tapi pagi esok nak masak hape lak?
mungkin goreng bihun cin cai ;p
sayur dengan daging ade je tu
alah campak2 je la janji no nasi lemak ye hehe :)
 bertabah je sebab jiran selang sebuah rumah jual nasi lemak
leh bau sambal nasi lemak hari2 :)
sabo je la dan2 perut berkeroncong ;0



k lah haku stop dulu nanti kita sambung borak lagi ye
harap haku rajin menaip hahaha
gi jauh2 cik malas kita tu ;p
sekali dia hinggap kim salam je la blog hehehe ;p



so happy deepavali pada semua kaum india yang menyambutnya
dan selamat bercuti pada korang yang nak bercuti tu
hati2 ye walau di mana saja korang berada :)
have a nice holiday
enjoy!!!!  :)
wassalam.