Wednesday 21 December 2016




Ish ish ish ish ... lame bebenor haku tak menaip kan? :)
Dah nak masuk tahun baru dah pun tak lama lagi :)
 Korang yang selalu jenguk2 blog haku ni apa khabar?
Jenguk2 tapi takde entry terbaru kan? :)
Haku ni macam biasalah Alhamdulillah sihat selalu syukur :)
Harap korang pun mcm tu jugak :)
Haku sebenarnya memang sibuk sket sebanyak dengan urusan2 dunia yang tak pernah habis ni :)
Al maklum dunia semakin mencabar sekarang ni kan membuatkan manusia tak menang tangan dengan kehidupan seharian yang tak habis2 tu :)
Oklah banyak yang haku tak coretkan kehidupan seharian haku kat sini
Masa memang pantas sekarang ni 
24 jam macam tak cukup
Dunia dah akhir zaman macam ni lah
Oklah dek kerana haku berada dalam mood rajin malam ni maka terhasillah donut makanan kegemaran haku dengan encik somi ni :)
Suhu malam ni memang sejuk baru lepas hujan pulak tu
Kawasan rumah haku di kelilingi gunung ganang bila kabus turun memangla sejuk macam berada di kundasang sabah atau di cameron highland hehehe :)
Oklah jom haku bawak korang jenguk aktiviti haku di dapur tadi :)

 

        

Yis Mauripan sedang mengaktif dengan jayanya :)
Baru beberapa minit haku tinggalkan kat dapur sebab haku ke ruang tamu sekali masuk dapur dah jadi ghupa camni tekejut den :)





Doh donut tengah ditumbuk2 bagi buang angin yang terkumpul gitu ;0




500g Tepung Gandum yang haku guna boleh menghasilkan 48 adunan donut :)
Makanla selama seminggu pueh hati ;0





Adunan donut sedang menaik :)




Donut tadi haku goreng separuh masak  




Senang alih2kan donut pakai chopstick rupanya baru first trial hehe :)





Donut dah siap digoreng separuh masak :)
Yang hujung2 tu haku masak sket nak rase :)
Hmm resepi kali ni memang terbaik haku puas hati betul :)




Siap simpan dalam bekas lepas donut tadi sejuk sket pastu simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku :)
Korang pun boleh cuba kat bawah haku bagi resepi dia :)
Selamat mendonut ok hehe :)


RESEPI DONUT ALA AMYAKIM :)


( Satukan bahan2 bawah ni ok n biar yis aktif macam gambar kat atas tadi tu )

1 peket yis mauripan
setengah gelas air suam
1 sudu kecil gula


( satukan bahan2 bawah ni dalam bekas uli )


500g Tepung Gandum
4 Sudu besar Gula
1/2 Sudu kecil Garam
4 Sudu besar Susu Tepung Nespray
1 Biji Telur
2 Sudu besar Butter


SEKIAN 

SELAMAT MENCUBA TAU :)














No comments: