Friday, 30 December 2016


 


Lagi 2 hari tahun baru 2017 akan menjelma , jap je kan masa berlalu , yang pasti semua orang dah siap dengan azam baru masing2 hehe begitu jugak aku , azam aku senang je takdela wishlist memanjang cuma azam aku tahun 2017 ni dapat menjadi tahun terbaik dalam hidup aku dari tahun lepas dan tahun2 sebelumnya samada dari segi jasmani atau rohaninya dan jugak tahun yang menjadikan aku lebih positif , lebih berjaya , lebih bersabar , lebih tabah , lebih bahagia , lebih ceria , lebih pemaaf , eh lebih2 pulak aku kan hahaha :).



Antara yang terbaru aku ada group wassap kawan2 sekolah menengah dulu , dorang ni memang group aku dalam kelas n group kami paling ramai seramai 11 orang , ape2 je aktiviti samada gi makan ke bincang2 ke memang sentiasa ada 11 orang ni , so start tahun baru nanti kami semua dah sepakat akan bagi hadiah hari lahir pada rakan2 sepanjang tahun hehe bestkan? :) , so setiap seorang akan dapat 11 hadiah pada hari harijadi dia :) , sebenarnya saje je selain dapat menggembirakan hati rakan2 kita dapat juga mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kawan2 kan :).



Lagi seminggu sebelum tahun baru aku dah siap2 buat kalendar tahunan sendiri hehe so kat situ aku dah siap catit hari suami aku cuti muahaha ;0 , aku buat camtu supaya hari cuti tu dapatla aku dengan encik suami gi santai2 berdua kat tempat2 pilihan kami atau lebih tepat pada tempat pilihan aku la hihi :) kalau tak masing2 akan blur nak ke mana je macam sebelum2 ni ;p so sekarang memang aku tgh survey2 tempat2 yang belum pernah aku dgn encik somi jejak lagi , baru adenture n bestkan :).







Yang lebih penting lebih hemah dalam berbelanja , aku jenis tak selalu berbelanja tapi sekali aku berbelanja aku sendiri pun naik takut hahaha tapi saje je aku suka buat pejam mata ;p , so aku berazam aku dapat jika keluar berbelanja pun biarlah sederhana dan untuk keperluan asasi je bukan kehendak yang bukan penting sangat pun kan :) terpulang pada ketahanan diri memasing dalam berbelanja :).



Soal hutang pulak , aku memang tgh berusaha ke arah zero hutang tapi hutang ptptn aku belum pun habis bayar lagi fuhh memang lap peluh mengejarnye nak selesaikannya ;0 takpe azam zero hutang memang kuat dalam diri aku skrg so hidup dalam kesederhanaan saja la kan :).



Apelagi ye aku nak coret kat blog kesayangan aku ni :) , aku memang selalu sibuk so ini pun aku saje melapangkan masa sebab yelah lagi 2 hari nak masuk tahun baru nakla jugak aku catit sedikit sebanyak kan :) aku pun baru balik dari bercuti bersama keluarga jalan2 ke rumah adik aku kat bukit beruntung tu dengan jalan2 umah sepupu2 aku kat putrajaya , so dalam mode rehat je sekarang ni :).



Oklah untuk korang semua aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat dan melangkah dengan azam yang tinggi ke tahun baru tak lama lagi tu ok , buang yang keruh ambillah yang jernih supaya kita lebih berbahagia dan ceria membawa azam2 baru kita ke tahun 2017 tidak lama lagi :).



Bye2 jumpa di tahun 2017 nanti ok , insyaAllah :) wassalam , tatatititutu :)


'Senyum2 selalu ok hati kita akan lebih rasa bahagia dan tenang :)'















Friday, 23 December 2016





Al kisah haku dapat inspirasi nak masak Nasi Goreng Cina Telur Bungkus ni lepas menonton rancangan “Dapur Bujang” fendi masak tu kat youtube :)


Walaupun dalam rancangan tu resepi masakan lain sket haku olah je ikut citarasa haku bak kata chef fendi kita yang buat dia ;0


Memang haku ada masalah terbesar nak masak sebab haku tak tahu nak masak hape hari2 hahaha ;0 


I’m so stress you know walaupun haku suka masak :)


So untuk makan malam tadi kebetulan bahan2 nak masak nasi goreng ade so terus teringat rancangan tu n haku pun mulala bereksperimen kat  dapur sket lagi tak terbalik kuali masa nak telangkupkan kat pinggan hahahaha ;p





Tu yang senget sampai ke tepi pinggan masa telangkupkan kuali tu hehehehe :}





Pas makan malam tetiba rajin nak mendonut lagi sebab stock yang buat hari tu dah habis buat makan sarapan pagi :) ni pun haku buat rasanya esok pun boleh habis ;0





Stock donut yang dah siap digoreng separuh masak :) sejukkan jap sebelum masuk dalam bekas pastu simpan dalam peti sejuk beku





Yang 2,3 biji tu haku goreng masak saje nak rase tapi memang puas hatilah gebu2 n crunchy2 sebab panas2 kan :}

Oklah tido dulu dah lewat bebenor ni hehe haku kalau dalam mode rajin memang camnila :)